Friday, February 24, 2012

Terkenang Semasa Lalu

Baru-baru ni pergi ke Ipoh. Walaupun aku dilahirkan di Perak,  dalam IC kod negeri 08, tapi bab jalan-jalan di Perak ni aku gagal.  Kalau ke Ipoh mesti kena gunakan GPS.  Ipoh banyak traffic light dan jalan sehala.  Silap masuk lorong nih,  jalan lagi ... GPS bagi jalan alternatif.  Hrmm ... tapi kekadang, tertipu juga dgn benda nih!!

Apabila melalui Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab baru-baru nih,  teringin pulak rasanya nak singgah di Stesen Keretapi Ipoh yang penuh nostalgia ni.  

senibina stesen ini sangat indah
Di sinilah selama 5 tahun (dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5) tempat aku berulang-alik antara kampung ku dengan sekolah ku di Perlis.  Setiap kali berulang-alik perjalanannya panjang sekali.  Jika bertolak dari Perlis, kami akan memulakan perjalanan seawal 4 pagi dengan bas yang di sewa oleh pihak sekolah. Waktu tu mana ada highway. Kami terpaksa melalui perjalanan jauh dalam kesejukan pagi selama hampir 3 jam dan biasanya tiba di stesen keretapi Butterworth sebelum pukul 7 pagi. Seterusnya kami akan menaiki keretapi pukul 8 atau 8.30 pagi menggunakan tiket waran.  Perjalanan seterusnya mengambil masa 5 jam.  Waktu itu mana ada keretapi ekspress. Keretapi berhenti hampir di kesemua stesen di sepanjang laluannya.  

Ahhh ... masa inilah yang paling mengembirakan.  Tidak ada istilah letih dan bosan bagi kami kanak-kanak riang.  Kami gunakan masa yang panjang ini untuk berborak, bergelak-ketawa, usik-mengusik. Hilang tension belajar satu penggal.  Keputusan periksa akan dipos kepada ibu-bapa pada akhir cuti penggal nanti. Lambat lagi ... apa pun enjoy dulu masa boleh enjoy nih.  Kalau dah dapat keputusan nanti mungkin ramai yang menangis ... hehehhehe

Kebiasaannya aku tiba di Ipoh pukul 2 petang. Kawan-kawan yang menuju Stesen Tapah, Tanjung Malim, Kuala Lumpur atau lain-lain stesen di selatan ... entah pukul berapa mereka akan tiba.  Kebiasaannya ketika ini Arwah Apah sudah sedia menunggu aku di stesen.  Semasa aku duduk memandang stesen ini serta  landasannya yang panjang, aku seolah-olah ternampak Arwah dengan seluar hitam dan kemeja putihnya berdiri di tepi landasan menunggu anaknya turun dari keretapi.  Huaaaaa ... setiap kali teringat Arwah Apak, aku mesti menangis rindu .... sob sob sob!!!!  

**********************************************

Untuk mengetahui sejarah stesen ini, sila klik

Monday, February 13, 2012

Cotton Viscose Corak Terbaru


Alhamdulillah .... Spectrum Creations kini menambah koleksi kain pasang jenis cotton viscose dengan bidang 60.  Kain ini agak tebal, licin, tidak mudah mengecut dan berkedut.  Sejuk dan sangat selesa dipakai.  Corak dan warna pun lebih ceria.  Untuk melihat lebih banyak koleksi kain pasang, sila lihat di sini

Kuch Kuch Hota Hai - Koi Mil Gaya (eng subtitles)



Kenangan lama menjelma kembali!!! hehehe .... hari Sabtu baru-baru ni ditayangkan semula filem ini di TV, jadi semua orang bercakap mengenainya. Dalam facebook, dalam blog, dalam perbualan harian malah masa sembang geng tingkap pun.

Sebenarnya filem Kuch Kuch Hota Hai (KKHH) ini mula ditayangkan pada tahun 1998 ... dah hampir 14 tahun. Filem yang dilakon oleh pelakon-pelakon hebat Bollywood iaitu Shahrukh Khan, Kajol, Rani Mukerji dan Salman Khan ini telah meledakkan tsunami kebangkitan filem Hindustan di Malaysia dan di serata dunia.

Semasa aku kecil filem yang kuat impaknya kepada masyarakat Melayu ialah Sangam, Hathi  Mere Sathi dan Bobby.  Selepas itu filem Hindustan seakan terpinggir sehinggalah KKHH meletuskan fenomena di kalangan masyarakat antarabangsa.

Aku bukanlah peminat filem Hindustan. Satu-satunya filem yang aku tonton di panggung ialah Bobby (1973) ... itupun setelah terpengaruh mendengar orang sekeliling bercerita tentang kehebatan filem tersebut.  Semua orang jadi merayan jatuh cinta pada hero (Rishi Kapoor) dan heroinnya (Dimple Kapadia).  Aku menonton filem tersebut bersama sepupuku yang baru berkahwin.  Agaknya dia malu menonton berduaan dengan suaminya lantas membawa 3 sepupunya yang di bawah umur untuk ikut sama dalam panggung wayang (hahahahaha ... lawaklah Kak Yang Akma). Filem Bobby menyebabkan aku memasang angan-angan untuk menjejak kaki ke Kashmir yang indah. Namun hingga kini angan-angan itu masih belum menjadi kenyataan.

KKHH menjadi begitu terkenal kerana hero dan heroinnya yang muda, bertenaga dan pandai menari. Terdapat 8 lagu menarik dalam filem ini.  Jangan terkejut makcik ni pun ada membeli video (DVD) filem dan sountrack lagu-lagu tersebut. Tetapi sayangnya akibat tidak terjaga rapi, DVD tersebut telahpun rosak.  Yang pastinya menonton filem tersebut di TV bersama keluarga pada Sabtu lepas dapat mengimbau kenangan 14 tahun lalu apabila teringat kerenah Puteri Bongsu yang memaksa Abah memasang DVD tersebut setiap hari.  Dia hanya jemu menontonnya selepas sebulan!!!


Thursday, February 9, 2012

Tak Terdaya Nak Menahan ....

Setelah sebulan tinggal bersama-sama aku, akhirnya Emak pulang ke rumahnya di kampung.  Sudah berkali-kali dia merungut meminta aku menghantarnya balik kampung, tapi aku cuba mencari dalih.  Sehingga aku rasa berdosa pulak, menyebabkan Emak tak gembira.

Wajah Emak jadi layu,  senyum pun sudah kelat. Bercakap pun apabila perlu. Banyak masanya dihabiskan dalam bilik samada tidur atau membaca Al Quran.  Apabila diajak keluar berjalan, dia menolak dengan alasan sakit pinggang dan kaki.

Akhirnya aku terpaksa akur.  Setelah berbincang dengan Abah dan adik-beradik aku yang lain, kami setuju untuk Emak tinggal di kampung selama 1 minggu sahaja. Itupun perlu berteman.  Sebelum aku dan Yong sempat mengambil tindakan untuk mengatur sesiapa bagi menemani Emak di kampung, Emak telah bersuara, "Tak payah susah-susah!  Emak dah atur sendiri.  Opah Yam dan Opah Puteh dah janji nak meneman Emak siang dan malam!!" Waduh ... lagi cekap daripada kami. Masalahnya Opah Yam dan Opah Puteh inipun sama macam Emak.  Kedua-duanya sudah berumur lebih 70 tahun dan tidak kuat dan kurang sihat.  Macamana mereka nak menjaga Emak.

"Buat apa nak jaga Emak?  Emak bukannya tak sihat?  Deme tu dah setuju untuk meneman Emak. Nanti kami masak le sama-sama, mengaji sama-sama .... bukannya nak buat kerja teruk-teruk pun!!" leter Emak.  Okay ... aku tak mampu membantah lagi.

Kami hantar Emak ke kampung dengan hati yang berat. Aku belikan ikan dan sayur untuk bekalan 1 minggu. Aku siang dan bersihkan ikan-ikan tersebut dan susun rapi-rapi dalam petisejuk untuk kemudahan Emak. Yong pula membelikan barangan kering mencukupi untuk kegunaan Emak dan tetamunya.  Kami mahu pastikan Emak selesa dan cukup serba-serbinya.

Janjinya ... setelah seminggu, Emak perlu ikut Yong ke Kuala Lumpur pula.  Selain rumah Yong, Emak boleh memilih untuk tinggal di rumah Nita atau Mimi juga.  Pilihlah yang mana Emak berkenan, kami anak-anak sentiasa menerima kedatangan Emak dengan hati dan tangan terbuka.  Selagi bibik baru belum tiba, Emak tidak boleh tinggal di kampung.  Bermacam-macam bayangan ngeri melintas kepala aku memikirkan Eemak bersaorangan di kampung.  Nauzubillah.

Emak dan aku
Bercucuran airmata aku meninggalkan Emak di kampung.  Emak .... maafkan aku kalau sepanjang tinggal bersamaku, aku tidak mampu memberikan layanan yang terbaik. Aku telah mencuba untuk memberikan yang terbaik tetapi mungkin  aku masih gagal membahagiakan Emak. Aku mungkin gagal memberikan kegembiraan buat Emak.  Ampunkan segala kekurangannku. Aku memohon redho Emak untuk kebahgiaan aku di dunia dan di akhirat.

Saturday, February 4, 2012

Re-post : Ya Nabi Salam Alaika Haddad Alwi

Banyakkanlah berselawat.  Nabi SAW penyelamat kita umat manusia. Tanpa pengorbanan suci Baginda, kita semua hilang petunjuk.  Kita semua mungkin hanyut dalam keasyikan dunia yang menyesatkan.  

Memang pun kita dah berselawat sebelum ini, ada yang rajin berselawat setiap kali lepas solat fardhu, sebelum tidor, masa memasak, masa buat kerja-kerja rumah, masa memandu atau bila-bila saja masa yang terluang (tapi kadang-kadang aku pun termasuk golongan yang lalai ... terbuai dengan keseronokan dunia).  

Semoga kita tergolong sebagai umat yang beruntung hidup di dunia dan akhirat. Semoga kita mendapat syafaat Rasulullah SAW di padang masyar kelak.

Ameen