Showing posts with label Apak dan lagunya. Show all posts
Showing posts with label Apak dan lagunya. Show all posts

Friday, December 14, 2012

M BAKRI - MANIS MANJA.avi



Sedap kan lagu ni?  Tak tau kenapa aku minat lagu-lagu M Bakri .... samada suara machonya yang menambat kalbu (cewahh), atau melodi lagu yang catchy, atau liriknya yang indah. Hrmmm, semua-semua sebab di atas ler kut.

Lagu ni ada juga dinyanyikan oleh Jamal Abdillah, dinyanyikan dalam versi rancak. Tapi maaflah, aku rasa original melodi lagi menangkap.  Walaupun aku ni peminat Jamal Abdillah, tapi rasanya apabila lagu ni dinyanyikan oleh Jamal, feel tu kurang sangat, sebab rancaklah kut!!

M Bakri adalah biduan yang sangat diminati Arwah Apak. Selalu aku dengar Arwah Apak menyanyi dengan meniru suara besar M Bakri.  Mungkin sebab itu akupun minat M Bakri.  Aku mahu berkongsi sesuatu yang dekat dengan Apak suatu masa dulu. Ohh ... setiap kali teringat Apak, airmata tak dapat dibendung. Aku rindu pada Apak. Tak puas mendapat kasih sayangnya. Walaupun Apak meninggal semasa aku berumur 22 tahun, aku sebenarnya selalu berjauhan dari Apak. Mulai umur 12 tahun sehingga ke saat kematiannya, masa aku banyak dihabiskan di asrama sekolah, asrama kolej dan merantau ke Pulau Pinang untuk bekerja.  Sebab itu aku sering merasa tidak puas bermanja dengan Apak, aku rasa kehilangan masa dewasa dengan Apak.  Pertemuan kami hanya setiap kali cuti penggal atau semester ... 3 kali setahun.  yang menghubungkan kami semasa berjauhan hanya surat-surat yang ditulis tangan dengan cantik oleh Apak.

Ok ... tak dapat nak teruskan lagi,  airmata makin lebat. Elok aku berhenti di sini, ambil wuduk dan membaca surah Yaasin untuk aku hadiahkan buat Apak.  Walaupun doa untuk Apak tidak pernah susut setiap kali selepas solat fardhu atau sunat, atau menghadiahkan pahala bacaan Quran untuk Apak, tapi aku tidak pernah merasa sumbangan aku sebagai anak sudah cukup.  Memang tak akan cukup. Aku tak mampu nak membalasnya.  Hanya aku mohon dari Allah Ya Rahman Ya Rahim untuk memberikan yang terbaik buat Apak. Al Fatihah.

Tuesday, April 17, 2012

Jasni - Puteri Remaja 1957



Haaa ... pagi ni terdengar Salleh Yaakob menyanyi lagu ni.  Sedap dan catchy irama lagu ni. Kelakar pun ada .... dia tengok kita, dia jeling mata, aduh mak senyum lagi .... heee, boleh dibayangkan aksi anak dara dulu-dulu yang malu-malu tapi berkenan kat si teruna.  Jadi pandang dari jauh jer, tak berani nak mulakan langkah, nanti tak pasal-pasal kena sebat dengan emak-ayah.

Tapi Arwah Apak dulu minat nyanyian Jasni.  Yer lah, tahun 70an dulu, Salleh Yaakob pun belum menyanyi lagi kut.  Cuma aku suka nyanyian semula oleh Salleh Yaakob kerana dia mengekalkan keindahan lagu ini. Dia tak merosakkan langsung melodi asal lagu ini.  Bukan macam sesetengah penyanyi tu, nak nyanyikan semula lagu lama, nak diberi nafas baru kononnya, tapi hampehhhh.   Sekali dengar, terus aku off radio .... sakit telinga. Entah apa-apa, ada yang meleret-leret tak tentu hala, ada yang rancak sampai hilang melodi, ada yang dijadikan lagu rock yang lagunya macam batu, hilang jiwa seninya.  

Ahhh ... ikut selera masing-masinglah.  yang pastinya aku masih suka lagu yang kekal keasliannya.



Friday, July 15, 2011

Beginilah Nasib


Tiba-tiba pagi ni aku terdengar lagu ni kat radio. Tiba-tiba juga aku teringat Arwah Apak. Selalunya lagu ini Arwah akan nyanyikan bila mengusik Emak. Maklumlah Emak kadang-kadang akan marah-marah bila tengok semua orang asyik melepak depan TV lama-lama tanpa buat apa-apa kerja. Sebabnya Emak sendiri jenis tak reti duduk diam.

Mula-mula Emak akan menyuruh kami (termasuk Arwah Apak) bangun buat sesuatu kerja. Selepas 5 minit kalau kami masih tak bergerak, Emak akan meninggikan suara. Tambah 5 minit lagi kalau tak bergerak, siap ... Emak akan berleter macam mesingan. Waktu tu semua bertempiaran lagi. Hehehehe ... dan Arwah Apak dengan mimik muka minta belas akan menyanyikan lagu ini. Muka Emak yang masam selalunya akan manis kembali. Alangkah indahnya kenangan itu!!!!

Saturday, May 21, 2011

Sam Saimun - Di Wajahmu Ku Lihat Bulan


Lagu ini merupakan satu lagi lagu kegemaran Allahyarham Apak. Bila mendengar lagu ini, aku membayangkan bagaimana penuh emosinya Allahyarham Apak menyanyi di depan Emak dengan tujuan mengusik. Dan pastinya Emak menjeling marah sambil mendengus "Hishhh ... tak malu orang tua ni". Begitulah orang dolu-dolu, amat malu bergurau senda depan anak-anak.

Ohhh ... kenangan itu!!!!

Monday, May 16, 2011

M.Bakri - Sumbangsih


Petang tadi aku terdengar lagu ini di corong radio. Siaran Radio Klasik agaknya. Tiba-tiba aku menangis tanpa sedar. Aku jadi rindu yang teramat sangat. Rindu pada Allahyarham Apak yang telah kembali ke rahmatullah 26 tahun yang lalu. Sumbangsih adalah salah satu lagu kegemaran Allahyarham.

Walaupun Allahyarham seorang yang amat pendiam, tetapi suaranya akan kedengaran apabila dia menyanyikan beberapa lagu kegemarannya. Sayup-sayup kedengaran suara Allahyarham menyanyi samada di bilik mandi atau semasa berehat di pangkin bawah rumah. Sumbangsih adalah salah satu daripada lagu-lagu tersebut.

Ya Allah ... dalam kerinduanku ini, aku memohon kepadaMu Ya Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang ... Engkau peliharalah Allahyarham Apak, tempatkan rohnya bersama-sama orang yang beriman, kasihilah dia sebagaimana dia mengasihiku semasa hayatnya dulu. Ameen