Friday, July 15, 2011

Beginilah Nasib


Tiba-tiba pagi ni aku terdengar lagu ni kat radio. Tiba-tiba juga aku teringat Arwah Apak. Selalunya lagu ini Arwah akan nyanyikan bila mengusik Emak. Maklumlah Emak kadang-kadang akan marah-marah bila tengok semua orang asyik melepak depan TV lama-lama tanpa buat apa-apa kerja. Sebabnya Emak sendiri jenis tak reti duduk diam.

Mula-mula Emak akan menyuruh kami (termasuk Arwah Apak) bangun buat sesuatu kerja. Selepas 5 minit kalau kami masih tak bergerak, Emak akan meninggikan suara. Tambah 5 minit lagi kalau tak bergerak, siap ... Emak akan berleter macam mesingan. Waktu tu semua bertempiaran lagi. Hehehehe ... dan Arwah Apak dengan mimik muka minta belas akan menyanyikan lagu ini. Muka Emak yang masam selalunya akan manis kembali. Alangkah indahnya kenangan itu!!!!

No comments: