Wednesday, February 20, 2013

UNIFI

Harap-harapnya tak dengar lah lagi jerit-jerit, rungut-rungut dari para penghuni semua.  Kenapa internet macam siput, kenapa lambat nak download itu dan ini, kenapa lambat nak buka fail, kenapa bla bla bla.  

Mula-mula dulu pakai broadband CELCOM 4GB, berebut-rebut satu benda tu nak dikongsi 3 orang. Aku terpaksa buat peraturan, sorang mesti guna tak lebih dari sejam, bagi peluang oranglain pulak guna.  Waktu tu  macam-macam rungutan aku dengar, semua bagi "alasan kukuh" nak guna broadband tu lama-lama sebab nak cari info kat google nak kena buat project paper. Kakak pun macam tu, adik pun macam tu. Sejam tak cukup kononnya. Terpaksa aku mengalah. Si ibu akan online waktu anak-anak tak ada di rumah aje.

Bila aku memulakan perniagaan online Spectrum Creations pada tahun 2011, aku melanggan pulak streamyx WIFI. Lega ... 5 orang boleh menggunakannya serentak.  Ada yang guna laptop, ada yang guna handphone. Sebenarnya jarangpun kami guna serentak kecuali waktu malam dan hari minggu.  Tetapi aku dapati kadang-kadang WIFI ni pun agak lambat juga terutama bila nak upload gambar untuk online bisnes tu. Jenuh la roda kecil tu dok pusing-pusing, tapi gambar tak keluar juga.  Lebih parah kalau semua online serentak.  Boleh hilang sabar juga terutama bila customer sedang tunggu kita upload gambar.

Macam diatur-atur sejak beberapa minggu lepas 3 kali aku kena approach dengan wakil dari UNIFI.  Mula-mula aku kata tak minat lah.  Pada waktu yang sama jugalah WIFI ni sering buat perangai.  Setelah fed-up tunggu pusingan roda kecik tu tapi satu apa pun tak keluar, aku kata YES pada wakil UNIFI tu. Wah secepat kilat mereka datang ke rumah.

Dalam masa 2 jam selepas pemasangan, aku dah dapat menggunakan talian internet yang power - 5 Mbps, beserta siaran HyppTV, percuma panggilan ke talian TM seluruh Malaysia, percuma telefon tanpa wayar ... ehhh aku pulak dah jadi macam wakil jualan UNIFI ... bukan dapat special discount pun kalau aku tolong promote.  Tiap-tiap bulan siap ler kau dengan RM149 ... fuhhhhh.


.


Saturday, February 2, 2013

Naser Disa Polemik Isu Kalimah Allah full



Isu Kalimah Allah paling hangat dibincangkan pada bulan Disember 2012 dan Januari 2013.  Setiap hari inilah topik yang memenuhkan ruang akhbar, kaca TV, blog, facebook dan twitter. Ada pihak yang pro menyokong penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian, ada yang keras menentang dan tak kurang yang duduk atas pagar.  Masing-masing ada hujah tersendiri.

Setakat sekarang kes ini sudah pun reda, selepas Majlis Syura Pas bersetuju bahawa Allah adalah nama khas yang tidak boleh diterjemahkan daripada perkataan God dalam Bible.  God hendaklah diterjemahkan sebagai Tuhan, bukan Allah. Allah adalah satu-satunya Tuhan bagi agama Islam, tiada duanya, tidak beranak dan berkahwin dan tidak diberanakkan.

Penjelasan dari Naser Disa amat mudah difahami oleh semua orang, samada yang Islam atau bukan Islam. Semoga selepas ini isu ini tidak akan dibangkitkan lagi kerana polemik isu ini menyebabkan rasa kurang senang dan menimbulkan prasangka buruk sesama umat Islam khasnya dan mengganggu keharmonian seluruh rakyat Malaysia amnya.