Salam Jumaat .... hari ni 28 Februari. Hari terakhir bulan Februari. Dan ini satu-satunya entry aku pada bulan Februari ni. Entry sedih pulak tu. Mengingatkan tentang kematian semakin menghampiri kita. Yelah dah umur setengah abad, dah merasa nikmat hidup yang panjang selama setengah abad....berapa lama lagi boleh hidup?? wallahhualam ... itu rahsia Allah Yang Maha Bijaksana.
Tetapi memang perlu kita selalu ingat mati .... supaya kita jadi makin baik. Supaya kita sentiasa bertaubat memohon keampunan Allah. Supaya kita cuba tambah saham akhirat dengan pelbagai amalan kebajikan. Supaya kita mempersiapkan anak-anak, harta, seelesaikan hutang dan macam-macam lagi. Biar mati kelak roh kita tenang.
Kalau ikut Arwah Apak, umur 55 tahun dah dijemput Allah ke dunia fana. Kalau ikut Emak, syukur nikmat masih sihat di umur 76 tahun. Aku tak pasti ajal aku bila, bila umur 80 tahun, 60 tahun, tahun depan, tahun ini, minggu depan atau mungkin sebentar lagi??
Takut? memang le takut,. Aku bukanlah manusia sempurna, banyak silap salah dan dosa aku. Takut memikirkan macamana Allah mencabut nyawaku, macamana kehidupanku di alam barzah. Subhanallah ... Allah Yang Pengasih dan Penyayang ... kurniakan pengakhiran kehidupan yang baik dan penuh kemuliaan buatku. Ameen.
Jom kita dengar Muhasabah Cinta. Baca dan hayati liriknya ... insaf. Mesti nangis punya.