Sunday, March 1, 2015

Singgah2 Dalam Perjalanan Pulang - 3 (25.1.2015)

Kami bersarapan dengan santai pagi ni. Hari ni tak ada apa2 program diatur kecuali bertolak pulang. Bagaimanapun setelah bincang punya bincang akhirnya ketetapan dibuat, satu van bertolak ke Phuket untuk sambung percutian sehari lagi dan satu van lagi bertolak balik ke Malaysia.  Yang nak bertolak balik ke Malaysia tu keluarga akulah bersama 3 lelaki "bujang" tu.

Tiga sebab utama kami perlu balik hari ni.  Kaklong tak boleh sambung cuti lagi, esuk dia terpaksa bekerja, ada assignment audit luar, katanya. Puteri Bongsu pun takder cuti, terpaksa kami hantar balik ke Ipoh pagi2 26.1.2015 supaya dia tak ponteng kuliah pukul 2.00 petang. Kami sekeluarga sudah pergi bercuti di Phuket pada bulan Julai 2010 dulu, jadi sudah tak teruja nak ke sana lagi.

Tepat pukul 10 pagi (9 waktu Krabi) kami memulakan perjalanan pulang ke Malaysia.  Macam juga perjalanan datang dahulu, perjalanan pulang juga tidak ada yang menarik perhatian menyebabkan kami hanya tertidor sepanjang perjalanan. Kami singgah untuk membeli nenas di salah satu gerai di pinggir jalan, ada macam2 saiz dan harga, pilih saja.

Seterusnya kami singgah semula di R&R di Trang untuk makan tengah hari sebelum meneruskan perjalanan ke Hadyai.  Perut pun dah kenyang, sambung tidor lagilah di sepanjang perjalanan. Akhirnya pukul 2.40 petang kami tiba di bandar Hatyai. Hrmm ... hampir 5 jam perjalanan. Tapi memang pemandu van bernama Harun ni kaki pecut, sampai aku kecut perut kadang2 memikirkan kalaulah tiba2 dia hilang kawalan .... nauzubillah himinzaliq.

Bandar Hatyai
Di Hatyai kami lepak2 di Plaza Market.  Di sini ada lot2 kedai yang menjual macam2 barangan  .... pakaian, beg, kasut, tudung, pinggan mangkok dll. Kami juga pergi market bersebelahan yang menjual pelbagai jenis barangan makanan.  Pusing punya pusing akhirnya aku cuma membeli paste tomyam, sos ikan, sos sweet sour dan kacang2 dari kedai Cik Habsah. 


Selepas satu jam di sini kami singgah di sebuah masjid untuk solat sebelum meneruskan perjalanan ke Chang Puak Camp (Elephant Park).  Memandang hari dah lewat petang, kebanyakan gajah sudah tidak aktif dan hanya berbaring.  Tak banyak aktiviti dapat kami lakukan di sini kecuali memberi makan pisang dan bergambar.



Destinasi terakhir kami ialah ke Floating Market yang terletak kira2 7 kilometer dari bandar Hatyai. Floating Market ni cuma dibuka pada hari Jumaat hingga Ahad (pukul 3 petang hingga 9 malam sahaja).  Di sini kelihatan sampan2 ditambat di tepi sungai untuk memudahkan pembeli melihat dan membeli barangan yang dijual. Kesemua mereka menjual makanan dan minuman. Kami memilih penjual yang menegur kami dengan memberi salam untuk membeli makanan. 

Seafood omelette dan macam pegedil ikan ... sedapp
Nasi LEMA' Ayam.  ... hihihihi
Sesudah makan kami meninjau pula gerai2 di bahagian atas tebing sungai. Di sini banyak dijual pakaian, permainan kanak2, barangan kraf dan makanan kering. Haripun dah senja dan gelap. Pukul 7.15 kami bertolak menuju ke Danok. Di pekan Danok kami singgah pula membeli pulut ayam yang terkenal tu. Sepanjang perjalanan kami menahan lapar menghidu aroma ayam goreng yang sedap tu!!!

Kami seterusnya melalui pemeriksaan Kastam dan Imigresen kedua2 negara. Semua berjalan pantas. Orang pun tak ramai. Seterusnya van menghantar kami ke tempat kereta disimpan. Alhamdulillah tak perlulah bersusahpayah mengheret dan menggendong segala macam beg baju, nenas dan barang2 lain yang dibeli di sepanjang perjalanan tadi.

Alhamdulillah. Perjalanan pergi dan balik dipermudahkan Allah dan dilindungi dari segala musibah.