Hari ni hari ke-5 Emak terbaring jer di katil. Sebelum ni walaupun dia agak uzur tapi mau juga duduk di depan TV menonton program2 keagamaan di TV Al-Hijrah atau TV9. Kali ini terus terbaring jer. Bila duduk terasa sakit katanya.
Khamis lepas semasa hendak mengambil wudhu Emak tergelincir di bilik air. Terkejut aku dan Abah. Dengan badannya yang agak besar, tidak mampu aku dan Abah mengangkatnya keluar dari bilik air. Anak2 belum pulang dari tempat kerja mereka. Terpaksalah Emak merangkak perlahan keluar dari bilik air. Allah hu akbar. Kesian sungguh aku melihatkannya. Tak sedar tumpah berderai airmata aku.
Aku tukar pakaian Emak. Aku sapu minyak angin di tempat dia terasa sakit. Malam tu emak tidur awal. Puteri Bongsu yang tidor di sebelah Emak pun bagitau yang Opahnya mengigau teruk sepanjang malam. Agaknya terkejut akibat terjatuh tadi. Kesiannya dekat Emak.
Mujurnya besuknya Jumaat menantu ku Hafiz bercuti. Hafiz kerja di Kedah, memang bercutilah pada hari Jumaat. Adalah bantuan tenaga lelaki untuk Abah memapah Emak. Kami bawa Emak ke Klinik Kesihatan Seberang Jaya. Alhamdulillah di klinik ada kemudahan kerusi roda.
Dengan izin Allah semua urusan kami hari itu dipermudahkan. Pesakit tidak ramai sebab klinik pakar tak beroperasi. Kami tidak perlu menunggu lama untuk pendaftaran, berjumpa doktor, melakukan ujian Xray, berjumpa doktor semula dan mengambil ubat.
Alhamdulillah ujian Xray menunjukkan tulang Emak takder yang patah atau retak. Doktor berpendapat pergerakan Emak semasa jatuh menyebabkan tisu2 di punggungnya cedera. Bagi seorang yang dah berumur 78 tahun dan mengidap kencing manis pulak, nak pulih tu memang akan mengambil masa juga.
Aku berharap Emak bersabar dan redho dengan ujian ni. Tapi nampaknya tubuh Emak dah tak mampu menerima sebarang kejutan. Hati Emak pun terlalu mudah tersentuh. Pada hari Sabtu Emak demam. Selera makannya merudum.
Emak tolonglah kuat. Jangan ikutkan hati. Jangan sekali mengeluh seolah2 menyesali ujian Allah. Kita sama2 berdoa dan berusaha supaya Emak kembali sembuh. Bersabarlah