Hari ni 1 Disember. Lagi 30 hari akan masuk tahun baru... tahun 2019. Akan berlalu tahun 2018 yang penuh dengan kenangan.
Apa pencapaian tahun ini? Hrmmm banyak juga...
1. Aku pergi ke Langkawi yang dah hampir 2 dekad tak aku kunjungi 😅😅😅
2. Aku menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah dan Madinah setelah 7 tahun tak aku kunjungi 😍😍😍
3. Aku menyaksikan perubahan julung kalinya tampuk pemerintahan di Malaysia
4. Aku dan Abah meraikan ulangtahun perkahwinan kami yang ke-31. Alhamdulillah
5. Aku dan sepupu2 sebelah Arwah Apak merancang perhimpunan pertama kami Generasi Pandak Jamaludin dan Teh Renik pada 23 Disember akan datang. InsyaAllah
6. Aku dan Abah akan berpindah ke rumah baru kami di Sungai Petani bila2 masa di bulan Disember ini. InsyaAllah
Semoga dipermudahkan urusan aku dan keluarga ku. Aamiin