Friday, March 10, 2017

Opor dan Sambal

Hari ni aku kongsi apa aku masak hari ni. Memang hampir setiap hari pun aku masak untuk keluarga aku, tapi hari ni aku nak cuba satu resipi baru.

Aku selalu dengar kawan2 aku kata makanan jawa yang sedap ialah opor dan ungkep.  Aku dah try masak ayam ungkep. Memang sedap. Cara masaknyanya pun mudah. Cuma tak berkuah... jenis masakan kering jer. Anak2 aku yang makan ala mamak penang kuah banjir ni memang tak berapa setuju kalau aku masak lauk begitu.

So hari ni kawan aku Anis Tokey Kek kongsikan dengan aku resipi Opor Ayam. Resipi ni dia Google je dan dah try buat .. memang sedap kata nya.



Mujur pun semua bahan ada kat rumah. Apa lagi aku pun mula memasak sambil belek resipi hihihi. Untuk pertama kalu aku menggunakan setengah ekor ayam. Cukuplah untuk makan berempat malam nanti. Tengahari aku makan berdua jer dengan Abah. Seketul sorang cukuplah. Ayam ni sengaja aku potong kecil2 supaya mesra rasanya apabila digoreng dan direnihkan dalam kuahnya.

Tak pedas langsung .. manis bawang dan gula tu yang
 terasa. Asam pun tak digunakan dalam resipi ni

Nak buat sayur apa yer?? belek punya belek jumpa terung ungu yang gemuk. Freshhh jer. Hrmm buat sayur belacan le. Sebab opor ni tak pedas aku bubuh cili padi dalam sayur ni. Berdesing pedas terung masak belacan ku.



Resipinya mudah jer .... 2 biji cili merah + 2 biji cili padi + 2 ulas bawang merah + 2 sudu besar ikan bilis dan sedikit belacan. Tumbuk separa lumat dan tumis sampai naik bau. Tambah air .. sikit je tau. Masukkan terung gaul2 sampai agak layu. Renjiskan kicap manis. Aku tak letak garam sebab belacan dan ikan bilis tu dah masin.


Jommm makan dengan nasi panas2... yummy.

Friday, March 3, 2017

Semoga Ini Keputusan Terbaik

Akhirnya Puteri Bongsu melepaskan apa yang terbuku di hati bersama esak tangisnya. Aduhhh luluh hati Mama ni wahai anak tengok ceq menangis begitu.  Memang manja lah ceq ni, senang sangat keluar airmata. Pantang tersilap sikit. Marah pun menangis, sedih pun menangis, sakit pun menangis .. sekarang bila terlebih tension pun menangis.

Tapi aku rasa elok sangatlah dia berhenti walaupun baru 6 bulan dia bekerja di syarikat tu.  Setiap petang pulang je dia dari kerja, aku setia menadah telinga mendengar cerita dan rungutan yang tak pernah habis.  Kerja tak seronok, kena buli di office, politik kat office, staff berpuak2, bos suka maki2 dan macam2 lah.  Semuanya tak enak didengar.

Aku tengok keadaannya pun makin teruk. Setiap minggu mesti demam, jerawat di muka pun dah semakin banyak dan sukar nak surut. Lebih kesian dia dah hilang selera makan, asyik sakit perut. Semua tu simptom orang2 yang menghadapi tekanan dalam hidup.  Aduhhh la anak, rupa2nya ceq belum bersedia lagi nak masuk ke alam pekerjaan yang penuh onak dan duri ni.

Abah mulanya kurang bersetuju. Dia kata ajar supaya Puteri Bongsu kuat semangat. Jangan lembik sangat. Sikit2 stress nak berhenti kerja. Tak ada daya tahan diri langsung.


Tapi aku sebagai ibu pulak tak mampu tengok anak menderita batin macam tu (mental dan emosi lah you .. itu maksud batin di sini).  Aku minta Abah bagi dia tempoh bertenang. Bagi dia bersedia mental dan emosi sebelum dia mencuba bekerja semula di tempat lain. Lagipun aku percaya aduannya itu bukan sengaja diada-adakan. Tengok lah staff turnover kat syarikat tu macamana?  Asyik  berhenti jer staffnya dan ambil pulak staff baru.  Macam ada yang tak kena jer.

Akhirnya Puteri Bongsu menyerahkan surat berhenti kerja dengan memberi notis 24 jam.  Tapi atas dasar timbangrasa dia menyambung 14 hari lagi untuk selesaikan apa2 kerja yang belum siap dan menyerahkan tugas secara teratur.  Rasa kesian dan sayang kat syarikat tu  tetap ada.



Thursday, February 16, 2017

Kunjungan Mengerat Silaturohim - Kelantan (10 - 12 Feb 2017)

Aku dan Abah berjanji,  bawa kereta slow and steady. Tak perlu nak berebut2. Bila rasa letih, wajib berhenti untuk berehat, bila lapar berhenti untuk makan dan minum, bila ngantuk berhenti untuk tidor. Hahahaha akhirnya perjalanan dari Perai ke Kota Bharu yang sepatutnya hanya 5 jam menjadi 7 jam.  Nak buat macamana?? Dah dua2 driver veteran, terpaksalah ikut kemampuan dan stamina.

Kami memulakan perjalanan jam 5.30 pagi dan berhenti solat berjemaah di  sebuah surau di Baling. Alhamdulillah dapat kami sujud tilawah bersama2 jemaah di subuh jumaat itu. Perjalanan seterusnya sangatlah nyaman. Tak banyak kereta di jalanan. Cuaca pulak sangat sejuk dan berkabus. Selain berhenti solat, kami berhenti minum pagi di Gerik, mencari tandas di hentian Puncak Titiwangsa dan Jeli dan makan tengah hari di Ketereh.

Nasi kerabu tumis di Keterah

Di Ketereh kami singgah sebentar di rumah bapak saudara Abah iatu Ayah Aji Hassan.  Terkejut Ayah Aji dan isteri menerima kedatangan kami. Datang tanpa notis awal. Seperti biasa kami tenggelam dengan gelak ketawa mendengar kelakar Ayah Aji sehingga aku terus terlupa nak mengambil gambar. Waduhhh

Perjalanan diteruskan ke Kota Bharu untuk menuju Hotel Rayyan Soffea KLIK yang terletak di Jalan Pangkalan Chepa.  Bahagianya memandu tengah hari Jumaat ni. Jalanraya yang selalu sibuk dan padat dengan kenderaan, hari ini kosong.  Alhamdulillah.

Kami tba di hotel jam 12.45 tengah hari dan boleh terus check in pulak tu. Alhamdulillah.

Petangnya kami bercanda di Pantai Cahaya Bulan. Dulu2 namanya disebut sebagai Pantai Cinta Berahi .. tetapi ditukar kepada Pantai Cahaya Bulan sebab bunyinya agak mengghairahkan hahahha. Santai2 makan jagung bakar dan colek2 sambil mendengar bunyi ombak yang kuat dan dengungan wau yang berterbangan di angkasa.

Jagung bakar PCB
Colek2 - sotong, ikan dan bebola udang dan ketam

Bersantai di PCB

Malamnya aku membeli sebungkus nasi tumpang dan Abah pulak sebungkus nasi minyak lauk ayam. Jumlah harga hanya RM5.50 .. murahnya!!

*************************************************************

Keesukan paginya sesudah makan pagi di hotel, kami menjelajah bandar Kota Bharu. Oranglain belum bangun tidor gamaknya, Kota Bharu bagai kami yang punya. Berposing di sana-sini pakcik dan makcik ni tanpa ada gangguan. Kereta pun lalulalang sekali sekala aje.
  
Kena paksa berposing

Seterusnya kami menyusuri dataran tepi sungai. Angin pagi sejuk sungguh. Tiba2 ternampak kedai Dimsum Haji Loh, terus perut terasa lapar semula. Apalagi terus sambar 4 set (satu set RM3.90). Abah kata nafsu mata aku memang kuat, pantang nampak makanan mesti nak tergoda.

Di pinggiran Sungai Kelantan

Colorful dimsums
Tengah harinya kami ke Dewan Pertubuhan Peladang di Panji untuk walimatulurus anak sepupu Abah, Allahyarham Haji Abdul Halim Abdullah Bakti. Di sini kami bertemu isteri, anak2 serta saudara2 perempuan Allahyarham. Meriahnya terasa pertemuan ini. Aku dan Abah sangat diraikan oleh mereka. Alhamdulillah. 

Bersama keluarga Kelantan dari kiri : maaf kiri sekali tu tetamu tuan rumah.
Tudung pink Kak Asiah (sepupu), Wani (anak saudara), Kak Nafisah (sepupu) dan
 kanan sekali ibu pengantin Kak Yati (Isteri Allahyarham sepupu)

Makanan kenduri ialah nasi minyak, gulai daging berkentang, ayam percik, acar nenas, ikan kering goreng, sambal belacan dan ulam. Makanan sampingan ialah laksam dan kuih2 tradisional Kelantan seperti tapai, akok, nekbat, baulu dan cara berlauk.  Hrmmm sedap2 belaka.

Selesai kenduri kami singgah di rumah ibu saudara Abah iaitu Makngah Hajjah Fatimah di Chempaka. Berborak2 sambil Makngah bertanya kabar kaum kerabatnya di Pulau Pinang dan Kedah. Apalagi kami beri latest update untuk Makngah.

Abah dan Makngah

Malamnya sepupu Abah iaitu Kak Asiah dan suaminya Abang Din bermurah hati menjamu kami di Syam Bungaraya Restaurant yang menyajikan masakan ala Thai.  Kami disertai oleh Salmi dan keluarganya. Salmi dan Kak Asiah adalah anak2 Makngah Hajjah Fatimah.

Sebelum bersurai, Salmi menjemput kami untuk brunch di rumahnya besuk pagi sebelum kami bertolak balik ke Pulau Pinang.

*******************************************************

Esuknya selepas check-out pukul 10 pagi kami terus menuju ke rumah Salmi di Demit.  Wahhh nasi dagang, gulai ikan tongkol, gulai telor dan cream puff sudah menunggu kami. MasyaAllah sedapnya nasi dagang tu, makan menambah2 hihihihi ... malu!!!

Setelah puas berbual dan perut pun dah kenyang, kami pun memulakan perjalanan menuju ke Pulau Pinang.  Alhamdulillah kami selamat tiba di Rumahku Syurgaku jam 6.15 petang.

PS  :  semasa datang kami mengikut jalan Machang-Kota Bharu sebab hendak berhenti di Ketereh. semasa balik kami mengikut laluan Kota Bharu-Rantau Panjang pulak.

Thursday, November 24, 2016

Pink October

Post ni kira dah outdated dah. Dah sebulan berlalu. Tapi aku nak catatkan juga, supaya nanti tak lupa.

Apa itu Pink October?? Nak tau, jom kita tanya Wikipedia, dia sedia membantu 😊😊😊😊😊

Breast Cancer Awareness Month (BCAM), also referred to in America as National Breast Cancer Awareness Month (NBCAM), is an annual international health campaign organized by major breast cancer charities every October to increase awareness of the disease and to raise funds for research into its cause, prevention, diagnosis, treatment and cure. The campaign also offers information and support to those affected by breast cancer.

Sempena Pink October tahun ni macam2 acara dijalankan di peringkat kebangsaan dan negeri. Tentunya Negeri Pulau Pinang pun tak ketinggalan.  Bila ada aktiviti peringkat negeri begini, kami pesakit dan bekas pesakit dari Hospital Seberang Jaya mesti nak ikut ambil bahagian.  Di Hospital Seberang Jaya kami ada badan sukarela yang dikenali sebagai PEER GROUP bagi memberi sokongan moral kepada pesakit2 baru yang berada dalam situasi bingung, ketakutan dan sedih dengan dugaan yang menimpa mereka.  Kira macam kaunselor lah tu!!

Tahun ni acara kemuncak ialah Charity Fund Walk yang diadakan pada 16 Oktober 2016 di Dataran Gurney Paragon Mall, Gurney Drives.  Pihak Hospital menyediakan sebuah bas yang membawa 29 pesakit, bekas pesakit dan kakitangan hospital. 



Alamak pagi2 hujan dah turun lebatnya. Macamana nak Fun Walk ni??  Semasa hujan renyai2, kami berzumba sebagai cara untuk warm-up.  Selepas berzumba 2 lagu, kami dilepaskan untuk menyudahkan larian 4.2 km. Hehehe bagi orang muda yang stamina bagus, 4.2 km tu macam kacang jer. Tapi bagi kami warga emas intan berlian ni ... fuh fuh fuh semput. Sesak nafas, sakit kaki dan sakit tulang paha nak menghabiskan cabaran ni. Mujurnya hujan lebat ... terasa fresh badan basah tak berpeluh.  Abis semua dalaman basah kuyup ... oppps 🙈🙈🙈🙈



PEER Group menerima sumbangan RM15,000 untuk menjalankan aktiviti tahunan

Berzumba dalam hujan. Di barisan depan sebelah kiri ialah YB Dr. Afiq,
ADUN Negeri Pulau Pinang. Muda lagi orangnya

Selepas semua peserta sampai ke garisan penamat, kami berkumpul untuk mengambil bahagian dalam acara seterusnya.  Ada persembahan nyanyian dan tarian dari wakil2 badan sukarela,  mendengar kisah motivasi pesakit kanser yang hebat2 serta acara cabutan bertuah. PEER group buat persembahan 'laughing therapy' ... walaupun sedih paksa diri untuk gelak ketawa. Boleh??? Untuk acara cabutan bertuah, daripada 29 orang dalam group kami hanya seorang jer yang dapat hadiah ... adehhh. Tak bertuah le pulok hari ni.

Tepat pukui 12 acara tamat dan kami bergerak balik ke Butterworth.

psss  :  Aku demam dan batuk seminggu akibat bermain air hujan hihihihi.

******************************************************

Pada minggu berikutnya, MAKNA Utara telah mengadakan woksyop sehari untuk pesakit, bekas pesakit kanser dan ahli keluarga mereka di Hospital Kulim.

Woksyop ini lebih merupakan ulangkaji terhadap pencegahan, pemeriksaan rutin, rawatan sebelum, semasa dan selepas disahkan mengidap kanser, tanggungjawab ahli keluarga dan masyarakat, bantuan2 untuk pesakit dan tanggungjawab MAKNA sendiri.


Apa yang ramai tidak tahu, pesakit kanser yang tidak berkemampuan sebenarnya mempunyai banyak saluran untuk memohon bantuan seperti dari MAKNA, Pusat Zakat Negeri, Baitulmal, Perkeso, Tabung Kakitangan Awam dan Tabung Kebajikan Hospital.  Apa yang yang penting, pesakit ini perlulah merujuk kepada Badan2 Kebajikan di setiap hospital dan mohon bantuan mereka untuk memberikan panduan dan khidmat nasihat.

Friday, November 18, 2016

Muzammil Hasballah | Ar-Rahman FULL



Allah hu Akbar ... nangis aku mendengar lantunan merdu anak muda ini membaca surah kegemaran ku surah Ar-Rahman.

1.   (Tuhan) Yang Maha Pemurah

2.   Yang telah mengajarkan Al Quran

3.   Dia menciptakan manusia

4.   Mengajarnya pandai berbicara

5.   Matahari dan bulan (beredar) menurut perhitungan

6.   Dan bintang2 dan pohon2 kedua-duanya tunduk kepada Nya

7.   Dan Allah telah meninggikan langit dan Dia meletakkan neraca (keadilan)

8.   Supaya kamu jangan melampaui batas neraca itu

9.   Dan tegakkanlah timbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi nya

10. Dan Allah telah meratakan bumi untuk makhluk Nya

11. Di bumi itu ada buah2an dan pohon kurma yg mempunyai kelopak mayang

12. Dan biji2an yang berkulit dan bunga2 yang harum baunya

13. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan??


dan pelbagai lagi tanda kebesaran Allah yang dinyatakan dalam surah yang mengandungi 78 ayat ini. Subhanallah memang  tak terhitung oleh kami Ya Allah nikmat kasihsayang Mu kepada kami. Hanya kita manusia ini selalu gagal bersyukur.

Siapa Muzammil Hasballah?? Anak muda berusia 23 tahun ini merupakan mahasiswa senibina (architecture) di Institut Teknologi Bandung. Beliau berasal dari Acheh.

Semoga ramai lagi anak muda yang menjadikan Muzammil sebagai contoh kecemerlangan dan keseimbangan ilmu dunia dan akhirat.  Aamiin