Thursday, September 25, 2014

Cameron Highland Lagi

Selepas sebulan kunjungan kami ke sana ... hanya hari ni baru terbuka hati nak menulis ... memang kes berat!!! 

23 Ogos 2014 adalah harilahir Puteri Bongsu yang ke-19. Aku cadangkan pada Abah pada hari tersebut kita pergi Cameron Highland jer, dekat, cepat dan murah. Penginapan kita guna voucher percuma Orient Reward jer. 

Kami bertolak dari Ipoh pukul 10 pagi. Singgah makan pagi di Simpang Pulai, semua makanan dah habih kecuali bihun goreng jer. Memang gerainya kecil jer tapi ramai pengunjung. Aku pasti destinasi mereka sama macam kami ... nak naik ke Cameron Highland. Oh yer perjalanan kali ni kami bertiga jer sebab Kaklong dengan Kakngah tak mau ikut sama. Dua-dua anak dara tu kaki muntah, jalan mendaki bukit mesti pening.

Sepanjang perjalanan kereta banyak. Motor besar pun banyak. Perjalanan tak begitu lancar, jumpa polis buat speed trap, jumpa jalan tutup sebelah kerana tanah runtuh, dan beberapa tempat lagi kerja membaiki jalan.  Udara semakin lama semakin sejuk. Abah tutup aircond kereta dan buka tingkap sepanjang perjalanan.  Doa ku semoga tidak hujan sepanjang kami di Cameron Highland nanti. Maklumlah sekarang musim hujan tidak menentu.



Persinggahan pertama kami ialah di Cameron Lavender yang terletak di Tringkap.  Kena bayar RM5 seorang untuk masuk ke sini.  Wahhhh .... disini penuh dengan bermacam jenis bunga-bungaan yang cantik dan wangi.  Tumpuan utamanya ialah bunga lavender yang berwarna ungu. Aku sempat lagi posing dengan kereta beetle polkadot ungu hihihi.

Kemudian kami singgah di S Corner (jalan kat sini selekohnya membengkok macam S, gerun kalau ada lori sayor menyenget di tepi kereta kita).  Sebab dah hampir pukul 1, perut pun dah lapar semula. Tak banyak pilihan makanan. Lalu kami minum teh jasmin dan sandwich sepotong seorang jer untuk melapik perut. Kedai2 di sini nampak malap dan tak meriah sangat.

Kami terus ke pekan Brinchang untuk makan tengah hari.  Tapi tak jadi makan sebab Abah dan Puteri Bongsu nak makan durian.  Sebiji jer durian dikongsi mereka berdua, sebab Abah bimbang nanti darah naik, kepala pun pusing. Akhirnya kami beli nasi goreng 2 bungkus untuk dikongsi bertiga di bilik hotel nanti.


Kami terus check-in di Heritage Hotel yang terletak di Tanah Rata. Walaupun waktu check-in pukul 3, tapi  kami bernasib baik dibenarkan check-in awal pukul 2.30 petang. Lega dapat berehat, mandi, makan dan tidor sekejap. Pukul 4.30 kami bergerak ke arah Ladang Teh Bharat di Cameron Valley.  Di sini kami berhenti minum teh tarik dan makan rotinya yang panas-panas lagi.  Tapi harganya punyalah mahal ... fuhhh!! Segarnya udara di sini. Selepas tu kami posing berlatar belakangkan ladang teh yang luas dan cantik. Tak sah kunjungan ke Cameron Highland kalau tak ada gambar ladang teh ni hihihihi.


Cuaca mula gelap, angin makin sejuk, padahal baru pukul 6 petang. Kami bergegas ke pekan Tanah Rata untuk mencari restoran.  Sebab perut masih kenyang, bungkus jer nasi goreng untuk dimakan dalam bilik nanti.  Sebaik saja tiba di hotel, hujan turun dengan lebatnya.  Angin pun menderu-deru. 

Malamnya kami tidur bungkus rapat dalam selimut.  Walaupun pakai baju tebal dan selimut tebal, dinginnya cukup terasa.  Bilik kat Cameron Highland ni tak ada aircond dan kipas angin yer.

Keesukannya selepas breakfast di coffee house Heritage Hotel, kami bergerak ke Taman AgroTek Mardi yang terletak di Tanah Rata. Di sini terdapat contoh ladang-ladang strawberry, ladang teh, ladang kaktus, bunga-bungaan,  rumah Inggeris, ladang arnab dan kedai cenderahati.  Aku dan Puteri Bongsu memang enjoy meratah strawberry bersalut coklat ... yummy.




Tak sedar begitu lamanya kami di sini. Maklumlah cuaca redup, udara pulak sejuk memang tak terasa berjalan banyak pun.  Sayangnya bunga ros tak begitu banyak kali ni, kenapa yer???

Kami balik ke hotel untuk mandi-manda dan mengemas sebelum check-out pukul 12 tengah hari.  Dalam perjalanan kami singgah di Pasar Sehari Brinchang. Peniaga dah mula nak tutup gerai masing-masing dan meminta kami borong dengan harga rendah barangan mereka.  Aku borong 7 paket strawberry pada harga RM20, 10 tongkol jagung manis pada harga RM10 (punya besar2 jagungnya) dan 5 paket sayur pada harga RM10 (buncis, tomato, taugeh hijau, keledek ungu 2 bungkus).  Huhh penuh kereta dengan barang dagangan!!!



Perjalanan pulang terasa cepat sebab tidak begitu banyak kenderaan di jalanan.  Pengunjung lain belum bersedia untuk turun dari Cameron Highland agaknya ... hahahhah.  Sepanjang jalan aku terasa sedih melihat bukit2 yang semakin banyak digondolkan untuk aktiviti pertanian.  Hrmmm ... sampai bilakah pemusnahan keindahan alam ini akan dihentikan.  Aku bimbang Cameron Highland 10 tahun akan datang tidak indah lagi dan tidak dingin lagi seperti sekarang.