Monday, February 23, 2015

Pulau-pulau Syurga Dunia - 2 (24.1.2015)

Hari ke-2 aku dikejutkan dengan laungan azan dari masjid berhampiran resort. Jelas kedengarannya suara imam membaca surah Al Fatihah dan ayat suci Al Quran. Sayu hati mendengar alunan ayat2 suci kitab Allah di bumi Krabi ... Subhanallah.

Seterusnya kami berkumpul untuk makan pagi di Safa Restaurant.  Menunya simple aje.  Ada nasi putih dan ayam paprik, kueteow goreng, roti bakar bersama telor goreng, sosej dan baked beans, buah2an, muffin pelbagai jenis dan minuman sejuk dan panas.  Kena makan banyak2 sebab lepas ni nak guna banyak tenaga.

Tepat pukul 9.15 pagi (8.15 Krabi) kami dijemput dengan van pergi ke pesisir pantai. Dari sana, kami terpaksa meranduk air separas punggung dan seterusnya memanjat 3 anaktangga yang tinggi untuk menaiki bot. Bot yang besar ini memuatkan kami 18 orang dari Malaysia, pelancong barat dan pelancong dari Thai sendiri, lebihkurang 60 orang rasanya di atas bot ni. Kami ditemani seorang pemandu pelancong yang fasih berbahasa Inggeris dan sentiasa tersenyum serta 5 orang anggota krew yang lain.

memang perlu stamina nak panjang tangga ni ... kena melangkah tinggi

Naik bot, ada life jacket tapi takde sapa yang nak pakai.
Kalau emergency ... hrmm tak taulah macamana
Destinasi pertama ialah ke Cave Island.  Jauh juga perjalanannya. Sepanjang perjalanan ke pulau ini, laut agak bergelora dan air laut sentiasa menyimbah ke atas bot. Basah kuyup kami. Setibanya di Cave Island, kami terpaksa turun meranduk air ke pantai yang berpasir putih gebu. Di sini terdapatnya Phra Nang Cave. Gua ini menempatkan rumah2 ibadat agama Buddha. Ada juga dijalankan aktiviti wall climbing yang kelihatan sangat mencabar.

cantiknya pemandangan di Cave Island. Pasirnya putih gebu sangat
Di pantai kelihatan ramai pelancong mat saleh. Jenuh nak jaga pandangan mata melihat mereka memakai bikini pelbagai saiz, terbonjol semua isi badan, ada yang muda, ramai juga yang tua!! Yang hebatnya, ramai membawa nak kecil yang dibiarkan berjalan bebas di atas pasir. Tak ada apa yang perlu dibimbangkan kerana pantainya bersih, tak terjumpa langsung sampah bekas plastik, kertas, sisa makanan, tin atau botol minuman atau kaca di sepanjang pantai. Hebat sungguh kerajaan Thai menjaga tempat pelancongan mereka.

beautiful Cave Island
beautiful Cave Island
Setelah 1 jam di sini, kami pergi pulak ke Tup Island.  Di sini kami beratur mengambil makanan yang disediakan oleh pihak pakej. Nasi dengan kobis goreng, ayam paprik dan air mineral. Kami mengambil posisi di atas bukit. Dari sini kelihatan panorama alam yang sungguh indah.  Subhanallah. Betapa pasir yang putih bertemu laut dan langit yang biru dan di pagari pulau2 yang cantik. Masyaallah.

memukau sekali keindahan di Tup Island
pelancong meranduk air ke pulau berdekatan.
Hebatnya ketika air surut, pelancong boleh berjalan kaki di atas beting pasir terus ke pulau yang terletak berhampirannya.  Tetapi semasa kami pergi air sedang pasang, kelihatan mereka berada di dalam air laut setinggi pinggang sedang menyebarang ke pulau tersebut.

Setelah puas bermandi-manda di sini, kami bertolak pula ke Chicken Island. Kenapa disebut Chicken Island? Kerana dari sisi, ianya kelihatan seperti seekor ayam jer ... hihihi. Kami berhenti di sini untuk memberi peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menjalankan aktiviti snorkeling.  Kelihatannya pelancong mat saleh begitu beraninya terjun dan berendam dalam air laut yang begitu jenih. Kami dari atas bot dapat melihat bayang2 terumbu karang dan pelbagai ikan yang berlegar di sekitar bot merebut roti yang kami campakkan. Grup kami yang dari Malaysia ni semua tak berani turun (kecuali 3 orang), sebab semua tak pandai berenang. Bila bot berhenti, ianya teroleng2 ke kiri-kanan dan menyebabkan kepala kami jadi pening2 lalat dan rasa loya. Mujur ada bawa bekalan pelbagai jenis jeruk dan minyak angin ... hehehehe.

Chicken Island - nak kena sembelih ni 
aktiviti scuba diving dan snorkeling banyak dijalankan di kawasan ini
Dalam kami melayan pening, seorang krew datang membawa dulang berisi  tembikai dan nenas. Hrmm lega rasa pening dapat makan nenas yang masam manis tu.

Setelah hampir 40 minit di sini kami bertolak ke destinasi terakhir iaitu Poda Island.  Pasirnya putih bersih tetapi agak kasar kerana bercampur serpihan kulit siput/kerang.  Tetapi memang bersih sangatlah. Tak jumpa sampah sarap langsung. Anjing atau kucing liar pun tak ada jadi kita tak perlu bimbang terpijak najis binatang2 tersebut.


cantik bersihnya pantai Poda Island ni
Memandang cuaca begitu panas, gang veteran hanya berehat di bawah pokok atau pondok2 yang disediakan sambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah. Tetapi dah tentu tak dapat lari dari memandang ciptaan Allah yang satu lagi ... mat dan minah saleh dan siam yang mundar-mandir dengan bikini dan swimming trunk berbonjol di sana-sini. Macam nak tersembol keluar. Gang muda seronok bermandi-manda dalam air yang begitu jernih.

Setelah puas bermandi-manda dan berlepak2 sampai semua berkulit tanned, kami menaiki bot untuk pulang ke pantai Ao Nang. Waduhhh .... capekkk banget tapi sangat puas hati. Di resort ada yang terus melabuhkan diri di katil.  Ada yang mandi membersih diri. Ada pulak yang sambung terjun dalam swimming pools.  Waktu ni terasa lapar.  Aku pun jerang air, makan maggi cup perisa kari ... heheheh dah 2 hari tak jumpa kari tau!!!

Malamnya kami makan di Safa Restaurant. Makan malam initermasuk dalam pakej yang kami pilih. Aku dan Abah memilih set B dengan nasi putih, sayur campur, daging masak lemak hijau dan ikan panggang. Ada buah2an dan minuman kordial.  Kakngah dan Puteri Bongsu memilih set C yang ada nasi, sayur paprik, tomyam ayam dan omelette telor dan sausage.  Maaflah, aku dah lupa menu untuk set A.

Setelah puas makan, kami berbincang untuk aktiviti malam ni. Semua berminat untuk pergi ke pasar malam Krabi kecuali aku.  Aku kembali ke bilik untuk solat dan menonton TV. Waktu tu tak terasa takut pun kerana kedengaran ramai orang sedang bermandi-mandi di kolam di hadapan bilik. Setelah sejam, suasana jadi sunyi sepi. Mungkin mereka dah masuk ke bilik masing2. Tiba2 aku jadi takut. Aku bukan saja takut pada hantu, tapi takut pada manusia. Maklumlah bilik aku di hujung sekali bersempadan dengan kawasan berhutan. Kalaulah sapa2 kacau aku, pecahkan kaca sliding door mengadap varendah di belakang bilik,  atau masuk ke bilik melalui laluan terbuka dalam bilik air .... huaaaa,  kalau menjerit pun orang susah nak dengar. Nauzubillah himinzaliq.

Segera aku bergegas ke lobi. Bila dalam ketakutan, perjalanan terasa teramat jauh dan lambat (memang jauh pun!!). Hanya bunyi kasut aku kedengaran bergerak laju di atas pelantar tu .. hiiiii!!! Terasa macam ada hantu memandang aku di tepi2 pelantar tu .... huaaaa.

bayangkan malam2 berjalan seorang diri di sini ... bilik aku di hujung selekoh tu ...
 lebikurang 500 meter ke lobi.  Semput dan macam nak hilang nyawa tau kihkihkih
Sampai di lobi terasa lega sangat. Aku menarik nafas dalam2 sebab nafas aku dah macam nak putus berjalan ke lobi ni. Untuk menghilangkan rasa ketakutan aku tadi, aku memesan secawan kopi. Mahal wooo .... secawan kecik tu 50 baht (RM5). Takper la, janji aku dapat bertenang semula.  Mujurnya aku tak perlu menunggu lama. Kira2 40 minit di lobi, mereka yang bershopping di pasar malam tiba semula di resort. Semua dah pening kepanasan dan kepenatan.

Jom balik tidor di bilik.