Thursday, February 16, 2017

Kunjungan Mengerat Silaturohim - Kelantan (10 - 12 Feb 2017)

Aku dan Abah berjanji,  bawa kereta slow and steady. Tak perlu nak berebut2. Bila rasa letih, wajib berhenti untuk berehat, bila lapar berhenti untuk makan dan minum, bila ngantuk berhenti untuk tidor. Hahahaha akhirnya perjalanan dari Perai ke Kota Bharu yang sepatutnya hanya 5 jam menjadi 7 jam.  Nak buat macamana?? Dah dua2 driver veteran, terpaksalah ikut kemampuan dan stamina.

Kami memulakan perjalanan jam 5.30 pagi dan berhenti solat berjemaah di  sebuah surau di Baling. Alhamdulillah dapat kami sujud tilawah bersama2 jemaah di subuh jumaat itu. Perjalanan seterusnya sangatlah nyaman. Tak banyak kereta di jalanan. Cuaca pulak sangat sejuk dan berkabus. Selain berhenti solat, kami berhenti minum pagi di Gerik, mencari tandas di hentian Puncak Titiwangsa dan Jeli dan makan tengah hari di Ketereh.

Nasi kerabu tumis di Keterah

Di Ketereh kami singgah sebentar di rumah bapak saudara Abah iatu Ayah Aji Hassan.  Terkejut Ayah Aji dan isteri menerima kedatangan kami. Datang tanpa notis awal. Seperti biasa kami tenggelam dengan gelak ketawa mendengar kelakar Ayah Aji sehingga aku terus terlupa nak mengambil gambar. Waduhhh

Perjalanan diteruskan ke Kota Bharu untuk menuju Hotel Rayyan Soffea KLIK yang terletak di Jalan Pangkalan Chepa.  Bahagianya memandu tengah hari Jumaat ni. Jalanraya yang selalu sibuk dan padat dengan kenderaan, hari ini kosong.  Alhamdulillah.

Kami tba di hotel jam 12.45 tengah hari dan boleh terus check in pulak tu. Alhamdulillah.

Petangnya kami bercanda di Pantai Cahaya Bulan. Dulu2 namanya disebut sebagai Pantai Cinta Berahi .. tetapi ditukar kepada Pantai Cahaya Bulan sebab bunyinya agak mengghairahkan hahahha. Santai2 makan jagung bakar dan colek2 sambil mendengar bunyi ombak yang kuat dan dengungan wau yang berterbangan di angkasa.

Jagung bakar PCB
Colek2 - sotong, ikan dan bebola udang dan ketam

Bersantai di PCB

Malamnya aku membeli sebungkus nasi tumpang dan Abah pulak sebungkus nasi minyak lauk ayam. Jumlah harga hanya RM5.50 .. murahnya!!

*************************************************************

Keesukan paginya sesudah makan pagi di hotel, kami menjelajah bandar Kota Bharu. Oranglain belum bangun tidor gamaknya, Kota Bharu bagai kami yang punya. Berposing di sana-sini pakcik dan makcik ni tanpa ada gangguan. Kereta pun lalulalang sekali sekala aje.
  
Kena paksa berposing

Seterusnya kami menyusuri dataran tepi sungai. Angin pagi sejuk sungguh. Tiba2 ternampak kedai Dimsum Haji Loh, terus perut terasa lapar semula. Apalagi terus sambar 4 set (satu set RM3.90). Abah kata nafsu mata aku memang kuat, pantang nampak makanan mesti nak tergoda.

Di pinggiran Sungai Kelantan

Colorful dimsums
Tengah harinya kami ke Dewan Pertubuhan Peladang di Panji untuk walimatulurus anak sepupu Abah, Allahyarham Haji Abdul Halim Abdullah Bakti. Di sini kami bertemu isteri, anak2 serta saudara2 perempuan Allahyarham. Meriahnya terasa pertemuan ini. Aku dan Abah sangat diraikan oleh mereka. Alhamdulillah. 

Bersama keluarga Kelantan dari kiri : maaf kiri sekali tu tetamu tuan rumah.
Tudung pink Kak Asiah (sepupu), Wani (anak saudara), Kak Nafisah (sepupu) dan
 kanan sekali ibu pengantin Kak Yati (Isteri Allahyarham sepupu)

Makanan kenduri ialah nasi minyak, gulai daging berkentang, ayam percik, acar nenas, ikan kering goreng, sambal belacan dan ulam. Makanan sampingan ialah laksam dan kuih2 tradisional Kelantan seperti tapai, akok, nekbat, baulu dan cara berlauk.  Hrmmm sedap2 belaka.

Selesai kenduri kami singgah di rumah ibu saudara Abah iaitu Makngah Hajjah Fatimah di Chempaka. Berborak2 sambil Makngah bertanya kabar kaum kerabatnya di Pulau Pinang dan Kedah. Apalagi kami beri latest update untuk Makngah.

Abah dan Makngah

Malamnya sepupu Abah iaitu Kak Asiah dan suaminya Abang Din bermurah hati menjamu kami di Syam Bungaraya Restaurant yang menyajikan masakan ala Thai.  Kami disertai oleh Salmi dan keluarganya. Salmi dan Kak Asiah adalah anak2 Makngah Hajjah Fatimah.

Sebelum bersurai, Salmi menjemput kami untuk brunch di rumahnya besuk pagi sebelum kami bertolak balik ke Pulau Pinang.

*******************************************************

Esuknya selepas check-out pukul 10 pagi kami terus menuju ke rumah Salmi di Demit.  Wahhh nasi dagang, gulai ikan tongkol, gulai telor dan cream puff sudah menunggu kami. MasyaAllah sedapnya nasi dagang tu, makan menambah2 hihihihi ... malu!!!

Setelah puas berbual dan perut pun dah kenyang, kami pun memulakan perjalanan menuju ke Pulau Pinang.  Alhamdulillah kami selamat tiba di Rumahku Syurgaku jam 6.15 petang.

PS  :  semasa datang kami mengikut jalan Machang-Kota Bharu sebab hendak berhenti di Ketereh. semasa balik kami mengikut laluan Kota Bharu-Rantau Panjang pulak.