Showing posts with label Jalan-jalan luaskan pandangan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan luaskan pandangan. Show all posts

Friday, February 23, 2018

Langkawi Pulau Lagenda (29 Januari 2018)

Hari ini merupakan hari terakhir kami di Langkawi. Kami check-out pukul 11 pagi. Masing2 membawa extra baggage yang penuh dengan coklat, ikan bilis, kain batik, minyak gamat dsbnya. Cuma tak ada yang berminat shopping pinggan mangkuk periuk belanga. 

Kami bergerak terus menuju ke Dataran Helang. Aaduhhh kenapa la organizer ni atur program datang ke sini waktu tengah hari rembang. Memang panas betul cuaca. Bergambar pun pakat pejam mata, sebab tak bawak sunglass hihihi.  Snap sekeping dua gambar semua pakat lari masuk ke dalam kereta hihihihi  puteri lilin semuanya.



Seterusnya kami menuju ke Hospital langkawi untuk kunjungan hormat. Kedatangan kami disambut oleh para Matron dan sister dari Wad Wanita. Kami melawat dari katil ke katil bertanya kabar sambil menyampaikan cenderahati berupa beg yang dijahit oleh para sukarelawan HSJ serta tuala kecil.



Memandangkan hospital ini tidak begitu padat dengan pesakit, dalam tempoh 40 minit kami selesai melawat kesemua 25 pesakit. Dari wad kami melihat kemegahan kakitangan Hospital Langkawi ... sebuah helikopter yang merupakan ambulan udara yang pertama di Malaysia. Helikopter Airbus H135 ini disediakan untuk kes2 kecemasan melibatkan penduduk dan pelancong di Langkawi untuk menjalani rawatam segera di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Perkhidmatan ini amat diperlukan memandangkan sekarang pesakit kritikal perlu menaiki feri dengan perjalanan laut yang kurang selesa dan memakan masa.

kredit Jabatan Kesihatan Negeri Kedah

Kami meninggalkan Hospital Langkawi untuk makan tengah hari di sebuah restoran. Untuk pertama kalinya aku menjamah kerabu bronok. Bronok adalah makanan eksotik yang hanya terdapat di Langkawi. Nak tau cerita bronok, baca SINI

ahakkkk ... kerabu bronok
Selesai mengisi perut, kami bertolak menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi bagi penerbangan pulang ke Pulau Pinang. Tak sabar rasanya nak balik jumpa cucuku Puteri Zulaikha dan anak2ku yang manja. Paling istimewa bertemu darlingku, Abah.. kerana hari ini genap ulangtaun perkahwinan kami yang ke-30. Alhamduliilah.. syukur atas jodoh yang Engkau aturkan untukku Ya Allah.

Tak sabar nak balik Penang
Alhamdulillah .. tiba di Penang International Airport (PIA)

Thursday, February 22, 2018

Langkawi Pulau Lagenda (27 Januari 2018)

Setelah sarapan kami bergerak ke jeti.  Bot yang disewa dah siap menanti. Kami dibekalkan dengan jaket keselamatan dan diberi taklimat ringkas the do and don'ts semasa di atas bot dan semasa berada di pulau2 yang akan dikunjungi.  Bismillahirrohmanirrohim.

Laut agak choppy .. aku mula bimbang dengan masalah tulang belakang ku yang sering sakit, apalagi asyik terhentak2 sepanjang perjalanan.   Namun pemandangan indah pulau2 batu kapur yang bertaburan di sepanjang laluan bot sangatlah mengujakan aku. Maha Suci Allah yang menjadikan langit dan bumi yang sungguh indah. Aku dan kamera handphone berpisah tiada 😁😁😁😁😁




Pulau pertama kami kunjungi ialah Pulau Beras Basah.. Pulau ini merupakan sebahagian daripada 104 buah pulau kecil dan besar dalam gugusan Pulau Langkawi, Kedah. Jarak dari jeti Kuah, Langkawi ke pulau ini lebihkurang setengah jam dengan bot laju.  Jetinya terletak agak jauh dari daratan. Sepanjang perjalanan meniti jambatan ke pulau, kami seronok melihat ikan pelbagai saiz, warna dan bentuk berenang2 berkumpulan. Kalau dilontarkan makanan, berebut2 mereka. memang air di sini begitu jernih.

Di pulau kami bersantai, berbual2 malah ada yang bermandian di laut. pantainya sungguh indah. pasirnya memutih dan halus gebu. Menurut pemandu bot, pulau ini merupakan tempat nelayan selalu berteduh bila ada ribut di lautan.



Destinasi seterusnya ialah melihat helang merah di Pulau Singa Besar. Pulau ini dipenuhi hutan yang tebal serta bukit batu kapur. Ia merupakan habitat bagi helang merah dan hidupan liar yang lain. Kami tidak mendarat di sini sebaliknya hanya melihat aktiviti memberi makan helang dari atas bot sahaja. Apabila daging ayam dilemparkan ke permukaan laut, dengan pantasnya sang helang menjunam dan menyambar sebelum terbang semula ke sarangnya. Memandangkan ada 4 bot berada di situ, memang mewahlah sarapan helang2 pada pahi ini hihihi. Inilah kali pertama aku melihat helang dengan banyak dan dekatnya. Burung2 ini berwarna merah dan terbang turun naik dengan pantasnya. Yang pastinya setiap terjunan tidak pernah gagal mencengkam rezeki.


Kredit Sinar Harian online untuk gambar yang cantik ini

Seterusnya kami menuju ke Pulau Dayang Bunting. Pulau ini merupakan pulau kedua terbesar setelah Pulau Langkawi. Ada apa cerita di sebalik nama Pulau Dayang Bunting ini? Jom kita semak dari Wikipedia 

Pulau ini mendapat nama daripada kisah dongeng yang kononnya pulau ini seimbas lalu menyerupai dayang bernama Mambang Sari yang ditipu oleh Mat Teja sehingga membuatkan dia mengandungkan anaknya kerana terlampau mencintainya. Namun setelah 7 hari anaknya lahir, bayi tersebut menderita dengan penyakit misteri. Mambang Sari kemudiannya meletakkan anaknya di tasik yang terletak di atas pulau itu lalu menyebabkan terjadinya lagenda tasik dayang bunting. Dalam perjalanan ke Tasik Dayang Bunting, kita akan lihat bentuk gunung yang menyerupai seorang perempuan sedang terbaring dengan bentuk kepala, dada dan perut yang sedang bunting. 

Sebahagian dari kami menggagahkan diri mendaki bukit untuk sampai ke tasik tersebut dan seterusnya  bermandi-manda. Manakala yang dah tepeleot macam aku ni, kami hanya bersantai menikmati hembusan bayu laut sambil minum air kelapa muda yang dijual. Hari panas2 ni memang lah terasa amat enaknya. Alhamdulillah.

Aerial view tasik di Pulau Dayang Bunting - Kredit Holiday Gogogo Tours
MasyaAllah cantiknya. Orang dulu2 percaya siapa yang belum ada anak, minum air tasik ni
boleh mengandung. Syuhhh jangan percaya perkara2 kurafat begitu. Nauzubillahhiminzalik
Setelah hampir 40 minit di sini, kami bergerak pulang ke Kuah. Setibanya di jeti,  kami terus dibawa pemandu ke kedai nasi ayam untuk makan tengah hari. Aduhh mak... laparnya perutttt!!

Petangnya setelah beristirehat dan membersihkan diri, kami bergerak ke Giant Kuah dan Kompleks Haji Ismail Group. Apa lagi shopping shopping shopping lah di kedua2 tempat ini yang penuh dengan bermacam jenis coklat.  Sedar tak sedar ada yang membelanjakan hampir rm300 hanya untuk coklat sahaja. Iisy isy isy

Shopping tak ingat dunia

Puas shopping.. dinner makanan laut

Tuesday, February 20, 2018

Langkawi Pulau Lagenda (27 Januari 2018)


Seawal jam 4 pagi aku dah bangun. Sepanjang malam pun memang aku tak nyenyak tidor.  Memang macam tu lah setiap kali aku nak bermusafir. Setelah selesai urusanku mengabdi diri kepada Yang Esa, aku kejutkan Abah. Zupzazupzap ... Abah bersiap. Tepat pukul 5 pagi, aku tiba di lobi Hospital Seberang Jaya (HSJ). Ramai sahabat dah pun menunggu. Aku lepaskan Abah pulang ke rumah, pohon doakan aku selamat pergi dan balik.

Sebenarnya aku bersama 10 sukarelawan dari Pakar 2 HSJ (Klinik Pembedahan dan Klinik Kanser Payudara) beserta 10 kakitangan hospital akan mengadakan lawatan ke Pulau Langkawi selama 3 hari.  Kami merupakan kumpulan yang telah bekerjasama selama hampir 3 tahun dan terlibat aktif di dalam melaksanakan pelbagai aktiviti sukarelawan HSJ. Lawatan ini umpama ganjaran dari pihak pengurusan di atas usaha kami itu di samping mengeratkan lagi silaturohim yang dah sedia terjalin.

Tepat pukul 5.20 pagi kami bertolak ke Penang Airport dengan menaiki 5 buah kereta GRAB.  Memandangkan masih awal pagi, jalan sunyi sepi, maka dalam setengah jam kami dah tiba ke Departure Hall. Urusan check-in dilakukan dengan pantas dan kami berada di ruang menunggu seawal jam 6.15. Sementara menunggu kapalterbang kami menunaikan solat subuh di surau.

Kapalterbang berlepas pukul 7.55 pagi dan tiba di Langkawi setengah jam kemudian. Sekejap je dah tiba.  Airport Langkawi ni kecik jer.. tapi macam2 kerja naiktaraf sedang dijalankan. Mungkin tahun depan siaplah agaknya.

Langkawi International Airport
Seronok dah tiba Langkawi...
Kami menaiki sebuah van 14 seater dan sebuah Ertiga 7 seater menuju sebuah kedai untuk sarapan pagi.  Aduhh memang lapar giler!!!! Seterusnya kami bergerak menuju ke kaki Gunung Mat Cincang untuk menaiki cable car dan sky bridge. Fuhhhh ... tak gayat ke??

Bila dah ramai2 gitu, yang mulanya berasa gayat dan tak mau menaiki cable car terus jadi berani dan berubah fikiran.. hahahaha, termasuklah aku 😄😄. Ini kali ke-2 aku naik cable car. Kali pertama di Bukit Nanas, KL pada tahun 70an dulu. Cable car kat situ pun dah tak wujud lagi.

Setiap cable car memuatkan 6 penumpang. Kami mendaki gunung yang sangat curam. Sayang sekali cuaca berjerebu, tidak banyak gambar cantik yang dapat diambil pada ketinggian begini.  Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kemudahan yang disediakan di sini, boleh semak di LINK ini. Bago orang muda yang banyak stamina, memang aktiviti di sini sangat menyeronokkan.

Mula2 tu takut.. tiba kat sini terus mai semangat berani hahaha

Bahagia menikmati keindahan alam

Sayang cuaca berjerebu

Setelah puas dengan cable car, kami pergi ke muzium 3D yang terletak bersebelahannya. Wahh di sini kami berposing sakan macam anak2 remaja. hahahaha




Sekarang ni semua sudah terasa letih sangat. Selepas makan tengahari, kami terus check in di Langkawi Baron Hotel yang terletak di Kuah. Kami berkongsi 4 orang dalam setiap family room (2 katil ueen). Dari bilik hotel jelas kelihatan laut dan pulau2 yang indah.

Dari bilik hotel



Setelah puas berehat, bermandi manda.. kami bertolak ke Aquarium Underwater World.  Aduhh nyaman berada di sini melihat pelbagai hidupan laut berenang dalam air yang dingin. Paling menarik perhatian ialah aksi penguin yang sangat comel berjalan terkedek2, terjun ke air dan berenang dengan lajunya.



Kami kemudiannya singgah ke kilang batik dan kedai gamat untuk membeli ole2. Kalau mai Langkawi tak beli gamat... macam tak lengkaplah kedatangan anda, betul ke??

Malamnya adalah aktiviti bebas untuk keluar makan ke tempat2 makan di sekitar hotel dan membeli-belah di Ram Shop Langkawi yang terletak berhadapan dengan Hotel Baron ini.

Monday, December 18, 2017

Lumut Tempat Menarik (9 -10 Disember 2017)

Baru2 ni aku dan Abah bermalam di Lumut. Sebenarnya Lumut dekat jer dengan kampung asal ku... lebihkurang 30 ke 45 minit perjalanan jer. Tetapi sebab dekatlah aku tak pernah beri perhatian kepada keistimewaan Lumut. Bagi aku Lumut cuma sebuah pekan kecil tempat pelancong menaiki feri untuk ke Pulau Pangkor.

Bila sebut Lumut juga, aku pasti teringat kepada Pangkalan TLDM, ikan bilis mata biru serta limbungan tempat feri Pulau Pinang dibina. Hihihihi ...

Kesempatan bermalam di pekan pelancongan kali ini memberi aku peluang untuk meninjau pesisiran Lumut yang sangat indah. Memandangkan sekarang cuti sekolah, aku memang menghadapi masalah untuk mendapatkan hotel. Cari punya cari akhirnya dapatlah sebuah bilik double bed di Ritz Hotel Lumut. Hotel ni cantik dengan kelengkapan yang bersesuaian dengan harga bajetnya. Setiap bilik ada peti sejuk, peralatan membancuh kopi, safety box, hair dyer dan lain2 kelengkapan asas. Harga termasuk makan pagi untuk 2 orang. Hidangan nasi goreng, bihun goreng, roti bakar, kacang panggang, bubur nasi, cereals, minuman panas dan sejuk serta buah tembikai cukup untuk membuat pelanggan hotel berpuashati. Kalau nak komplen pun ialah tentang ruang bilik yang sangat terhad, hingga amat sukar untuk menunaikan solat.

Nak certa panjang tentang Lumut  ... jom kita tengok gambar.

Petang 9.12.2017 (dalam 6 petang sampai malam)

Lumut waterfont ... ramai yang ambil angin. Cuaca redup jer

Ada live band lagi... hiburkan pengunjung dengan lagu2 pop yeye ... hihihihi

Sunset ... awan hujan pun dah penuh di langit. Guruh pun dah menderum2

Lumut  pekan kecil yang penuh dengan pelancong tempatan di musim cuti sekolah ni

Ikan bilis pelbagai gred.. mak aii mahal2 belaka, apalagi bilis mata biru

Pagi 10.12.2017 (dalam pukul 8 pagi)

Ketam beso, kerang beso ... di jeti nelayan bersebelahan jeti bot ke Pulau Pangkor

Cantik imej hidupan laut disusun sedemikian rupa


Bahagian tepi bangunan pejabat pelancongan

Bot2 nelayan banyak berlabuh di sini

Tumpang posing yer tokei ... jejambat dari daratan ke bot

Lantai dataran waterfront dihias dengan pelbagai imej... menyebabkan kita berjalan jauh pun
tak terasa erana asyiknya memandang keindahan  imej2 tersebut. My favourite .. imej ikan  lumba2

Tuesday, May 30, 2017

Kelantan - Trengganu Di Hati (2 Mei 2017)

Bangun pagi terus mencari di mana letaknya Kopitiam Kita. Terletak di Jalan Pangkalan Chepa tapi kedudukannya agak tersembunyi. Dari jalan utama kami terlepas arah, minta la bantuan pada Cik Waze .. dia bawa kami ikut laluan pintas menyusuri jalan kecik satu lorong tepi sungai dan celah2 rumah orang sebelum tiba ke kopitiam tersebut.

Wah ramainya orang di sini. Rasanya 95% pelanggannya adalah Melayu. Kopitiam milik seorang lelaki Cina bernama Mr Wong yang memperkenalkan Roti Titab. Sebetulnya roti bakar biasa jer tapi diletakkan telor separuh masak dan sekaya di atasnya. Sesuatu yang menarik untuk dicuba. Nampak macam sikit je.. tapi sebetulnya mengenyangkan bagi kami yang perut kecik ni kehkehkeh!! Jadi kami tapau nasi dagang, nasi minyak dan nasi berlauk air dingin. Kalau ikut nafsu nak tapau juga nasi tumpang, nasi kerabu, nasi kakwok dan macam2 jenis nasi dan kuih lagi.. sabar sabar jangan ikut nafsu syaitan.


Roti titab (Tkasih ehsan kedaimakankelantan.blogspot.my).
 Kami terlupa nak ambik gambar sebab teruja nak makan .. perut lapar sangat masa tu hihihihi

Yang menariknya semua pekerja adalah Melayu. Makanan pula dibekalkan oleh orang2 Melayu. Itu sebab pelanggan pun ramai Melayu sebab yakin dengan makanan halal di sini. Lebih menarik dinding kedai ni penuh gambar pelanggan yang terdiri dari pembesar negara dan selebriti terkenal tanahair. Kiranya femes sangat kopitiam ni.

Tengok gambar2 kat belakang tu .. pegawai polis ada, ahli politik ada, artis ada

Selesai makan kami pergi ke Pasar Siti Khadijah.  Memandangkan masih awal pagi, senang ja dapat parking di tepi pasar tu. Kedai pun banyak yang baru nak buka, Semua pekedai menjemput kami masuk ke kedai masing2. Kiranya kami ni antara pengunjung terawal ke pasar ni.

Dah singgah wajib kena membeli hihihi. Tersambarlah beberapa helai kain corak batik untuk keluarga kami, dengan serunding daging tempatan, buah2an dan tudung. Aduhhh boleh pokai ni. Kalau kaki shopping memang boleh duduk berjam2 kat sini, tapi aku ni tak tahan suasana panas... mudah rasa nak pitam. Kami segera keluar mencari tempat untuk berehat sambil menghirup air kelapa yang dingin. Alhamdulillah.

Pasar Siti Khadijah di waktu pagi ... nampak bersih, kemas dan colorful

Kembali ke apartment kami mula mengemas barang untuk bertolak pulang. Setelah mandi manda dan menukar pakaian, kami makan nasi yang kami tapau tadi. MasyaAllah punyalah sedap2. Rasa rugi sangat sebab beli sebungkus sorang jer kihkihkih.

Tepat pukui 1.00 petang kami memulakan perjalanan pulang merentasi Banjaran Titiwangsa menuju ke Pulau Pinang. Amat bahagia dengan percutian kali ini. Begitu santai sekali. Tentu lebih indah kalau Kaklong dan Puteri Bongsu pun ikut serta.

Tuesday, May 23, 2017

Kelantan - Trengganu Di Hati (1 Mei 2017)

Happy birthday to you!!!  Bertalu2 ucapan dan doa yang indah2 masuk ke dalam handset aku... samada melalui FB, SMS atau whatsapp. Allah hu Akbar syukur atas nikmat Mu Ya Robb, memberikan aku kesempatan mencecah umur yang banyak ini.. dengan pelbagai nikmat yang tak ternilai. Segala puji-pujian buat Yang Maha Esa.

Kami mulakan pagi yang indah ini dengan makan pagi ... di Pantai Batu Buruk lagi.  Tapi kali ni bukan di Foodcourt semalam tapi di sebuah kedai berdepan dengan foodcourt tu. Nasi dagangnya sedap sangat... pakai beras panjang2. Macam2 kuih traditional Trengganu ada di sini, tak ingat la namanya. Yang aku kenal akok jer 😆😆😆

Nasi dagang kali ni memang best ,,, puashati
Pada masa yang sama adik ku Mak Yang dan keluarga pun bercuti di Trengganu. Kami bertemu untuk makan pagi sama2 kat sini.  Kuasa Allah ... satu keluarga dari Perai, satu lagi dari Selayang .. bertemu di Pantai Batu Buruk hihihi.  Macam2 cerita.. maklum lama tak jumpa face to face walau di whatsapp setiap hari ada jer sembangnya. Sejam bersembang sambil makan2... kami berpisah pun untuk program masing2. Mungkin jumpa pulak semasa Aidil Fitri nanti.

Seronok jumpa adik yang disayang

Pukul 10 pagi kami checkout dari hotel menuju ke Bukit Tok Beng yang terletak di Seberang Takir. Apa yang femesnya di sini?? Tentunya keropok lekornya yang sedap dan lembut.. penuh isi ikan. Memang ramai sungguh orang singgah di sini. Plet kereta semua dari luar Trengganu berderet2 di kiri dan kanan jalan. Aku memborong keropok lekor, keropok keping, makanan frozen seperti sata dan lekor ball lava.  Sebab takde icebox dalam kereta, aku pun bungkus makanan frozen dalam suratkhabar, berlapis2 untuk elakkan dia cair dan rosak. Lepas tu letak kat sebelah aku... ada aircond.

Keropok lekor dan cheese lava balls ... sedappp wehhh.
Sempat makan sebagai pelapik perut untuk perjalanan seterusnya

Seterusnya kami singgah di Pantai Tok Jembal yang terletak di belakang kampus Universiti Malaysia Trengganu. Cantik sungguh pantai ni,  Walau bagaimanapun pantainya dipenuhi deretan batu2 besar sebagai penambak hakisan laut. Nak tau sejarah pantai ni, sila baca SINI


Lagoon di Pantai Tok Jembal .. airnya jernih
Kami seterusnya singgah sekali lagi di Pantai Penarik.  Sesuai dengan namanya "Penarik", keindahan kawasan pantai yang dipenuhi pokok2 rhu membuat hati aku tertarik nak singgah berkali2. Walaupun cuaca panas terik, tiupan bayu laut yang kuat membantu mendinginkan tubuh. Seterusnya kami singgah sekali lagi makan sotong dan ikan celup tepung kemegahan Trengganu sebelum meninggalkan negeri indah ini

Makan celup2 tepung di sini
Perjalanan ke Kota Baru masih mengikut jalan pantai yang indah. Kami melalui beberapa tempat menarik di Besut dan Tok Bali. Memandangkan cuaca sangat panas dan badan pun dah teramat letih, kami tidak mau singgah di mana2 lagi melainkan terus ke Kota Bharu.

Peta perjalanan menyusuri pantai dari Kuala Trengganu ke Kota Bharu

Kami tiba di Apartment Studio untuk 3 orang tepat jam 2 petang. Alhamdulillah, leganya dapat mandi, tukar pakaian dan melelapkan mata sekejap. Tapi pukul 5 petang Abah dah ajak kami meronda lagi.  Apa ni jalan jauh2... untuk tidor je, leternya.  Dengan lemah longlai, kami bergerak ke Pantai Cahaya Bulan.  Kali ni tak begitu ramai pengunjung di sini. Angin pun tak kuat tiupannya menyebabkan udara terasa berbahang.  Mungkin sebab matahari masih bersinar terik, tak ada orang bermain wau ketika ini. Bosan pulak rasanya.

Pantai Cahaya Bulan .. panas litlit

Kami bergerak kembali ke Kota Bharu. Pusing sana pusing sini sangkut dalam jam. Ohhh bosannya. Kami bercadang nak beli makanan siap2 dan berehat terus di apartment. Kak Ngah nak simpan tenaga untuk memandu 6 jam ke Penang besuk hihihi.

Untuk makan malam kami pergi ke Yati Ayam Percik yang terletak di Jalan Long Yunus. Hrmm pilih2 nak ayam percik, nak daging bakar, nak gulai kawah, nak nasi kerabu.  Hrmmm ni le masa nak memanjakan perut hihihihi


Sunday, May 14, 2017

Kelantan - Trengganu Dekat Di hati (30.4.2017)

Hari ke-2 kami mulakan dengan mencari sarapan yang sedap2. Biasalah menggunakan khidmat Mr Google untuk cari tempat makan yang recommended.  Kami jumpa Nasi Dagang Kak Pah di gerai No 30, Food Court Pantai Batu Buruk. Punya lah ramai manusia beratur.  Hrmmmm ... rasanya bolehlah tahan.  Ikannya banyak.. kuah pun banyak.  Tapi aku yakin banyak lagi kedai menjual nasi dagang  yang lebih sedap. Di mana yer??

Berator berator ... lewat sikit nasi habis

Selesai sarapan kami bersantai di tepi Pantai Batu Buruk.  Sayang sekali hari ini cuaca tidak begitu baik. Langit dan laut berwarna kelabu... tidak dapat aku mengabadikan  gambar pemandangan matahari pagi yang cantik. 

cuaca kelabu jer pagi ni

Seterusnya kami menuju ke kawasan rekreasi di belakang Masjid Tengku Tengah Zaharah di Kuala Ibai. Disebut juga sebagai Masjid Terapung ... masjid ini sangat cantik. Paling aku berkenan tandas berbayarnya yang cantik macam di hotel 5 bintang.

Cantik nya masjid ni 

Setelah puas posing2 dan merenung laut kami meneruskan perjalanan ke Dungun. Hati ku berombak2 gembira.  Maklumlah 3 tahun menuntut ilmu di sana, tentulah membawa seribu kenangan. Kenangan kampus lama, kampus baru, pantai Teluk Lipat, pasar malam Dungun, pekan koboi Kuala Dungun,  Blue Lagoon Sura Hujung dan macam2 lagi.

Sepanjang perjalanan banyak gerai2 menjual air tuak, keropok lekor dan lemang di gerai2 tepi jalan. Keropok basah dan kering serta sata dan otak2 banyak dijual di tepi jalan di Marang.  Tapi kami tak singgah pun. Kenyang akibat makan nasi dagang tadi masih belum surut.

Tiba di Dungun ku perhatikan pekan koboi dulu telah bertukar menjadi pekan yang maju. Banyak bangunan kedai2 baru. Tak jumpa dah di mana letak nya kedai makan yang sering aku kunjungi dulu. Tapi bangunan Pejabat2 Kerajaan masih kelihatan sama saperti dulu juga. Tapi terus terang aku merasa kecewa kerana pantai yang dulunya sangat cantik sudahpun hilang. Yang tinggal kini hanya pantai yang ditambak dengan batu2 besar akibat hakisan dan menyebabkan hilang kecantikan aslinya.

Di sepanjang jalan tepi pantai  Teluk Lipat ini
kami sering melakukan latihan kawad Kesatria ...
 kiri kanan, kiri kanan

Kampus lama di Sura Gate pun sudah hampir hilang ditelan arus pembangunan. Hanya tinggal beberapa bangunan lama yang kini digunakan ileh Sekolah Menengah Imtiaz. Dahulunya kampus ini sungguh cantik, dipenuhi rumah banglo papan dalam kawasan yang dipenuhi pohon2 rhu. Umpamanya kami dulu belajar dalam kampus bersuasana resort.  Udara sungguh dingin dan nyaman ketika itu. Sempat aku berada di kampus ni selama setahun sebelum berpindah ke kampus baru.  Untuk keterangan tentang sejarah UiTM Dungun sila klik SINI.

sayu mengintai kampus lama Sura Gate
Kami juga pergi ke kampus baru tempat aku menamatkan pengajian 3 tahun ku. Kampus Sura Hujung ni memang lengkap dengan pelbagai kemudahan moden. Kalau dulu bangunan nya sangat teratur... kini nampaknya begitu padat bagi menampung jumlah siswa yang kian bertambah.

pintu masuk kampus baru Sura Hujung

dulu disebut Blue Lagoon kat belakang tu. tempat pasangan bercinta berdating.
Macam2 kisah mistik pun ada di sini

Aku tinggalkan Dungun dengan hati yang sayu, Tak pasti lah samada masih ada kesempatan untuk aku ke sini lagi. Ya Allah kurniakan aku kesihatan tubuh badan, rezeki yang banyak, waktu yang lapang untuk kembali ke sini lagi. Aamiin.

Dalam perjalanan pulang kami singgah di pantai Marang membeli sata panas2. Kami sekali lagi singgah makan tengahari di Foodcourt Pantai Batu Buruk sebelum pergi ke Pasar Payang. 


Pasar Payang yang happening .. gambar ehsan Travelholic Lily Riani. TQ

Waduh ramainya orang di Pasar Payang.  Jenuh bergelut menyelit2 nak membeli kain batik untuk Kaklong. Hihihi nak beranak baru pandai nak pakai kain batik. Selepas tu kami membeli keropok, gula nisan (macam gula melaka) dan sosnya sekali.  Selesai tu dah lewat petang sangat... kami bergegas pulang ke hotel. Tak sabar tak sabar, nak mandi... nak basuh rambut !!!!