Thursday, October 15, 2015

Siti Nurhaliza - Bisikan Hati (Lyrics & HQ Audio)



Tadi masa dalam kereta aku hampir terlalai terbuai dengan lagu ni. Astaghfirullah hal azim. Ni yang tak bagusnya bila mendengar muzik ni, bila dia sebabkan kita terlalai.  Tapi bukan muzik tu yang salah pun. mMuzik itu sesuatu yang indah, anugerah Allah untuk kita manusia nikmati.  Kitalah yang bersalah, sebab gagal mengawal diri.

Mujur cepat-cepat tersedar balik.

Dulu aku ingat Allahyarhamah Datin Rafeah Buang yang nyanyi lagu ni. Lemak merdu suaranya. Tapi mungkin sebab faktor umur, aku waktu tu tak pandai nak hargai muzik irama melayu ni.  Urban sangatlah konon nya kahkahkah .... kelako.

Sekarang rupanya bila didengar balik, alangkah indahnya irama lagu Melayu ni, ditambah dengan liriknya yang sopan dan puitis. Bonus bila penyanyinya bersuara power dan merdu macam Dato Siti Norhaliza.  Jom layan sekali lagi ... tapi tak mau khayal2 deh!!!

Nak Kemaskini Sikit La ....

Huhhh ... patutlah aku sendiri bosan nak jenguk blog ni. Rupanya tak pernah berubah wajah dah lebih setahun.  Jemu lah mata yang memandang kan.

Hrmmm nak ubah warna2 dulu lah. Template masih guna yang simple je. Kalau terlampau advance pun tak berkenan juga mata ni. Ikut kesesuaian umur akak le kan ... kihkihkih.

Ok jangan heran kalau dalam sehari dua ni tengok blog ni berubah2 warna ekkk. Try and error kata omputih. Sementara nak dapat yang sesuai dengan mata.

Friday, October 2, 2015

Apa Dah Jadi

Kali terakhir aku menulis blog ni 1 Mac 2015.  Hari ni dah 2 Oktober 2015. Tu diaaa ... 7 bulan dok mengeram.  Kalau mengandung pun dah boleh bersalin time ni. Hihihihi.

Maafkan akak ye selalu jer mungkir janji. Aku tak pernah lupa janji awal tahun nak menulis sekurang2nya 1 cerita setiap bulan. Apakan daya aku terlupa password. Ini bukan alasan semata2, ini benar belaka.  Sebenarnya memang aku catatkan password tu dalam satu buku nota, sayangnya buku tu pun hilang. Puas aku cari. Korek semua rak buku, laci2 almari, dalam kotak2 simpanan dokumen .... tapi tak jumpa juga. Hrmmm saja nak jadi sebab.

Kelmarin tiba2 terlintas dalam fikiran, ohhh mungkin buku ni ada kat salah satu kotak dalam stor di rumah kedua ku. Semalam masa singgah di rumah tu, terus je aku selongkar stor tu. Memang betul buku tu ada dalam kotak yang warna merah. Alhamdulillah.   Syukur Allah mengilhamkan aku tempat aku simpan buku nota bertuah tu.

Hrmmmm apa lagi, pagi ni terus je aku buka blog ni.  Yeayyy berjaya!!!


Sunday, March 1, 2015

Singgah2 Dalam Perjalanan Pulang - 3 (25.1.2015)

Kami bersarapan dengan santai pagi ni. Hari ni tak ada apa2 program diatur kecuali bertolak pulang. Bagaimanapun setelah bincang punya bincang akhirnya ketetapan dibuat, satu van bertolak ke Phuket untuk sambung percutian sehari lagi dan satu van lagi bertolak balik ke Malaysia.  Yang nak bertolak balik ke Malaysia tu keluarga akulah bersama 3 lelaki "bujang" tu.

Tiga sebab utama kami perlu balik hari ni.  Kaklong tak boleh sambung cuti lagi, esuk dia terpaksa bekerja, ada assignment audit luar, katanya. Puteri Bongsu pun takder cuti, terpaksa kami hantar balik ke Ipoh pagi2 26.1.2015 supaya dia tak ponteng kuliah pukul 2.00 petang. Kami sekeluarga sudah pergi bercuti di Phuket pada bulan Julai 2010 dulu, jadi sudah tak teruja nak ke sana lagi.

Tepat pukul 10 pagi (9 waktu Krabi) kami memulakan perjalanan pulang ke Malaysia.  Macam juga perjalanan datang dahulu, perjalanan pulang juga tidak ada yang menarik perhatian menyebabkan kami hanya tertidor sepanjang perjalanan. Kami singgah untuk membeli nenas di salah satu gerai di pinggir jalan, ada macam2 saiz dan harga, pilih saja.

Seterusnya kami singgah semula di R&R di Trang untuk makan tengah hari sebelum meneruskan perjalanan ke Hadyai.  Perut pun dah kenyang, sambung tidor lagilah di sepanjang perjalanan. Akhirnya pukul 2.40 petang kami tiba di bandar Hatyai. Hrmm ... hampir 5 jam perjalanan. Tapi memang pemandu van bernama Harun ni kaki pecut, sampai aku kecut perut kadang2 memikirkan kalaulah tiba2 dia hilang kawalan .... nauzubillah himinzaliq.

Bandar Hatyai
Di Hatyai kami lepak2 di Plaza Market.  Di sini ada lot2 kedai yang menjual macam2 barangan  .... pakaian, beg, kasut, tudung, pinggan mangkok dll. Kami juga pergi market bersebelahan yang menjual pelbagai jenis barangan makanan.  Pusing punya pusing akhirnya aku cuma membeli paste tomyam, sos ikan, sos sweet sour dan kacang2 dari kedai Cik Habsah. 


Selepas satu jam di sini kami singgah di sebuah masjid untuk solat sebelum meneruskan perjalanan ke Chang Puak Camp (Elephant Park).  Memandang hari dah lewat petang, kebanyakan gajah sudah tidak aktif dan hanya berbaring.  Tak banyak aktiviti dapat kami lakukan di sini kecuali memberi makan pisang dan bergambar.



Destinasi terakhir kami ialah ke Floating Market yang terletak kira2 7 kilometer dari bandar Hatyai. Floating Market ni cuma dibuka pada hari Jumaat hingga Ahad (pukul 3 petang hingga 9 malam sahaja).  Di sini kelihatan sampan2 ditambat di tepi sungai untuk memudahkan pembeli melihat dan membeli barangan yang dijual. Kesemua mereka menjual makanan dan minuman. Kami memilih penjual yang menegur kami dengan memberi salam untuk membeli makanan. 

Seafood omelette dan macam pegedil ikan ... sedapp
Nasi LEMA' Ayam.  ... hihihihi
Sesudah makan kami meninjau pula gerai2 di bahagian atas tebing sungai. Di sini banyak dijual pakaian, permainan kanak2, barangan kraf dan makanan kering. Haripun dah senja dan gelap. Pukul 7.15 kami bertolak menuju ke Danok. Di pekan Danok kami singgah pula membeli pulut ayam yang terkenal tu. Sepanjang perjalanan kami menahan lapar menghidu aroma ayam goreng yang sedap tu!!!

Kami seterusnya melalui pemeriksaan Kastam dan Imigresen kedua2 negara. Semua berjalan pantas. Orang pun tak ramai. Seterusnya van menghantar kami ke tempat kereta disimpan. Alhamdulillah tak perlulah bersusahpayah mengheret dan menggendong segala macam beg baju, nenas dan barang2 lain yang dibeli di sepanjang perjalanan tadi.

Alhamdulillah. Perjalanan pergi dan balik dipermudahkan Allah dan dilindungi dari segala musibah.

Monday, February 23, 2015

Pulau-pulau Syurga Dunia - 2 (24.1.2015)

Hari ke-2 aku dikejutkan dengan laungan azan dari masjid berhampiran resort. Jelas kedengarannya suara imam membaca surah Al Fatihah dan ayat suci Al Quran. Sayu hati mendengar alunan ayat2 suci kitab Allah di bumi Krabi ... Subhanallah.

Seterusnya kami berkumpul untuk makan pagi di Safa Restaurant.  Menunya simple aje.  Ada nasi putih dan ayam paprik, kueteow goreng, roti bakar bersama telor goreng, sosej dan baked beans, buah2an, muffin pelbagai jenis dan minuman sejuk dan panas.  Kena makan banyak2 sebab lepas ni nak guna banyak tenaga.

Tepat pukul 9.15 pagi (8.15 Krabi) kami dijemput dengan van pergi ke pesisir pantai. Dari sana, kami terpaksa meranduk air separas punggung dan seterusnya memanjat 3 anaktangga yang tinggi untuk menaiki bot. Bot yang besar ini memuatkan kami 18 orang dari Malaysia, pelancong barat dan pelancong dari Thai sendiri, lebihkurang 60 orang rasanya di atas bot ni. Kami ditemani seorang pemandu pelancong yang fasih berbahasa Inggeris dan sentiasa tersenyum serta 5 orang anggota krew yang lain.

memang perlu stamina nak panjang tangga ni ... kena melangkah tinggi

Naik bot, ada life jacket tapi takde sapa yang nak pakai.
Kalau emergency ... hrmm tak taulah macamana
Destinasi pertama ialah ke Cave Island.  Jauh juga perjalanannya. Sepanjang perjalanan ke pulau ini, laut agak bergelora dan air laut sentiasa menyimbah ke atas bot. Basah kuyup kami. Setibanya di Cave Island, kami terpaksa turun meranduk air ke pantai yang berpasir putih gebu. Di sini terdapatnya Phra Nang Cave. Gua ini menempatkan rumah2 ibadat agama Buddha. Ada juga dijalankan aktiviti wall climbing yang kelihatan sangat mencabar.

cantiknya pemandangan di Cave Island. Pasirnya putih gebu sangat
Di pantai kelihatan ramai pelancong mat saleh. Jenuh nak jaga pandangan mata melihat mereka memakai bikini pelbagai saiz, terbonjol semua isi badan, ada yang muda, ramai juga yang tua!! Yang hebatnya, ramai membawa nak kecil yang dibiarkan berjalan bebas di atas pasir. Tak ada apa yang perlu dibimbangkan kerana pantainya bersih, tak terjumpa langsung sampah bekas plastik, kertas, sisa makanan, tin atau botol minuman atau kaca di sepanjang pantai. Hebat sungguh kerajaan Thai menjaga tempat pelancongan mereka.

beautiful Cave Island
beautiful Cave Island
Setelah 1 jam di sini, kami pergi pulak ke Tup Island.  Di sini kami beratur mengambil makanan yang disediakan oleh pihak pakej. Nasi dengan kobis goreng, ayam paprik dan air mineral. Kami mengambil posisi di atas bukit. Dari sini kelihatan panorama alam yang sungguh indah.  Subhanallah. Betapa pasir yang putih bertemu laut dan langit yang biru dan di pagari pulau2 yang cantik. Masyaallah.

memukau sekali keindahan di Tup Island
pelancong meranduk air ke pulau berdekatan.
Hebatnya ketika air surut, pelancong boleh berjalan kaki di atas beting pasir terus ke pulau yang terletak berhampirannya.  Tetapi semasa kami pergi air sedang pasang, kelihatan mereka berada di dalam air laut setinggi pinggang sedang menyebarang ke pulau tersebut.

Setelah puas bermandi-manda di sini, kami bertolak pula ke Chicken Island. Kenapa disebut Chicken Island? Kerana dari sisi, ianya kelihatan seperti seekor ayam jer ... hihihi. Kami berhenti di sini untuk memberi peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menjalankan aktiviti snorkeling.  Kelihatannya pelancong mat saleh begitu beraninya terjun dan berendam dalam air laut yang begitu jenih. Kami dari atas bot dapat melihat bayang2 terumbu karang dan pelbagai ikan yang berlegar di sekitar bot merebut roti yang kami campakkan. Grup kami yang dari Malaysia ni semua tak berani turun (kecuali 3 orang), sebab semua tak pandai berenang. Bila bot berhenti, ianya teroleng2 ke kiri-kanan dan menyebabkan kepala kami jadi pening2 lalat dan rasa loya. Mujur ada bawa bekalan pelbagai jenis jeruk dan minyak angin ... hehehehe.

Chicken Island - nak kena sembelih ni 
aktiviti scuba diving dan snorkeling banyak dijalankan di kawasan ini
Dalam kami melayan pening, seorang krew datang membawa dulang berisi  tembikai dan nenas. Hrmm lega rasa pening dapat makan nenas yang masam manis tu.

Setelah hampir 40 minit di sini kami bertolak ke destinasi terakhir iaitu Poda Island.  Pasirnya putih bersih tetapi agak kasar kerana bercampur serpihan kulit siput/kerang.  Tetapi memang bersih sangatlah. Tak jumpa sampah sarap langsung. Anjing atau kucing liar pun tak ada jadi kita tak perlu bimbang terpijak najis binatang2 tersebut.


cantik bersihnya pantai Poda Island ni
Memandang cuaca begitu panas, gang veteran hanya berehat di bawah pokok atau pondok2 yang disediakan sambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah. Tetapi dah tentu tak dapat lari dari memandang ciptaan Allah yang satu lagi ... mat dan minah saleh dan siam yang mundar-mandir dengan bikini dan swimming trunk berbonjol di sana-sini. Macam nak tersembol keluar. Gang muda seronok bermandi-manda dalam air yang begitu jernih.

Setelah puas bermandi-manda dan berlepak2 sampai semua berkulit tanned, kami menaiki bot untuk pulang ke pantai Ao Nang. Waduhhh .... capekkk banget tapi sangat puas hati. Di resort ada yang terus melabuhkan diri di katil.  Ada yang mandi membersih diri. Ada pulak yang sambung terjun dalam swimming pools.  Waktu ni terasa lapar.  Aku pun jerang air, makan maggi cup perisa kari ... heheheh dah 2 hari tak jumpa kari tau!!!

Malamnya kami makan di Safa Restaurant. Makan malam initermasuk dalam pakej yang kami pilih. Aku dan Abah memilih set B dengan nasi putih, sayur campur, daging masak lemak hijau dan ikan panggang. Ada buah2an dan minuman kordial.  Kakngah dan Puteri Bongsu memilih set C yang ada nasi, sayur paprik, tomyam ayam dan omelette telor dan sausage.  Maaflah, aku dah lupa menu untuk set A.

Setelah puas makan, kami berbincang untuk aktiviti malam ni. Semua berminat untuk pergi ke pasar malam Krabi kecuali aku.  Aku kembali ke bilik untuk solat dan menonton TV. Waktu tu tak terasa takut pun kerana kedengaran ramai orang sedang bermandi-mandi di kolam di hadapan bilik. Setelah sejam, suasana jadi sunyi sepi. Mungkin mereka dah masuk ke bilik masing2. Tiba2 aku jadi takut. Aku bukan saja takut pada hantu, tapi takut pada manusia. Maklumlah bilik aku di hujung sekali bersempadan dengan kawasan berhutan. Kalaulah sapa2 kacau aku, pecahkan kaca sliding door mengadap varendah di belakang bilik,  atau masuk ke bilik melalui laluan terbuka dalam bilik air .... huaaaa,  kalau menjerit pun orang susah nak dengar. Nauzubillah himinzaliq.

Segera aku bergegas ke lobi. Bila dalam ketakutan, perjalanan terasa teramat jauh dan lambat (memang jauh pun!!). Hanya bunyi kasut aku kedengaran bergerak laju di atas pelantar tu .. hiiiii!!! Terasa macam ada hantu memandang aku di tepi2 pelantar tu .... huaaaa.

bayangkan malam2 berjalan seorang diri di sini ... bilik aku di hujung selekoh tu ...
 lebikurang 500 meter ke lobi.  Semput dan macam nak hilang nyawa tau kihkihkih
Sampai di lobi terasa lega sangat. Aku menarik nafas dalam2 sebab nafas aku dah macam nak putus berjalan ke lobi ni. Untuk menghilangkan rasa ketakutan aku tadi, aku memesan secawan kopi. Mahal wooo .... secawan kecik tu 50 baht (RM5). Takper la, janji aku dapat bertenang semula.  Mujurnya aku tak perlu menunggu lama. Kira2 40 minit di lobi, mereka yang bershopping di pasar malam tiba semula di resort. Semua dah pening kepanasan dan kepenatan.

Jom balik tidor di bilik.