Monday, October 4, 2010

Badi Mayat

View Image

Seminggu selepas kematian Arwah Midah, aku mula jadi tidak keruan. Fikiran aku kusut, hati aku sentiasa berdebar-debar. Aku selalu berfikir, adakah ini petanda aku akan mati. Setiap masa hati aku mengingati mati, bagaimana sakratul maut untuk ku, sakit kah, lemas kah, panas kah??? Segera pernafasan ku terasa terhenti .... aku jadi ketakutan. Sesungguhnya mengingati mati itu baik, tetapi tekanannya menyebabkan aku jadi sasau. Mungkin aku takut mengingatkan persiapan bertemu Allah masih belum lengkap, masih banyak dosa yang belum dicuci, masih banyak amalan yang tidak dilaksanakan. Ya Allah, berilah aku kesempatan untuk memperbaiki diriku sebelum bertemu dengan Mu.

Aku cuba melawan perasaan ini dengan pelbagai cara. Solat hajat dan membaca Al Quran terutama Surah Yaasin menjadi amalan ku. Setiap kali aku bersendirian aku cuba membaca ayat Kursi an 3 Qul sebanyak mungkin. Tetapi dugaan ini tidak berkurangan. Malah kadang-kadang amat menyesakkan dada.

Paling menyiksaku adalah waktu malam apabila mata ini enggan tidur walaupun aku sebenarnya mengantuk. Aku habiskan malam ku dengan solat-solat sunat Tahajud, Taubat dan Hajat dan seterusnya membaca Al Quran. Aku menangis merayu supaya Allah melepaskan aku dari siksaan batin ini. Aku memohon keampunan Allah atas segala dosa-dosa yang aku lakukan.

Apabila tidak tertahan lagi, aku meminta Abah membawa aku berjumpa pakar bagi rawatan alternatif. Aku bertemu Ustaz Ahmad Meh dari ANM Penawar di pusat rawatannya yang terletak di Bertam Golf Resort. Di sana Ustaz telah merawatku dan menyatakan daripada penelitiannya aku terkena "Badi mayat".

Badi merupakan suatu penyakit yang mempunyai hubungan khusus dengan spiritual dan roh manusia. Kesan daripada penyakit ini akan menyebabkan seseorang itu hilang kestabilan diri, perasaan yang tidak menentu dan berubah-ubah, rasa lemah, takut, fikiran bercelaru, tidak dapat tidur dan sebagainya yang membawa kepada perubahan tingkahlaku dan perwatakan seseorang. Antara jenis badi adalah seperti badi mayat dan badi binatang buas seperti badi ayam hutan, rusa, pelanduk, ular dan lain-lain.(rujukan dari Blog persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam darussyifa').


Aku diminta untuk meminum air penawar dan mandi menggunakan limau purut bercampur lada hitam, sintuk dan air penawar selama 3 petang berturut-turut. Alhamdulillah dengan izin Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang, perasaan ku semakin pulih dengan nyatanya. Seleraku makan ku kembali dengan tiba-tiba, dan sekaligus menyebabkan gastrik yang menyerangku selama seminggu menjadi pulih. Perasaan ku menjadi semakin damai dan yang penting aku sudah mula mampu tidur dengan lebih tenang.


Walaupun sesekali perasaan tersebut muncul kembali, tetapi segera aku tepis dengan menyibukkan diri dan sentiasa berinteraksi dengan suami dan anak-anak. Sokongan mereka amat banyak membantu aku mengatasi rasa murung dan sepi. Aku teruskan meminum air penawar di samping sentiasa membaca ayat penawar dan pendiding diri seperti ayat Kursi, 3 Qul dan Surah Yaasin. Benarlah ... nikmat paling utama dalam sebuah kehidupan adalah ketenangan hati. Semoga Allah sentiasa memelihara aku, Abah dan anak-anak dari segala mara bahaya. Ameen

23 comments:

Bonda said...

assalamualaikum...

saudari....saya pun mengalama trauma yg sama....dah hampir 2 bulan sy ketakutan...bila malam je, tak berani nak tido...kadang2 sampai tak tido terus...

trauma ni makin obvious bila sy tak kerja. dah 2 bln sy cuti rehat. siang hari ok,bila malam menjelma sy start fikir bukan2...terutama pasal kematian..

tapi alhamdulillah...makin kuat perasan takut tu, semakin sy dekat diri padaNya....tapi ketenangan jiwa tu masih belum sy jumpaa..

apa yg harus sy buat.....?

Unknown said...

Leen,

Saya faham perasaan awak. Memang waktu ni susah nak explain perasaan kita kat oranglain, semua akan bagi nasihat "Jgn layan perasaan, kuatkan semangat etc". Masalahnya mcmana nak kuatkan semangat tu. Saya cuba amalkan baca Yaasin, ayat Kursi dan 3 Qul. Mlm bila tak dpt tidor saja sembahyang hajat dan mengaji. Tapi makin kita berusaha makin syaitan tu mengganggu kita. Saya terpaksa dapatkan bantuan oranglain bila saya sendiri lemah. Saya meminta jasabaik Ustaz untuk memberi penawar melawan gangguan syaitan ini. Dengan bimbingannya, kami sama2 berdoa dan berusaha memohon pertolongan dari Allah. Leen tinggal di mana? Kalau di Penang boleh saya berikan nombor telefon Ustaz berkenaan. Cepatlah berusaha Leen..kerana bimbang mengganggu kewarasan kita.

Unknown said...

Salam. Puan bole sy tau lebih lanjut cerita puan? Kerana sy sedang mengalami perasaan seperti puan cerita kan hampir 3 bulan sy alami dan kadangkala sy rasa agt tetekan. Sy tidak pasti adakah itu ganggu atau tidak. Sy buntu jadi binggung. Sblm terjadi sy ada mimpi. Bole puan bantu sy?

Unknown said...

Waalaikumsalam Raja Nanaa

Boleh puan. Saya pun memerlukan masa untuk pulih sebab waktu ni kita memang lemah fizikal, mental dan emosi.

Selain kekuatan diri sendiri, sokongan orang2 yg rapat amat perlu. Kita tak boleh bersendirian, nanti fikiran terbawa2. Selepas saya berubat, suami selalu bawa saya berjalan2 untuk elakkan saya terperuk dalam bilik melayan hati. kadang2 pergi window shopping jer pun.

Selain perubatan Islam, saya banyak solat taubat dan solat hajat memohon bantuan Allah. Saya minta sangat2 Allah lepaskan saya dari bebanan perasaan ni. Alhamdulillah dimakbulkan.

Unknown said...

Ooo. Sy ada juga ke perubatan islam tapi tak ada perubahan. Sy cuba buat solat mengaji dan sebagainya tetapi makin sy memikir yang buruk2. Bole sy tau berapa lama puan ambil masa untuk pulih? Memang itu dipanggil badi mayat ke? Sy terlalu risau dgn keadaan diri sy skrg. Sy tidak tahu dimana lagi mahu berubat & sbgainya. Terima kasih ye puan membalas komen sy.

Unknown said...

Dah cuba ker Darul Syifa atau Ustaz Loqman.

Kalau nak cuba Ustaz yang rawat saya pun boleh... nanti saya cari contact number nya

Unknown said...

Puan Unknown

Selepas berubat saya rasanya mnengambil masa kira2 sebulan untuk pulih sepenuhnya. Perasaan takut dan sedih hilang sedikit demi sedikit hingga tanpa sedar hilang sepenuhnya. InsyaAllah puan pun akan sembuh sepenuhnya. Yakin dengan kekuasaan dan kasihsayang Allah

Unknown said...

Puan Nurul Hasnita,

Selepas berubat saya rasanya mnengambil masa kira2 sebulan untuk pulih sepenuhnya. Rasanya penyakit gangguan ni tak akan hilang serta merta. Perasaan takut dan sedih yang saya alami tu hilang sedikit demi sedikit hingga tanpa sedar hilang sepenuhnya. InsyaAllah puan pun akan sembuh sepenuhnya. Kuatkan hati.. teguhkan iman, yakin dengan kekuasaan dan kasihsayang Allah



Unknown said...

Aamin..insyaalaah.. Sy tgh usaha..tp tula..kadang rasa lain macam tu datang..mula resah je rasa lemas..ujian allah..rasanya nk berubat lagi.puan berapa kali berubat ye

Unknown said...

Assalamualaikum..boleh sy tau perkembangan puan sekarang..sy pun alami benda y sama

Unknown said...

Waalaikumsalam Sis Hasnita,

Alhamdulillah kini dah pulih sepenuhnya. Tapi memang kita tak boleh lalai.. kita percaya makhluk bernama iblis dan syaitan akan sentiasa berusaha mengganggu kita dari semasa ke semasa.

Saya berubat dengan Ustaz yang sama sebanyak 3 kali rasanya. kali pertama kita ceritakan masalah kita dan diberikan air penawar beserta petua isyarat yang perlu dilakukan. Selesai tu pergi sekali lagi... beli lagi air penawar dan air 30 juzuk al Quran. kali ketiga pun saya beli air penawar je

Itu semua sebagai ikhtiar jer. yang penting kita kena sentiasa usaha tepis sendiri gangguan tu dengan membaca Al Quran tanpa henti, jangan buat perkara2 laghau, jangan suka menyendiri, tidur dengan membaca surah Kursi, 3 Qul dan berwuduk. InsyaAllah dipelihara Allah

Unknown said...

Perasaan tu datang tiba2...bila perasaan tu datang sy jadi mcm tak boleh nak pikir apa..sesak nafas.rasa mcm dh sampai masa dh.gementar..jadi mcm bingung.badan seram sejuk..memang macam tu ke puan..sy baru sekali berubat.perasaan tu tak sentiasa dh ada tp sehari mesti ada dtg rasa tu.sy keluar pergi mana2 pun tetap ada rasa tu .allahu..tak tertanggung rasanya perasaan ni

Unknown said...

Sis Hasnita.. mungkin lain orang lain bentuk gangguammya. Saya pun macam sis... rasa nak mati, rasa takut, rasa sedih, rasa yang macam2. tapi kita tak ada pilihan kita kena lawan dan hapuskan dia.

Paling penting sis jangan menyendiri dan jangan ikutkan perasaan jahat tu. Saya dulu perasaan tu selalu datang bila saya tak buat apa2. Contohnya saya sedang relaks tengok tv atau sedang baca paper ... jadi saya cepat2 ajak suami saya keluar ke mana2. Sepanjang jalan saya akan berembang dengan dia.. luahkan ketakutan saya dan dia selalu akan menangkis ketakutan tu. Kata semua itu mainan syaitan, jangan layan.

Kadang2 benda ni mainan saikologi juga. Saya suka suami saya kata saya kuat, saya boleh lawan ketakutan tu, saya mesti jadi mcm saya masa mula2 dia kenal... ceria, periang dan suka senyum. Cewahhh apa lagi.. bersemangat nak jadi macam dulu balik hihihihi

Unknown said...

Tula sis...y membuatkan sy lagi teruk bila arwah sebelum ni selalu sebut y dia dh rasa dia nak meninggal..tanda2 dah ada...perasaan tu ada..tu y buat sy lagi down

Unknown said...

Sy ada pergi ikhtiar ke syifa & satu ustaz ni tapi susah nak pulih. Katanya ada gangguan. Sampai skrg puan dari bulan 2 sy masih lagi dalam keadaan yg sama. Kadang2 sy pukul diri sendiri bila dlm keadaan tertekaj sbb terlalu takot & memikirkan mati. 😭

Unknown said...

Awak duduk dimana ye? Sama seperti sye. Kdg2 masa solat tu sampai 2 3 kali baca sbb emosi tak stabil.

Unknown said...

Nasihat saya buat puan berdua teruskan berusaha. Ada juga kawan saya yang berjumpa doctor untuk perubatan tambahan di hospital. Bila ke hospital di diagnos sbgai masalah tekanan perasaan dan diberi ubat kawalan depresi. Alhamdulillah sedikit sebanyak ubat itu membantu juga. Tidor malam lebih nyenyak. Disamping itu dia meneruskan juga rawatan perubatan Islam dan mengawal diri sendiri. Mungkin sebab kes nya dah terbiar agak lama, hampir setahun juga untuk dia pulih. Tapi usaha jangan dihentikan sama sekali. Fight sampai syaitan tu menyerah kalah.

Cuma nasihat sayalah .. elak berubat dengan bomoh.. bimbang jadi lain pulok masalahnya.

Unknown said...

Sy temerloh pahang..apa y sy tau kita ni mcm satu penyakit rohani..dorang panggil anxiety..sis cuba google..ni la y kita rasa sekarang ni

Unknown said...

Kak..boleh dpt kn nom akk x?? Ada perkara nk tnya berkaitan badi mayat ni..please

nysa azim said...

Salam sis.. Sis dah ok ke sekarang

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said...

Saya 5 kali berubat ruqyah ...diberikan penawar air penawar dan ...minyak wangi kasturi hitam...cari je kat mydin ..sapu kat point2 tertentu...sendi2 pelipat...hidung sekitar mulut telinga..hidung dah leher ..tengkuk kening dan btg hidung .....

Unknown said...

Yer kena usaha juga secara perubatan Islam. Harap Dek Mich dah bebas dari masalah ni