Puteri Bongsu (PB) : Periksa hujung tahun dah selesai. Tak pergi sekolah pun tak per.
Mama (M) : Tapi keputusan periksa belum dapat lagi kan? Pergi le ke sekolah, kut hari ni cikgu bagi keputusan, boleh le tengok pencapaian adik. Mana subjek yang lemah, kena le pulun masa cuti panjang ni.
PB : Buku teks semua dah serah kat sekolah. Bukan nak buat apa pun duduk dalam kelas. Bersembang jer. Budak lelaki dok mengacau jer.
M : Bawa le buku sendiri ke sekolah. Buku latihan ke. Kan mama dah beli buku latihan Add Math dengan Science. Atau baca le novel, asah skil penulisan masa SPM nanti. Atau pergi le ke Pusat Sumber untuk baca buku. Duduk rumah nanti Adik asyik mengadap komputer dengan TV jer.
PB : Cikgu bukan masuk kelas pun. Kalau masuk pun ambil kedatangan jer.
M : Haaa ... itu lah sebab penting pergi sekolah, sebab cikgu ambil kedatangan. Macamana kalau kedatangan hujung tahun ni kosong, nanti Adik kena buang sekolah. Waktu ni gunakan masa terluang tu buat latihan subjek yang Adik dengan geng Adik rasa lemah. Lepas tu pergi ke bilik guru jumpa cikgu. Minta cikgu ajarkan Adik sampai faham.
PB : Nanti cikgu marah .... kata kami kacau depa pulak.
M : Issyyy tak de lah. Cikgu paling suka kalau anak murid rajin bertanya. Itu maknanya murid tu perihatin tentang masa depan dia.
PB : Alaaa Mama nihhhh ... Mama tak faham le.
M : Pasal apa pulak Mama tak faham. Mama dulupun sekolah juga. Jadi pengawas lagi, disiplin tinggi tau ... no way nak ponteng kelas. Kalau ambil nama orang ponteng kelas ... itu memang tugas mama.
PB : patut la
No comments:
Post a Comment