Alahai ... dah lama tak masuk panggung wayang. Puteri Bongsu yang kebosanan bercuti panjang mula merungut nak tengok wayang. Kakaknya Puteri Tengah tunjuk sombong, tak mahu menemani adiknya, dah jemu kononnya. Hrmmm, terpaksalah aku menemaninya dengan syarat mestilah cerita yang ditonton mestilah membuat minda ku relaks. Tak mahu cerita hantu, tak mahu cerita aksi ganas, tak mahu cerita cintan-cintun. Akhirnya pilih cerita kartun ... hehehhe.
Filem ini mengisahkan persahabatan seekor kucing bernama Puss dengan telor bernama Humpty. Mereka berdua ni suka mencuri. Satu hari Puss telah menyelamatkan seorang nenek tua di kawasan tempat tinggalnya dan diangkat sebagai hero dan dihadiahkan sepasang boot. Semenjak itu Puss tidak mahu lagi mencuri. Satu insiden di mana Dumpty berjaya menipu Puss yang secara tidak sengaja terlibat dalam satu rompakan bank telah menyebabkan hubungan mereka terputus dan menjadi dendam yang berpanjangan.
Walau bagaimanapun demi persahabaatn, mereka bersatu kembali untuk mencari telor emas di sebuah istana di kayangan. Mereka ditemani oleh seekor kucing jelita bernama Pussy The Softpaws. Pelbagai dugaan dan halangan terpaksa ditempuh sebelum mereka berjaya mendapatkan berpuluh-puluh biji telor tersebut dan membawanya kembali ke bumi untuk dikongsi dengan penduduk di kawasan mereka. Walau bagaimanapun, pemilik telor tersebut, seekor ibu angsa gergasi telah datang ke bumi untuk mencari telor-telor yang hilang serta seekor anaknya yang dipelihara oleh Dumpty. Kedatangan ibu angsa ini telah menyebabkan kacau-bilau dan kemusnahan kawasan kediaman penduduk. Untuk mengelakkan kemusnahan yang lebih teruk, mereka membawa ibu angsa tersebut ke satu jambatan yang kemudiannya roboh dan menyebabkan ibu angsa jatuh ke gaung. Humpty dan anak angsa tersebut juga hampir jatuh dan sempat bergayut pada tali yang dipegang oleh Puss. Puss semakin kehilangan tenaga. Demi menyelamatkan anak angsa, Humpty mengorbankan dirinya dengan melepaskan pegangannya dari tali tersebut dan jatuh ke dalam gaung. Magiknya, Humpty bertukar menjadi telur emas dan diambil oleh ibu angsa yang membawanya kembali ke kayangan.
Apa pun, aku sangat terhibur dengan tarian yang ditunjukkan oleh Puss dan Pussy The Softpaws.
No comments:
Post a Comment