Setelah 2 hari berkampung di pejabat Konsulat Indonesia, barulah semuanya selesai.
Aku tak sangka cerewetnya prosidur untuk bibik balik bercuti. Bibik Rukiah, yang menjaga Emak selama 2 tahun nak balik bercuti ke Lombok sepanjang bulan Ramadhan ni. Flight balik ke Lombok pada 24 Jun ni. Jadi macam biasa aku minta ejen menguruskan kepulangan Rukiah.
Ejen bernama Badariah macam biasalah, belikan tiket pergi-balik dan berurusan dengan pihak Konsulat pada awal bulan Mei lepas. Pihak konsulat tak mau berurusan dengan ejen. Badariah tanya apa prosidur perlu dipatuhi. Kakitangan konsulat maklumkan majikan perlu hadir, bibik tak perlu. Kalau majikan tak dapat hadir, boleh lantik wakil yang ada hubungkait kekeluargaan. Dokumen diperlukan cukup banyak :
- surat melantik wakil
- salinan IC majikan dan isteri
- salinan surat nikah
- salinan IC wakil
- salinan surat beranak majikan dan wakil (untuk mengesahkan terdapat hubungan kekeluargaan)
- salinan pasport bibik (tiap2 mukasurat)
- pasport asal bibik
- salinan buku bank atau bank statement
- salinan tiket penerbangan
- salinan perjanjian majikan dan bibik
- salinan dokumen penghantaran wang ke Indonesia
Setelah siap semua dokumen aku dan Abah pergi ke Konsulat Indonesia di Jalan Burma Pulau Pinang pada 10 Jun baru2 ini. Rupanya pejabat Konsulat cuma beroperasi pada pukul 9 pagi. Aku orang ke-4 mendaftarkan diri di kaunter. Kami diberi checklist dan borang untuk diisi.
Maka bermulalah proses menunggu yang lama. Lebih teruk tempat menunggu tu agak kecil dan panas. Aircond nya dah rosak. Walaupun ada kipas tetapi tidak mampu melegakan kepanasan. Terpaksa mengipas2 tubuh dengan kertas surat khabar.
Pukul 10.45 baru aku dipanggil (jangan lupa ... aku orang ke-4 mendaftar pada pukul 9 pagi). Bagai nak pitam aku bila diberitahu, majikan dan bibik kena datang sendiri sebab mereka nak interview kedua2nya. Aduhh!! Dalam tempoh sebulan lebih, prosidur boleh berubah2 macam tu. Aku tak ada pilihan terpaksa memaksa adik aku Hazrin sebagai majikan datang bersama Rukiah untuk urusan ini. Mujurnya sekarang cuti sekolah, Hazrin tidak mengajar.
Lewat malam Hazrin dan keluarga tiba bersama Rukiah. Emak di kampung ditinggalkan bersama2 anak Hazrin yang berumur 11 dan 13 tahun serta seorang makcik jiran.
Pada 11 Jun kami pergi semula ke Konsulat yang mendaftar. Kali ni kami dapat nombor 6 .... hrmm mesti lambat giler!!! ceh kenapa aku berfikiran gitu, kan ker dah jadi macam doa pulak. Kali ni dokumen disemak dan yang diambil cuma benda2 ni jer :
- pasport asal bibik
- salinan pasport bibik
- salinan IC majikan
- salinan buku bank atau bank statement
- salinan tiket penerbangan
- salinan dokumen penghantaran wang ke Indonesia
Aku berzikir sepanjang tempoh menunggu supaya urusan kali ni dipermudahkan. Setelah penuh sabar menunggu dari pukul 9 pagi, akhirnya Rukiah dipanggil masuk pukul untuk interview pada pukul 11.50. Kira2 15 minit kemudian Hazrin pula dipanggil masuk. Kemudiannya kami diminta datang mengambil surat kelulusan pada pukul 3 petang.
Perut dah lapo, jom cari makan. Memandangkan masa pun panjang, aku ajak mereka ke Tanjung Bungah. Kami makan tengah hari di Medan Selera Tanjung Bungah. Adik aku Hazrin terperanjat. Yang berjual di medan selera ni semua Melayu menjual nasi melayu yang lengkap ulam dan sambalnya, pelbagai kerabu, pelbagai gulai dan sambal tumis, ada juga gerai roti canai dan gerai air minuman. Tetapi pelanggannya hampir 70% adalah bangsa Cina. Kami seronok tengok muka mereka relax jer makan lauk-pauk yang boleh tahan pedasnya. Memang Cina di Pulau Pinang dah lama terdedah dengan makanan pedas dan berempah.
Masjid Terapung Tanjung Bungah (kredit to tastyornot.blogspot) |
Selesai makan kami solat di Masjid Terapung Tanjung Bungah. Cantik, bersih dan selesa masjidnya. Alhamdulillah. Aku memang sangat cerewet bab kebersihan di tandas dan ruang solat masjid sebab bagi aku kebersihan itu menggambarkan imej umat Islam.
Selesai solat kami berehat sekejap di tepi pantai. Wahhh ... angin yang menderu2 buat aku mengantuk. Alangkah bestnya kalau ada tikar dan bantal waktu gini ... hehehhehe.
Kami kembali ke Konsulat pukul 3 petang untuk memungut pasport dan surat kelulusan. Alhamdulillah, selesai akhirnya!!!!
psttt : aku tanya Rukiah, semasa interview, apa soalan yang ditanya. Kebanyakan soalan menjurus kepada kebajikan bibik ... baguslah tu :
- ada majikan sediakan bilik, katil, tilam, bantal
- berapa kali makan sehari
- ada majikan bagi cuti mingguan
- pernah sakit? majikan hantar hospital/klinik? siapa yang bayar?
- ada majikan sakiti kamu secara fizikal atau mental
- ada majikan bagi rehat, berapa kali sehari, berapa lama?
- siapa pegang pasport kamu
- ada majikan halang kamu beribadat
- apa kerja kamu di rumah majikan dan beberapa soalan lagi
Hazrin pula diminta naikkan gaji Rukiah daripada RM600 sekarang kepada RM700 walaupun sepatutnya gaji basic RM800 (memorandum kenaikan gaji masih belum ditandatangani pihak Malaysia dan Indonesia, sebab tu konsulat tak begitu berkeras untuk naikkan kepada RM800 ... selamat bajet kami). Hazrin perlu tandatangani satu surat pulak tentang naik gaji ni. Buat ajalah, asal semua selesai dengan baik.
No comments:
Post a Comment