Kami dah merancang sejak sebulan yang lalu. Hati semua berbunga2, semangat semua berkobar2. Memang inilah yang kami semua nanti2 setelah bertahun2 tak jumpa. Ada yang kali terakhir berjumpa semasa kami meninggalkan alam persekolahan pada tahun 1979, dah 36 tahun berlalu. Bukan singkat tempoh itu. Dulu kami semuanya gadis manis 17 tahun, terlalu naif. Kini semua dah lebih separuh abad. Ada yang dah bermenantu, bercucu dan bersara awal. Ada juga yang sudah pergi bertemu Pencipta nya.
Aku tak pasti perasaan teman2 yang lain. Apa yang mereka harap dari reunion ini nanti. Tapi aku sendiri memikirkan sesuatu yang aku bimbang. Aku dan beberapa sahabat sedang menghidap pelbagai penyakit kronik. Walaupun tidaklah parah terlantar (Nauzubillah hi minzaliq), tapi pelbagai kemungkinannya ada. Kita tak dapat lari dari fitrah manusia hidup bernyawa, pengakhirannya mati.
Jadi aku rasa semasa semua masih sihat, semasa semua masih bernafas, jadikan reunion ini satu kenyataan. Kalau tak ada lagi perjumpaan besar sebegini selepas ini, aku tak ralat lagi. Semua kerinduan telah tertebus. Tetapi semestinya setiapkali selepas solat, aku merayu kepada Yang Maha Berkuasa supaya memanjangkan usia kami dalam keberkatan, berikan kami nikmat kesihatan yang baik, panjangkan silaturrohim kami. Aamiin
Kami pun membentuk jawatankuasa mudah. Sukarela tanpa ada rasa stress. Mujurnya ada kemudahan whatsapp ni. Semua perbincangan online. Keputusan buat serta-merta. Yang lawaknya aku jadi setiausaha. Why why why?? Dari sekolah, masuk kolej, pi kerja, ni untuk reunion pulak ... mesti jawatan setiausaha tu aku yang punya. Ada cop SETIAUSAHA kat dahi aku agaknya kehkehkeh.
Sebenarnya kami dari grup Malay Medium ni ada 17 pelajar perempuan. Daripada jumlah tersebut, seorang telah meninggal dunia iaitu Wan Aspalela. Al Fatihah untuk sahabat tersayang. Daripada 16 orang lagi, 3 orang tak dapat dikesan iaitu Khairiyah Tajuddin, Rusiah Ayob dan Dr Tan Seow Yan. Tinggal lagi 13 orang. Kami amat berharap kesemua 13 orang dapat hadir. Tapi apalah daya Suriyani dan Norliza terpaksa menarik diri kerana ada komitmen masing2.
Alhamdulillah, akhirnya 11 Gegirls bersetuju bertemu kembali di Perlis pada 30 dan 31 Oktober 2015. Tentunya happening!!!
No comments:
Post a Comment