Maaf na. Dah sebulan baru nak cerita balik kisah reunion kami tu. Aduhh jenuh le akak nak mengimbau2 kenangan waktu tu. Ni la akibat suka tangguh2 kerja. Hangpa jangan tiru akak tau ... babap karang.
Hari kedua bermula dengan dengan semua berebut bilik air waktu subuh. Maklumlah bilik air ada 3, orang ada 9. Ada yang nak mandi, ada yang dah sakit perut ... hihihi teringat akak kenangan berator dekat tandas asrama dulu. Jangan tak tau, punya ngantuknya mata, sambil berdiri bersandar kat dinding, akak boleh tertidor tau. Hairannya tak jatuh pulak tu. Memang hebat penangan ngantuk ni.
Sambil menunggu masing2 selesai mandi, berpakaian dan bermekap, kami sambung macam2 cerita lagi. Tanya perihal anak2, perihal bertemu jodoh (pakat2 malu hehh), perihal kesihatan. Rupanya ada beberapa orang antara kami yang tidak begitu sihat dan mengidap penyakit yg dikategori sebagai kronik. Tapi Alhamdulillah, nampak semuanya bersikap positif, tak nampak pun tanda2 orang yang berpenyakit. Semoga kita terus ceria dan diberikan kesembuhan. Aamiin.
Niat nak makan nasi ganja di market Kangar tergendala. Semalam dah tergendala niat nak makan laksa Kola (Kuala Perlis) sebab bersembang sampai sedar2 dah nak maghrib. Hari ni sembang2 punya pasal, jam sudah pukul 8.30 pagi. Market mesti sudah penuh sesak dengan orangramai, silap haribulan nasi ganja pun dah tinggal kerak jer. Akhirnya kami pergi kedai mamak dan makan roti canai, tosei dan capati jer .. heheheh akhirnya, mai jauh2 pekena makanan Penang kat tempat akak juga. Apa pun yang penting, happy. Sembang lagi sambil makan.
Breakfast di kedai mamak |
Tak mau berlengah2, kami terus menuju ke sekolah kesayangan kami, Sekolah Menengah Sains Perlis atau nama rasminya Sekolah Menengah Tuanku Syed Putra di Behor Pulai. Memang sudah hilang pemandangan asal 36 tahun yang lalu. Padang tempat kami bersukan sudah semakin kecil, banyak bangunan2 baru didirikan menjadikan kawasan sekolah dan asrama jadi agak penuh sesak. Tapi kami faham, semua itu dibangunkan dengan tujuan untuk memberi kemudahan terbaik buat pelajar2.
Sesuatu yang tak disangka ialah bau masakan dari dewan makan masih sama sepeti 36 tahun yang lalu. Haaaahahaha kami semua berpendapat begitu ... ini fakta bukannya auta tau. Kami bertemu anak2 pelajar yang kelihatannya hairan melihat gerombolan makcik2 berjalan ke sana ke mari. Dengan rasa megahnya kami bagitau, makcik2 inilah pelajar batch ke-3 sekolah ini dulu. Kami meninggalkan sekolah ni tahun 1979 selepas SPM. Hihihihi mereka ketawa ... kami pun belum lahir lagi waktu tu!!!!
Kami tinggalkan sekolah yang penuh kenangan ni dengan rasa megah bercampur hiba. Sekolah inilah yang mengajar kami menjadi insan berguna hari ini. Di sini kami belajar berdisiplin, berdikari, punya jati diri, penuh semangat setiakawan dan sayangkan guru2 dan sekolah. Semoga sekolah ini akan terus menempa kegemilangan dan melahirkan generasi cemerlang dunia akhirat. Aamiin.
No comments:
Post a Comment