Aduuh la makcik2 ni semua. Adakah patut dipaksanya aku jadi pengacara majlis aka MC untuk Majlis Penyerahan Sumbangan Aidilfitri kepada pesakit2 kanser yag menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya. Semenjak aku berada dalam grup sukarelawan rakan kanser atau PEER Group Hospital Seberang Jaya, memang aku kadang2 agak vokal. Dalam setiap mesyuarat bulanan grup, aku banyak bercakap. Ye lah kadang2 tiba2 je idea datang menderu. Kita kongsikanlah idea tu dengan ahli2 kumpulan. Rupa2 nya karektor aku ini diambilkira sebagai alasan bahawa aku sesuai jadi MC. Kononnya aku boleh bercakap di depan khalayak. Fuhhh ini sudah tidak adil, lepas ni aku nak duduk diam2 jer, monyok jer.
Sebenarnya kerja sebagai MC ni tak la susah sangat. Cuma yang perlunya ialah keyakinan diri dan kemampuan mengawal suasana majlis. Sebelum ini pun aku pernah 2 kali bertugas sebagai MC semasa masih bekerja dulu. Tetapi disebabkan aku tak suka bercakap di hadapan khalayak, aku terasa seolah2 ini satu perkara yang membebankan pulak. Mujornya Abah dan anak2 beri sokongan moral. "Buat aja lah Ma. Nama pun sukarelawan, buat aja la. Pahala besaq woo. And we know you are capable. Chaiyok chaiyok".
Aku tak kisah sangat kalau tetamu tu orang2 biasa jer. Tapi tetamu ni Timbalan Menteri. Mesti jaga segala protokol majlis. Mujornya misi2 di hospital ni banyak membantu. Mereka memberi salinan teks ucapan untuk majlis2 sebelum ini untuk aku copy paste dan olah sana-sini hihihihi. Mereka tolong mengesahkan siapa VIP yang akan hadir. Yang penting sekali mereka beri semangat "Akak boleh. Kami tau akak boleh!!" Hurmmm terima lah dengan hati terbuka.
Awat gambar kelabu?? |
Maka semalam 1 Julai 2016 setelah sekian lamanya, aku jadi MC sekali lagi. Alhamdulillah majlis ini kurang protokol kerana Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, YB Dato Seri Dr Hilmi Yahya seorang yang sangat merendah diri. Dia secara santai berbual2 dengan semua tetamu, berjenaka ketika berucap dan sangat sporting semasa sesi bergambar.
kita dok nervous, depa dok sempat mengusik lagi |
Walaupun banyak skrip yang terpaksa ditukar pada saat2 akhir kerana beberapa tetamu utama tidak hadir, beberapa aturcara dipinda dan beberapa penerima menarikdiri ... aku dapat melaksanakan tugas dengan jayanya. Alhamdulillah.
Tapi amaran siap2 kepada ahli grup PEER, jangan paksa aku sekali lagi semasa majlis sambutan Tahun Baru Cina 2017 nanti. Tak mauuuuu!!!
No comments:
Post a Comment