Dah lama aku suarakan hajat nak melawat tempat2 menarik di Penang ni. Nama je duduk Penang dah 30 tahun lebih, tapi aku tak up-to-date dengan tempat2 pelancongan kat negeri ni.
Kali terakhir aku naik Bukit Bendera tahun 90an dulu. Selepas tu macam2 pembaharuan ada kat bukit peranginan tu. Aku teringin nak pergi tetapi Abah tak mau beri kerjasama. Kalau tempat2 jauh dia nak pergi, tapi daya tarikan di negeri sendiri dia tak berminat nampaknya. Aduhhh la Abah.
Mujur Kakngah kesian pada Mama dia ni. Dia ambil cuti sehari semata2 nak memenuhi keinginan ku. Terima kasih sayang!! Abah dah tentu tak mau ikut kami. Tak per ... hari ni Mama dating dengan Kakngah jer. Tapi sejak subuh lagi hujan dah turun selebat2nya. Aku dah berat hati nak pergi. Macamana nak naik Bukit Bendera??
Tapi kesian pulak pada Kakngah nak ambil cuti hari ni. Akhirnya kami berpakat pergi ke muzium2 jer. Banyak muzium baru dibuka di bahagian Georgetown. Kami mulakan dengan 3D Trick Art Museum. Bayaran RM15 untuk dewasa. Memandang hari ni hari kerja, pengunjung taklah ramai sangat. Aku dan Kakngah pun bolehlah posing sepuas hati.
cik nyet tu terkapai2 nak ambik pisang ... Mama ni sempat nak posing lagi |
aku ni punya lah fobia dengan ulaq ... ni acah2 berani sua kepala kat dia. Nampak muka cuak dak?? Walaupun sekadar lukisan, hati ketaq juga hahahaha |
syoknya termenung di tangga ditemani burung2 |
ayooo achi ... ngape buang susu banyak2 ni.... kita tak mau mandi lulur susu. Mujur pakai payung!! |
Hahaha amboi amboi amboiii ... bukan main lagi mak jemah beraksi. Aku ni ikut jer arahan Kakngah yang bertindak sebagai photographer. Layankan je dah dia bermurahati belanja Mama dia. Hihihihi
Seterusnya kami pergi ke Wonderfood Museum pulak. Berjalan kaki jer dari 3D Museum tadi dalam 300 meter. Bukan tak mau bawa kereta, tetapi nanti akan bermasalah nak cari tempat parking yang baru. So inilah masa nak exercise. Memandangkan hujan masih turun, terpaksalah kami berpayung meredah Beach Street untuk ke Wonderfood ni.
Masuk ke sini terus jadi lapar. Masa beli tiket jer, mata dah terpesona memandang pelbagai "makanan" yang menyelerakan di pintu masuk. Bayaramn masuk masih RM15 bagi seorang dewasa. Di sini makanan di atur dalam ruang mengikut kategori. Di setiap ruang ada petugas memberi taklimat dan membantu mengambil gambar.
teh tarik mee goreng mamak satu!! Signature dish bagi penduduk Penang |
ketayap dan ondeh2 ... makanan Melayu Pulau Pinang dan keturunan Nyonya |
kalau mai Penang tak pekena pasemboq .. kira tak lengkap kunjungan hangpa |
Sebenarnya masih ada banyak lagi muzium baru di Penang yang tak sempat di lawati selain Muzium Negeri Pulau Pinang. Rasanya perlu 2 atau 3 hari untuk melawat ke semua muzium tu. Tetapi memandang cuaca tidak baik, kami berhenti di dua muzium ni jer. Perut pun dah keroncong.. apalagi jom makan di Nasi Kandar Hameedeyah.
****************************************************
Aku pernah pergi ke War Museum di Batu Maung. Agak memenatkan perjalanan mendaki bukit dan tangga, turun masuk terowong dan kubu yang panans. Kalau nak berkunjung ke sini eloknya pakai seluar dan baju cotton dan flat shoes. Pakai kasut bertumit alamatnya sakitle betis.
Kebanyakan muzium ni dikendalikan oleh pihak swasta jadinya bayaran agak mahal. Bayaran bergantung kepada umur. Jadi sediakan bajet yang mencukupi supaya anak2 tak kecewa. Apa pun memang berbaloi melawat tempat2 begini kalau kita seorang yang menghargai nilai2 seni dan sejarah. Pastikan berhenti untuk membaca setiap maklumat yang ditampal di setiap lukiasan atau arca untuk menambah pengetahuan am kita.
No comments:
Post a Comment