Seawal 5 pagi aku dah bangun. Selepas solat, aku bergegas ke dapur. Hrmmm lengkap ada kuali non-stick, sudip, pinggan mangkuk dan minyak masak. So menu pagi ni scramble egg dgn mayonis dan nescafe 3in1. Hrmmm lapar2 ni jadi sedaplah sangat.
Pukul 7.15 kami bergerak ke PICC. Kakngah tak ikut sama sebab kad masuk ke dewan konvokesyen cuma untuk aku dan Abah saja. Kami berebut2 bersama2 orang yang nak masuk kerja di pejabat2 kerajaan sekitar Putrajaya. Pagi ni sistem waze ni baik, terus ditunjukkan kami ke PICC. Aku bimbang kalaulah jadi macam kelmarin, jenuh dibawanya kami sesat meraban ke mana hala.
Sebelum masuk ke dewan kami singgah di gerai yang menjual flower bouquet. Mahal2 juga bunga yang dijual, paling murah pun RM60. Setelah memilih bouquet yang berkenan di hati, kami terus bergerak menuju ke dewan konvokesyen. Rupa2nya kami dah terlambat.. bahagian tempat duduk hadapan sudah penuh belaka. Duduklah kami di kerusi bahagian atas. Tapi okaylah juga kedudukan ni, kerana perarakan masuk graduan, tenaga pengajar dan VIP semua lalu betul2 di hadapan tempat duduk kami.
Acara bermula tepat jam 8.00 pagi. Yang menariknya permainan muzik cakelempungnya berbeza dengan irama yang biasa aku dengar semasa konvokesyen universiti Kaklong dan Kakngah dulu. Muziknya dimainkan secara rancak dan bukan mendayu2 walaupun lagu2 traditional saperti sekapur sireh, ala canggung, nina bobo dsbnya. Tidaklah terasa bosan menunggu lama sehingga majlis selesai.
Perarakan masuk .. tersenyum riang jer cik puteri ni |
Tahniah sayang |
Selesai satu tahap.. harap teruskan lagi pengajian |
Skrol diploma disampaikan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YB Dato Seri Ismail Sabri bin Yaakob. Kadang2 aku merasa sebab melihat ramainya anak2 kita beratur dengan wajah kegirangan meraikan kejayaan menggenggam diploma dan ijazah. Hati aku berdoa semoga mereka semua jadi insan berguna yang bukan saja bahagia dalam kehidupan mereka sendiri tetapi juga tidak lupa untuk membahagiakan ibubapa masing2. Aku benar2 sebak semasa 3 situasi ini :
- penyerahan skrol diploma kepada seorang graduan yang meninggal dunia pada bulan Julai lepas. Betapa tabah ayahnya naik ke pentas menerima skrol bagi pihak anaknya. Semoga roh Allahyarham tenang di alam barzah. Al Fatihah.
- upacara tunduk hormat graduan kepada para pensyarah yang telah mencurahkan ilmu sepanjang 3 tahun pengajian mereka
- upacara tunduk hormat graduan kepada semua ibubapa yang hadir di majlis konvokesyen ke-34 ini. Ramai ibu2 terutamanya mengesat airmata terharu kerana diberi penghormatan sebegitu
Majlis tamat pada pukul 12.45. Hrmm mujur aku dah minta izin keluar pukul 2 petang dari pemilik homestay tu. Selepas sesi bergambar dengan Puteri Bongsu, aku dan Abah pun turun ke tempat parking. Allah hu Akbar. Aku dengan Abah sama2 tak cam di mana kami park kereta kami semasa datang tadi. Memanglah kami tau kami park di bay 3G. Masalahnya kami tak jumpa tiang2 bertulis G. Tiang2 D,E,F, H jumpa pulok. Nak tanya orang pun mereka semuanya baru kali pertama datang ke sini. Aku cuba bertenang, tarik nafas panjang2 dan berselawat 3 kali serta berdoa memohon bantuan Allah. Dengan izin Allah diilhamkan kami menuju terus ke satu kawasan agak terlindung di belakang tangga... yesss nampak tiang2 bertanda G. Alhamdulillah. Bepeluh2 basah seluruh badan kami. Fuhhhhhh!!!
Di homestay kami mandi sepuaas2nya dan solat. Barang2 telahpun disusun di depan pintu oleh Kakngah. Destinasi seterusnya ialah mencari tempat makan. Dah pukul 2.30 petang... perut dah menyanyi macam2 lagu keroncong. Kami singgah di foodcourt dan makan nasi ayam, teh ais limau dan apom balik... baru lega rasanya. Alhamdulillah.
Kami bergerak semula ke PICC untuk menjemput Puteri Bongsu. Dia sudah selesai bergambar dengan kawan2 nya serta memulangkan jubah. Dalam perjalanan dari Putrajaya ke utara, hujan turun dengan lebatnya. Kakngah terpaksa memandu perlahan2. Memandangkan Puteri Bongsu belum makan, kami singgah di RnR Sungai Buluh untuk makan Satay Kajang pulak. Kami berehat hampir sejam di sini sebelum meneruskan perjalanan.
Sepanjang perjalanan hujan masih turun. Sekejap lebat sekejap renyai. Persinggahan seterusnya di RnR Bukit Merah untuk makan malam dan solat. Berhenti lagi satu jam di sini. Kiranya perjalanan kali ini memang santai ... jalan2 untuk konvokesyen sambil berziarah dan makan2 ajer. Hihihihi
Alhamdulillah kami selamat tiba di rumah kami di Perai tepat jam 10 malam.
Tahniah anak mama si Puteri Bongsu.
No comments:
Post a Comment