Baru2 ni aku dan Abah bermalam di Lumut. Sebenarnya Lumut dekat jer dengan kampung asal ku... lebihkurang 30 ke 45 minit perjalanan jer. Tetapi sebab dekatlah aku tak pernah beri perhatian kepada keistimewaan Lumut. Bagi aku Lumut cuma sebuah pekan kecil tempat pelancong menaiki feri untuk ke Pulau Pangkor.
Bila sebut Lumut juga, aku pasti teringat kepada Pangkalan TLDM, ikan bilis mata biru serta limbungan tempat feri Pulau Pinang dibina. Hihihihi ...
Kesempatan bermalam di pekan pelancongan kali ini memberi aku peluang untuk meninjau pesisiran Lumut yang sangat indah. Memandangkan sekarang cuti sekolah, aku memang menghadapi masalah untuk mendapatkan hotel. Cari punya cari akhirnya dapatlah sebuah bilik double bed di Ritz Hotel Lumut. Hotel ni cantik dengan kelengkapan yang bersesuaian dengan harga bajetnya. Setiap bilik ada peti sejuk, peralatan membancuh kopi, safety box, hair dyer dan lain2 kelengkapan asas. Harga termasuk makan pagi untuk 2 orang. Hidangan nasi goreng, bihun goreng, roti bakar, kacang panggang, bubur nasi, cereals, minuman panas dan sejuk serta buah tembikai cukup untuk membuat pelanggan hotel berpuashati. Kalau nak komplen pun ialah tentang ruang bilik yang sangat terhad, hingga amat sukar untuk menunaikan solat.
Nak certa panjang tentang Lumut ... jom kita tengok gambar.
Petang 9.12.2017 (dalam 6 petang sampai malam)
Petang 9.12.2017 (dalam 6 petang sampai malam)
Lumut waterfont ... ramai yang ambil angin. Cuaca redup jer |
Ada live band lagi... hiburkan pengunjung dengan lagu2 pop yeye ... hihihihi |
Sunset ... awan hujan pun dah penuh di langit. Guruh pun dah menderum2 |
Lumut pekan kecil yang penuh dengan pelancong tempatan di musim cuti sekolah ni |
Ikan bilis pelbagai gred.. mak aii mahal2 belaka, apalagi bilis mata biru |
Pagi 10.12.2017 (dalam pukul 8 pagi)
Ketam beso, kerang beso ... di jeti nelayan bersebelahan jeti bot ke Pulau Pangkor |
Cantik imej hidupan laut disusun sedemikian rupa |
Bahagian tepi bangunan pejabat pelancongan |
Bot2 nelayan banyak berlabuh di sini |
Tumpang posing yer tokei ... jejambat dari daratan ke bot |
Lantai dataran waterfront dihias dengan pelbagai imej... menyebabkan kita berjalan jauh pun tak terasa erana asyiknya memandang keindahan imej2 tersebut. My favourite .. imej ikan lumba2 |
No comments:
Post a Comment