Thursday, June 28, 2018

Umrah 2018 - bermulanya perjalanan (20 Mac 2018)

Alhamdulillah. Syukur nikmat atas rezeki ini.

Setelah berbulan2 merancang, akhirnya aku selamat berangkat ke bumi Madinah Al Munawwarah pada 20 Mac 2018. Ini merupakan kali ke-3 aku dijemput Allah SWT sebagai tetamuNya menunaikan ibadah umrah. Kali ini aku pergi tanpa Abah, sebaliknya pergi bersama2 Makcik dan sepupuku In.

Kami menggunakan perkhidmatan Agenci Al Quds yang beribupejabat di Kota Bharu dan mempunyai cawangan di Bangi. Memang agak sukar bagi aku kerana tidak dapat menghadiri taklimat dan kursus ringkas. Walaupun ini kali ke-3, tapi sememangnya aku masih perlu menghadiri kursus untuk meningkatkan lagi ilmu di dada. Tak mau lah aku ambil mudah pekerjaan ibadah ini. Sementelah aku dijemput Allah sebagai tetamuNya, mesti nak buat yang terbaik. InsyaAllah.  Jadi aku tumpang jer mana2 kursus umrah yang dianjurkan di Pulau Pinang.

Kami memilih pakej 3 orang sebilik. Aku dan In berjanji nak menjaga ibunya yang dah berumur 80 tahun. Makcik ni walaupun dah umur banyak macam tu, tapi semangatnya sangat tinggi. Sedaya upaya dia bergerak sendiri tanpa mengharapkan bantuan kami. Aku dan In juga berjanji untuk elakkan bergaduh bertekak. Hihihi kami sepupu ni sama karektor, cepat marah dan jenis suka bertekak sejak kami duduk sebilik di zaman remaja dulu lagi. Asyik nak "bertojei" je. Tapi tak pernah le pulak tak bertegur sapa😂😂😂

Semoga Allah permudahkan urusan kami sebagai rakan sebilik.
Tengok Makcik tu, steady je. Sapa sangka dah umur 8

Memandangkan penerbangan adalah dari KLIA... aku, Abah, Kakngah dan Puteri Bongsu bertolak sehari lebih awal. Kami menginap di hotel bajet di Kota Warisan. Perjalanan dari hotel ke KLIA lebihkurang 15 minit saja.

Kami berkumpul lebihkurang 30 jemaah Al Quds di bawah seliaan Mutawwif Ustaz Nik Mahyuddin. Setelah selesai urusan checkin barang dan tiket semua, aku mengucapkan selamat tinggal buat Abah dan Puteri2 ku. Doakan keselamatan Mama, kesihatan Mama, semoga dipermudahkan urusan untuk kami beribadah, dipelihara dari musibah, fitnah dan gangguan iblis dan syaitan dan kembali dengan membawa umrah yang maqbul. Aamiin. Mama doakan Abah dan anak2 selamat dalam perjalanan pulang ke Penang. Aamiin. Airmata dah laju berjujuran. Ini pertama kali aku berpisah lama dengan Abah ... kekasih awal dan akhir.  Aku juga sedih memandang wajah anak2 manja ku, semoga Allah panjangkan umur Mama untuk jumpa kalian lagi... huhuhuhu!!! Ya Allah teguhkan hatiku, kuatkan imanku dan bantulah aku menunaikan ibadah ini semata2 keranaMu Ya Allah.

Akan merindui Abah, anak2 dan cucu ku. Doakan kebaikan kita semua yer

Penerbangan yang sepatutnya berlepas jam 3 petang telah ditunda ke jam 5 petang.  Aduhhh dugaan pertama. Melepaklah kami di ruang menunggu dalam keadaan letih lesu. Kami menaiki pesawat Saudi Air SV851.  Penerbangan ini dipenuhi sebahagian besarnya oleh jemaah dari Indonesia. Kenapa yer. Ohh rupanya mereka transit dari Indonesia ke KLIA untuk menaiki pesawat Saudi Air. Mungkin penerbangan Saudi Air di Indonesia telah penuh agaknya.

Sesungguhnya aku bahagia menaiki Saudi Air. Walaupun berada di kabin kelas ekonomi, tempat duduknya agak lebar dan ruang antara tubuh kita ke kerusi hadapan memang luas. Kalau penumpang depan rendahkan kepala untuk tidur pun, masih selesa bagi kita yang duduk di belakangnya. Tak terasa lemas tersepit macam duduk dalam pesawat XXXX tu 😵😵😵

Dalam kabin, memang selesa. Untung naik pesawat yang dok bawa orang2 Arab yang bertubuh
besar ni.  Kita orang Asia yang bersaiz comel ni terasa santai sangat

Pramugarinya semua berbangsa Arab, tapi cuba bercakap bahasa Melayu bila bertanya "Ikan atau ayam" semasa menghidangkan makanan dalam pesawat. Untuk penerbangan hampir 9 jam ini, kami dihidangkan makanan berat sebanyak 2 kali.  Ada pilihan nasi goreng, nasi putih, fish anh chips dan chicken chop. Makanan disediakan oleh Brahim Catering dari Kuala Lumpur.

Hidangan pertama dalam pesawat. Makan sampai licin.
Maklum la last sekali makan pukul 9 pagi ... ala2 kebulur den

Sepanjang perjalanan, kami berzikir, menonton Tv ataupun tidur sebelum tiba ke destinasi. Alhamdulilah penerbangan sangat "smooth', cuma sekali dua je agak "rough" semasa berada di langit Lautan Hindi.





Wednesday, June 6, 2018

My First Birthday

Alhamdulillah semalam jam 9.36 malam, 5 Jun genaplah setahun umor cucu Opah ... Zulaikha.

Tik tok tik tok masa berjalan pantas sekali.


Syukur dikurniakan cucu pertama yang sihat, sempurna sifatnya, comei berambut kerinting (wajahnya terlalu mirip Abahnya), nakal, manja dan menghiburkan hati Opah, Atuk, Onder dan Chuna serta Ibu dan Abahnya.

Dialah titik fokus kami sekarang. Kalau ke mana2, mesti nak balik cepat sebab rindu Zulaikha.  Kalau pergi kedai, mesti nak beli baju atau toys untuk Zulaikha. Handphone naik penuh dengan gambar dan video aksinya. Nak delete pun sayang.  Kena transfer masuk CD pulok.

Aksi manja bersama Onder... i like this pic

Opah doakan Zulaikha membesar sebagai muslimah sejati, yang patuh perintah Allah, yang baik agamanya, akhlaknya, perbuatannya, tinggi ilmunya, sihat sempurna tubuhnya, baik peribadinya, cantik wajahnya, indah perkataannya ... sempurna dunia dan akhirat.  Aamiin

Tuesday, June 5, 2018

broery marantika - biarlah bulan bicara



Bulan sabit
Yang jatuh dipelataran
Bintang redup
Tanpa cahaya gemintang
Langkah tanpa arah
Sesat di jalan yang terang
Aku yang terlena dibuai pelukan dosa

Chorus:
Ingin pulang membalut luka hatimu
Ku pun tahu betapa pedih batinmu
Beri kesempatan atau jatuhkan hukuman
Andai maaf pun tak kau berikan

Air mata tulus jatuh di sudut bibir mu
Tak terlintas dendam di bening mata indah mu
Aku yang merasa sangat berdosa pada mu
Masih pantaskah mendampingi mu

Biar lah bulan bicara sendiri
Biarlah bintang kan menjadi saksi
Tak kan ku ulangi walau sampai akhir nanti
Cukup derita sampai di sini

***  sebagai hadiah untuk diri sendiri yang berjaya dapatkan kembali blog ni, kita upload my favourite song.  Layannnn

Akhirnya ... lega!!!

Last sekali aku post dalam blog ni bulan Februari yang lalu.  Lepas tu hanyut terus.

Bukan sengaja mencipta alasan, tapi inilah sebab2 kenapa blog ni tidor 4 bulan.

Sebab utamanya - aku lupa password blog sendiri. Inilah bahayanya bila set untuk computer ingat password kita. Kita sendiri lupa Hrmmm.

Makcik ni pulok bukannya IT savvy, godek sana godek sini ... tak boleh jugak. Bimbang juga, silap tekan itu dan ini, sat lagi blog ni hilang terus dari alam maya.  Boleh menangis you, mana nak cari balik 356 post yang dah ditulis sejak tahun 2009 lagi.

Aku dah hampir putus asa. Dah buka pun satu blog baru... tapi hilang mood. Tulis satu post jer terus tutup laptop ni.  Takde mood... semua jadi asing.  Tak boleh nak move on langsung. Barang baru tak sama dengan barang lama!!!

Sepanjang bulan Mac, April dan Mei macam2 peristiwa berlaku. Nanti kita tulis satu persatu ya. Harap2 daya ingatan ni masih lagi tajam. Boleh ingat semua perjalanan yang dah dilalui serta cerita yang mahu dikongsi.

Alhamdulillah, cubaan buka semula blog ni berjaya hari ni. Tapi kena tukar password baru la.  Kali ni aku record semua maklumat dalam buku khas. Harap2 buku tu tak hilang le pulok hihihihi. Barulah walhasil balik asal.  Sebetulnya mudah jer pun nak buka balik blog ni. Kenapa lah kali pertama hari tu tak berjaya ekk??