Thursday, June 28, 2018

Umrah 2018 - bermulanya perjalanan (20 Mac 2018)

Alhamdulillah. Syukur nikmat atas rezeki ini.

Setelah berbulan2 merancang, akhirnya aku selamat berangkat ke bumi Madinah Al Munawwarah pada 20 Mac 2018. Ini merupakan kali ke-3 aku dijemput Allah SWT sebagai tetamuNya menunaikan ibadah umrah. Kali ini aku pergi tanpa Abah, sebaliknya pergi bersama2 Makcik dan sepupuku In.

Kami menggunakan perkhidmatan Agenci Al Quds yang beribupejabat di Kota Bharu dan mempunyai cawangan di Bangi. Memang agak sukar bagi aku kerana tidak dapat menghadiri taklimat dan kursus ringkas. Walaupun ini kali ke-3, tapi sememangnya aku masih perlu menghadiri kursus untuk meningkatkan lagi ilmu di dada. Tak mau lah aku ambil mudah pekerjaan ibadah ini. Sementelah aku dijemput Allah sebagai tetamuNya, mesti nak buat yang terbaik. InsyaAllah.  Jadi aku tumpang jer mana2 kursus umrah yang dianjurkan di Pulau Pinang.

Kami memilih pakej 3 orang sebilik. Aku dan In berjanji nak menjaga ibunya yang dah berumur 80 tahun. Makcik ni walaupun dah umur banyak macam tu, tapi semangatnya sangat tinggi. Sedaya upaya dia bergerak sendiri tanpa mengharapkan bantuan kami. Aku dan In juga berjanji untuk elakkan bergaduh bertekak. Hihihi kami sepupu ni sama karektor, cepat marah dan jenis suka bertekak sejak kami duduk sebilik di zaman remaja dulu lagi. Asyik nak "bertojei" je. Tapi tak pernah le pulak tak bertegur sapa😂😂😂

Semoga Allah permudahkan urusan kami sebagai rakan sebilik.
Tengok Makcik tu, steady je. Sapa sangka dah umur 8

Memandangkan penerbangan adalah dari KLIA... aku, Abah, Kakngah dan Puteri Bongsu bertolak sehari lebih awal. Kami menginap di hotel bajet di Kota Warisan. Perjalanan dari hotel ke KLIA lebihkurang 15 minit saja.

Kami berkumpul lebihkurang 30 jemaah Al Quds di bawah seliaan Mutawwif Ustaz Nik Mahyuddin. Setelah selesai urusan checkin barang dan tiket semua, aku mengucapkan selamat tinggal buat Abah dan Puteri2 ku. Doakan keselamatan Mama, kesihatan Mama, semoga dipermudahkan urusan untuk kami beribadah, dipelihara dari musibah, fitnah dan gangguan iblis dan syaitan dan kembali dengan membawa umrah yang maqbul. Aamiin. Mama doakan Abah dan anak2 selamat dalam perjalanan pulang ke Penang. Aamiin. Airmata dah laju berjujuran. Ini pertama kali aku berpisah lama dengan Abah ... kekasih awal dan akhir.  Aku juga sedih memandang wajah anak2 manja ku, semoga Allah panjangkan umur Mama untuk jumpa kalian lagi... huhuhuhu!!! Ya Allah teguhkan hatiku, kuatkan imanku dan bantulah aku menunaikan ibadah ini semata2 keranaMu Ya Allah.

Akan merindui Abah, anak2 dan cucu ku. Doakan kebaikan kita semua yer

Penerbangan yang sepatutnya berlepas jam 3 petang telah ditunda ke jam 5 petang.  Aduhhh dugaan pertama. Melepaklah kami di ruang menunggu dalam keadaan letih lesu. Kami menaiki pesawat Saudi Air SV851.  Penerbangan ini dipenuhi sebahagian besarnya oleh jemaah dari Indonesia. Kenapa yer. Ohh rupanya mereka transit dari Indonesia ke KLIA untuk menaiki pesawat Saudi Air. Mungkin penerbangan Saudi Air di Indonesia telah penuh agaknya.

Sesungguhnya aku bahagia menaiki Saudi Air. Walaupun berada di kabin kelas ekonomi, tempat duduknya agak lebar dan ruang antara tubuh kita ke kerusi hadapan memang luas. Kalau penumpang depan rendahkan kepala untuk tidur pun, masih selesa bagi kita yang duduk di belakangnya. Tak terasa lemas tersepit macam duduk dalam pesawat XXXX tu 😵😵😵

Dalam kabin, memang selesa. Untung naik pesawat yang dok bawa orang2 Arab yang bertubuh
besar ni.  Kita orang Asia yang bersaiz comel ni terasa santai sangat

Pramugarinya semua berbangsa Arab, tapi cuba bercakap bahasa Melayu bila bertanya "Ikan atau ayam" semasa menghidangkan makanan dalam pesawat. Untuk penerbangan hampir 9 jam ini, kami dihidangkan makanan berat sebanyak 2 kali.  Ada pilihan nasi goreng, nasi putih, fish anh chips dan chicken chop. Makanan disediakan oleh Brahim Catering dari Kuala Lumpur.

Hidangan pertama dalam pesawat. Makan sampai licin.
Maklum la last sekali makan pukul 9 pagi ... ala2 kebulur den

Sepanjang perjalanan, kami berzikir, menonton Tv ataupun tidur sebelum tiba ke destinasi. Alhamdulilah penerbangan sangat "smooth', cuma sekali dua je agak "rough" semasa berada di langit Lautan Hindi.





No comments: