Sebelum kita sambung semula kisah kembara umrah ku, baik aku tulis pasal sambutan Aidilfitri dulu. Sat lagi simpan2 cerita tu.. jadi basi la pulok 😁😁😁😁. Hari ni hari ke-27 Syawal. Tapi kuih raya belum habis lagi, Ada 5 jenis kuih masih berbaki dalam balang. Aku tak berani nak sentuh. Semua manis2. Ada tat nenas, tat cadbury, kuih dahlia dan dua kuih lagi yang aku tak pasti namanya.
Aidilfitri tahun ni jatuh pada hari Jumaat. Aku dan keluarga merayakannya di kampungku di Perak. Tetapi Kaklong tak dapat bersama2 kami sebab menyambutnya di kampung suaminya di Kulim. Biasalah adat sudah berumahtangga!!
Aku dan adikberadik ku berkumpul selama 3 hari di kampung. Sudah pastinya wajah Emak begitu ceria dengan kehadiran anakcucu dan menantu semua.
Memandangkan Emak mempunyai anak buah yang sangat ramai, sepanjang 3 hari tu penat sungguh kami melayan tetamu yang silih berganti. Namun begitu, hati merasa seronok dan meriah sangat. Tetamu adalah dari kalangan adik-beradik Emak, anak2 saudaranya, cucu2 dan cicit2. 10 tahun lagi, kalau dipanjangkan usia, Emak berkesempatan mendapat piut dari cicit saudaranya. Aamiin. Hahaha... masa tu aku dah jadi Onyang le 👵👵👵👵👵
Bahagianya Emak menerima kunjungan sahabat baiknya, Wan Ni |
Pulangnya dari Perak, kami pulak memulakan misi berhariraya. Bayangkan dalam satu hari kami menziarahi 6 buah rumah di Kulim dan Sungai Petani. Betul2 macam marathon. Masuk rumah, salam2, makan2 dan berbual seadanya, salam dan berangkat ke rumah seterusnya. Terpaksa buat begitu untuk cover banyak rumah sebab di hari ke-5 nanti Kaklong dan Kakngah akan mula bekerja semula.
Hujung minggu berikutnya kami mengadakan rumah terbuka. Jemputan pun tak ramai, hanya saudara mara dan kawan2 anak ku sahaja. Sebahagian menu kami masak sendiri, manakala sebahagian lagi kami tempah. Alhamdulillah, semua yang disediakan habis dan tidak berlaku pembaziran.
Keluarga Makngah dari Alor Setar |
Keluarga Teh dari Permatang Pauh |
Kek lapis Sarawak |
Soto .. ceq buat sendiri na dengan bantuan puteri2 ku sayang |
Yang ni... kita tempah jer |
Pada hujung minggu seterusnya kami berhariraya di rumah adikberadik Abah di Alor Setar pulak. Kali ni 3 buah rumah je. Jenuh kami dijamu gulai kambing, laksa dan kuihmuih raya. Sempatlah juga kami singgah di Pekan Rabu yang telah dibaikpulih dan berwajah baru.
Sempat shopping kat Pekan Rabu |
Selain dari menziarahi saudaramara, kami juga jenuh memenuhi jemputan open house dan kenduri walimatulurus yang banyak diadakan di bulan Syawal yang penuh barakah ini. Apa yang pasti, Syawal bukan sekadar bulan untuk menikmati menu2 istimewa, tetapi yang lebih utama mengeratkan kembali silaturohim sesama kita. InsyaAllah
Group PEER Hospital Seberang Jaya semasa open house di rumah Sister Jus (berbaju biru) |
No comments:
Post a Comment