Monday, October 10, 2016

Selepas 34 tahun

Setelah bertahun2 terpisah, sapa sangka kami akan bertemu kembali.

Teh Kanawiah ... cantik orangnya. Kami bersahabat semasa sama2 menuntut di Dungun dulu.  Tiga tahun menjadi warga Dungun, jauh dari ibubapa, jauh dari pengaruh sosial yang buruk, jauh dari bandar besar untuk berlibur ... menjadikan kami akrab. Terdapat persamaan dan perbezaan antara kami.

Di pantai Sura Gate Dungun tahun 1982

Kami dua2 nya pendiam, tak pandai nak sembang lama2. Tapi sebenarnya Teh lebih pendiam dari aku. Dia rajin dan merupakan pemegang anugerah Dean's List.  Aku pulak biasalah. Cukup2 makan sebab selalu study last minutes hehehhehe.

Dengan era teknologi terkini kami dapat berhubung semula melalui grup wassap selepas 34 tahun terpisah.  Kebetulan pulak 3 April lalu aku menghadiri kenduri anakbuah di Crystal Lodge Kota Bharu.  Aku hubungi Teh untuk bertemu dia. Selepas habis belajar, dia bekerja dan terus menetap di Kota Bharu kerana menjaga orang tuanya. Allahhu Akbar .. macam2 perasaan timbul dapat bertemu kembali sahabat lama ... gembira, sayu, terharu.  



Memandangkan majlis dah bermula dan aku perlu balik segera ke Pulau Pinang, kami tak dapat berbual lama.  Semoga selepas ini ada lagi kesempatan untuk kita bersua yer Teh. Aamiin

Innalillahi wainnailaihirojiun

Peristiwa ni dah beberapa bulan berlalu. Tarikh tepat 3 April 2016.

Tetapi disebabkan kemalasan aku menjenguk blog ni, kisah itu tertinggal sepi. Tapi akhirnya aku kuatkan semangat. Kena ikhtiar untuk rajin juga. Aku mesti tulis juga tentang Makcaq, nenek kesayangan anak2 ku, supaya nanti mereka tidak lupa pada orang yang menyayangi mereka dan mereka sayangi juga.

Makcaq atau nama penuhnya Sopiah@Che Piah binti Haji Ahmad ialah ibu saudara suamiku. Semasa Abah masih kecil, Makcaqlah yang bantu mengasuh Abah dan adikberadik yang lain. Maklumlah emak Abah, Allahyarhamah Mak Bee tak menang tangan mengasuh 7 anak kecik. Umur bersusun paku pulak tu. Jadi Makcaq dah jadi seperti ibu bagi mereka. Dialah yang mendisiplinkan mereka dengan sifat garang campur sayangnya tu. Bila Allahyarhamah Mak Bee meninggal pada tahun 1990, Abah dan adikberadik menumpang kasih seorang ibu dari Makcaq.

Tokcaq yang sentiasa ceria bersama adikbongsunya .. Toksu Maimumah

Sebenarnya Makcaq ada dua anak perempuan. Tetapi disebabkan penceraian, hubungan ibu dan anak seolah2 terputus.  Mereka dibesarkan oleh bekas suami Makcaq.  Aku pun tak berani nak cerita lebih2 sebab aku pun tak pasti kisah sebenar mereka anakberanak.

Anak2 aku yang tidak sempat merasai kasihsayang  seorang nenek juga menumpang kasih pada Makcaq yang dipanggil sebagai Tokcaq. Setiap bulan, kami akan menziarahi Tokcaq. Semasa dia masih kuat dia cukup suka melayan kerenah cucu2 ni. Siap goreng pelbagai jenis cucur, bancuh milo pekat atau air sarsi. Karektornya yang periang, suka bercakap dan ketawa menghiburkan anak2 ku. Sebelum balik mesti dipeluk diciumnya kuat2 pipi anak2 ku. Itu trademark Tokcaq ... cium sampai berbekas pipi dengan basah sekali hahahahah!!!  Kaklong, Kakngah dan Puteri Bongsu ... uolls takkan merasa dah ciuman hebat tu lagi.

Rumah Tokcaq di Bukit Gelugor. Di sini kami selalu makan rambutan yang saban tahun berbuah lebat

Dan jasanya menjaga aku selama 2 minggu semasa dalam pantang semasa melahirkan Kakngah tak akan dapat aku lupa. Setiap hari dia memasak laukpauk yang sedap seperti hati masak jintan, sup daging, daging goreng kicap lada hitam, ikan masak asam dll. MasyaAllah sedapnya air tangan orang lama. Lebih membantu sebab Kakngah semasa kecilnya kena sawan tangis. Tak boleh silap sikit mulalah menangis melalak, tak kira siang atau malam. Aku yang sedang berpantang sampai jadi tension. Mujur ada Tokcaq membantu siap dengan jampi serapah dan doanya supaya Kakngah berhenti menangis,  Terima kasih Tokcaq.

Bila hariraya, Tokcaq adalah insan istimewa buat kami. Bila nak bergambar, dia akan ditempatkan di tengah2 keluarga Abah. Dialah ibu kami semua.

Bersama anak2 dan cucu2 saudara ... ni gambo antik tahun 1995 dulu

Tetapi apabila usia semakin lanjut, kesihatan Tokcaq semakin merosot. Dengan sakit athma yang kronik, dia terpaksa dimasukkan ke hospital beberapa kali. Pengakhiran kehidupan Tokcaq sangat menyedihkan kerana kerinduan kepada zuriatnya sendiri tidak terubat. Mujurlah Abah dan adikberadiknya setia mengambil tanggungjawab melawat dan menemani Tokcaq sehingga dia menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani pada waktu Asar, 3 April 2016.

Damailah Makcaq/Tokcaq di sana.  Kenangan indah bersama Tokcaq kekal di sanubari kami.

AL FATIHAH

Wednesday, August 10, 2016

Bersabarlah ... itu separuh dari iman

Hari ni hari ke-5 Emak terbaring jer di katil. Sebelum ni walaupun dia agak uzur tapi mau juga duduk di depan TV menonton program2 keagamaan di TV Al-Hijrah atau TV9.  Kali ini terus terbaring jer. Bila duduk terasa sakit katanya.

Khamis lepas semasa hendak mengambil wudhu Emak tergelincir di bilik air. Terkejut aku dan Abah. Dengan badannya yang agak besar, tidak mampu aku dan Abah mengangkatnya keluar dari bilik air.  Anak2 belum pulang dari tempat kerja mereka. Terpaksalah Emak merangkak perlahan keluar  dari bilik air. Allah hu akbar. Kesian sungguh aku melihatkannya. Tak sedar tumpah berderai airmata aku.

Aku tukar pakaian Emak. Aku sapu minyak angin di tempat dia terasa sakit. Malam tu emak tidur awal. Puteri Bongsu yang tidor di sebelah Emak pun bagitau yang Opahnya mengigau teruk sepanjang malam. Agaknya terkejut akibat terjatuh tadi. Kesiannya dekat Emak.

Mujurnya besuknya Jumaat menantu ku Hafiz bercuti. Hafiz kerja di Kedah, memang bercutilah pada hari Jumaat. Adalah bantuan tenaga lelaki untuk Abah memapah Emak. Kami bawa Emak ke Klinik Kesihatan Seberang Jaya. Alhamdulillah di klinik ada kemudahan kerusi roda. 

Dengan izin Allah semua urusan kami hari itu dipermudahkan. Pesakit tidak ramai sebab klinik pakar tak beroperasi. Kami tidak perlu menunggu lama untuk pendaftaran, berjumpa doktor, melakukan ujian Xray, berjumpa doktor semula dan mengambil ubat.

Alhamdulillah ujian Xray menunjukkan tulang Emak takder yang patah atau retak. Doktor berpendapat pergerakan Emak semasa jatuh menyebabkan tisu2 di punggungnya cedera. Bagi seorang yang dah berumur 78 tahun dan mengidap kencing manis pulak, nak pulih tu memang akan mengambil masa juga.

Aku berharap Emak bersabar dan redho dengan ujian ni. Tapi nampaknya tubuh Emak dah tak mampu menerima sebarang kejutan. Hati Emak pun terlalu mudah tersentuh. Pada hari Sabtu Emak demam. Selera makannya merudum.

Emak tolonglah kuat. Jangan ikutkan hati. Jangan sekali mengeluh seolah2 menyesali ujian Allah.  Kita sama2 berdoa dan berusaha supaya Emak kembali sembuh.  Bersabarlah

Saturday, July 2, 2016

Mangsa Keadaan

Aduuh la makcik2 ni semua. Adakah patut dipaksanya aku jadi pengacara majlis aka MC untuk Majlis Penyerahan Sumbangan Aidilfitri kepada pesakit2 kanser yag menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya. Semenjak aku berada dalam grup sukarelawan rakan kanser atau PEER Group Hospital Seberang Jaya, memang aku kadang2 agak vokal. Dalam setiap mesyuarat bulanan grup, aku banyak bercakap. Ye lah kadang2 tiba2 je idea datang menderu. Kita kongsikanlah idea tu dengan ahli2 kumpulan. Rupa2 nya karektor aku ini diambilkira sebagai alasan bahawa aku sesuai jadi MC.  Kononnya aku boleh bercakap di depan khalayak. Fuhhh ini sudah tidak adil, lepas ni aku nak duduk diam2 jer, monyok jer.

Sebenarnya kerja sebagai MC ni tak la susah sangat. Cuma yang perlunya ialah keyakinan diri dan kemampuan mengawal suasana majlis. Sebelum ini pun aku pernah 2 kali bertugas sebagai MC semasa masih bekerja dulu. Tetapi disebabkan aku tak suka bercakap di hadapan khalayak, aku terasa seolah2 ini satu perkara yang membebankan pulak. Mujornya Abah dan anak2 beri sokongan moral. "Buat aja lah Ma. Nama pun sukarelawan, buat aja la. Pahala besaq woo. And we know you are capable. Chaiyok chaiyok".  

Aku tak kisah sangat kalau tetamu tu orang2 biasa jer. Tapi tetamu ni Timbalan Menteri. Mesti jaga segala protokol majlis.  Mujornya misi2 di hospital ni banyak membantu. Mereka memberi salinan teks ucapan untuk majlis2 sebelum ini untuk aku copy paste dan olah sana-sini hihihihi. Mereka tolong mengesahkan siapa VIP yang akan hadir. Yang penting sekali mereka beri semangat "Akak boleh. Kami tau akak boleh!!" Hurmmm terima lah dengan hati terbuka.

Awat gambar kelabu??

Maka semalam 1 Julai 2016 setelah sekian lamanya, aku jadi MC sekali lagi.  Alhamdulillah majlis ini kurang protokol kerana Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, YB Dato Seri Dr Hilmi Yahya seorang yang sangat merendah diri. Dia secara santai berbual2 dengan semua tetamu, berjenaka ketika berucap dan sangat sporting semasa sesi bergambar.

kita dok nervous, depa dok sempat mengusik lagi

Walaupun banyak skrip yang terpaksa ditukar pada saat2 akhir kerana beberapa tetamu utama tidak hadir, beberapa aturcara dipinda dan beberapa penerima menarikdiri ... aku dapat melaksanakan tugas dengan jayanya. Alhamdulillah.

YB Timbalan Menteri Kesihatan (berbaju hijau) bersama big boss Klinik Pakar 2, Mr Imran
(di belakang berkaca mata)  dan Pengerusi PEER Group, Puan Suguna
 (depan berbaju kurung kuning) serta sebahagian sukarelawan PEER Group

Tapi amaran siap2 kepada ahli grup PEER, jangan paksa aku sekali lagi semasa majlis sambutan Tahun Baru Cina 2017 nanti. Tak mauuuuu!!!

Monday, June 20, 2016

Hari ni genap 2 minggu kita berpuasa.  Alhamdulillah aku dapat menjalani ibadah puasa ni dengan tenang walaupun aku diduga dengan kesakitan yang dah lama menyembunyikan diri.

Kesakitan pertama adalah gastrik. Kira2 dua minggu sebelum Ramadhan aku mula diserang gastrik. Dah begitu lama aku tak kena gastrik ni, tiba2 dekat nak Ramadhan dia muncul pulak. Makan lambat tak boleh, pedas sikit pun tak boleh. Perut dan ulu hati pedih sekali.  Paling teruk masa berbaring kadang2 aku boleh rasa asid masam tu naik ke tekak.  Huhh parah. Waktu ni la aku berkawan dengan encik google .. cari sebab jadi begitu, akibat dan rawatan yang disarankan.  Dulu aku memang mengamalkan ubat2 hospital atau farmasi. Kali ni aku nak cari penawar dari bahan semulajadi pulok. Takut lah banyak sangat bahan kimia dah masuk dalam badan ni.

Akhirnya aku terjumpa supplement untuk penghidap gastrik. Supplement daripada gabungan daun barli, daun gandum, bayam, flaxseed, epal dan macam2 lagi bahan alami. Supplement ini didatangkan dalam bentuk serbuk.  Bancuh dengan air dan minum masa perut kosong sebelum bersahur. Rasanya?? Allah hu Rabbi ... sampai kembang kempis hidung aku nak menghabiskan segelas air warna hijau lumut tu.



Dengan izin Allah, semua asid dalam perut ku dapat dikawal.  Aku dapat puasa, dapat buat aktiviti harian dan aktiviti tambahan di bulan mulia ini dengan lebih sempurna. Nak makan sambal2 pun dah boleh hihihi.  Alhamdulillah.   

Kesakitan kedua yang menduga aku ialah sakit pinggang dan tulang belakang. Ini bukanlah penyakit baru. Aku pernah menulis tentang penderitaan aku pada tahun 2010 Slip Disc. Tetapi kesakitan tu dah terkawal, cuma sesekali datang balik. Selalunya dengan rehat yang cukup, mengubahsuai posisi tidur, mengurangkan aktiviti fizikal dan buat senaman yang diajar oleh pakar fisio tu, kesakitan akan beransur hilang dalam tempoh beberapa hari.

Kesakitan kali ini menyerang aku pada hari ke-12. Waktu tu hujan lebat sangat. Dari kereta kami berlari menuju ke masjid untuk mengelakkan basah kuyup. Kereta pulak kena parking agak jauh sebab parking di hadapan semua dah penuh. Inilah akibat selalu tiba lewat ke masjid untuk tarawih. Bayangkanlah makcik ni berlari hahahhahha.

Semasa tarawih rakaat ke-4 pinggang aku mula terasa sakit. Sakit itu semakin lama semakin ketara. Selepas solat witir ada tazkirah pulak. Aku segera mencari dinding2 kosong untuk menyandarkan badan. Terasa kaki kiri mula kebas. Sambil mendengar tazkirah, aku urut2 kaki sambil berselawat dan berdoa.  Ya Allah sembuhkanlah kesakitan ini.

Balik ke rumah aku cuba buat senaman yang diajar oleh unit fisio dan sapu minyak angin ke pinggang.  Aduhhhh bau minyak angin le pulok, Kesian kat Encik Somi.

Besuk malamnya aku hanya mampu untuk sembahyang Isya, solat sunat Ba'diyah dan tarawih 4 rokaat saja. Selepas tu pinggang aku terasa bagai dijerut2 di bahagian belakang. Tak ada pilihan lain, terpaksalah aku sembahyang atas kerusi. Huuu aku pun dah join grup makcik2 yang sakit lutut tu. Takper lah mereka semua umur dah hampir 70  tahun.

Cobaannnn!!!

Aku terus berdoa semoga keadaan kesihatan aku bertambah baik supaya ibadah dapat aku jalankan dengan lebih sempurna.  Bagi aku sujud merapatkan dahi ke lantai adalah nikmat paling utama dalam ibadah solat. Ya Allah, berikan balik nikmat itu kepada aku, aku nak bersujud di atas bumi Mu Ya Allah.