Tuesday, June 7, 2011

Selamat Pengantin Baru


stock photo : tepak sireh in malay wedding ceremony
Alhamdulillah ... semuanya telah selesai. Farah selamat menjadi isteri orang. Aku tumpang gembira setelah sekian lama bercinta, akhirnya mereka selamat diijabkabul.

Selama hampir sebulan aku dan kakak iparnya, Inna bergerak dari satu rumah ke rumah yang lain di sekeliling taman perumahan ini untuk menjemput tetamu dan menghantar kad jemputan. Maklumlah Farah anak yatim-piatu setelah bapanya meninggal pada tahun 2003 dan emaknya pula meninggal pada tahun lepas. Mengenangkan jasa kedua-dua arwah yang begitu besar kepada aku dan keluarga, rasanya tidak adil aku sebagai jiran terdekat membiarkan mereka melakukan semua persiapan secara sendiri-sendiri.

Anak-anak ku juga tanpa merungut membantu persiapan kakak mereka dengan mengisi goodies bag dengan kerepek dan kek cawan. Semua membayangkan alangkah seronoknya Arwah Emak dan Arwah Abah Hamdan sekiranya mereka ada ketika sibuk-sibuk membuat persiapan sebegini. Sesekali airmata aku bergenang mengingatkan kedua-dua Arwah. Semoga mereka berbahagia di alam barzah. Ameen.

Pada petang Jumaat lalu, selesai sahaja solat Asar mereka berdua diijabkabulkan. Keesukan harinya, 4 Jun 2011 majlis persandingan pula dilangsungkan. Aku membantu Inna menyambut tetamu yang datang sehingga selesai majlis pada jam 5 petang. Semoga Farah dan suaminya berbahagia sehingga ke akhir hayat. Ameen.

No comments: