Friday, August 19, 2011

Ya Nabi Salam Alaika Haddad Alwi



Hari ini merupakan hari ke-19 Ramadhan. Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk melakukan ibadat ini dengan sempurna, tanpa sebarang keuzuran atau musibah ... masih diberi nikmat hidup di dunia ini. Subhanallah.

Semalam semasa sesi tazkirah, ramai yang menitiskan airmata mengenangkan betapa besarnya nikmat kita sebagai Melayu yang dilahirkan sebagai seorang Islam. Tidak perlu bersusah payah menunggu datangnya hidayah untuk memeluk Islam, tidak perlunya bergaduh dengan emak bapa sebab nak memeluk Islam meninggalkan agama lama, tak perlu memulakan pengenalan kepada Islam bermula dari asas.

Tetapi bersyukurkah kita? Betapa ramai yang mensia-siakan nikmat tersebut. Malah lebih teruk lagi memalukan Islam itu sendiri dengan pelbagai tindakan yang tak sepatutnya dilakukan seorang mengaku diri sebagai Muslim, umat Muhammad SAW. Sungguh menyedihkan.

Dan pastinya kita semua perlu amat berterima kasih kepada Nabi Junjungan, Nabi Muhammad SAW kerana menyebarkan Nur Islam untuk kita anuti. Begitu kasihnya kita kepada Baginda, kasih lagi Baginda kepada umatnya. Sehingga ke saat akhir hayat Baginda, tidak henti-henti kerisauan Baginda terhadap nasib umatnya.

Sebagai tanda kasih kepada Baginda, marilah bertekad melaksanakan semua perkara kebaikan dan kebajikan yang diajar kita untuk melakukan dan menjauhi perkara-perkara dimurkai Allah. Semoga Baginda akan berbangga dengan kita sebagai umatnya yang patuh. Perbanyakkan berselawat untuk Baginda, semoga kita tergolong sebagai insan yang diakui umatnya di akhirat kelak. Insyaallah.

2 comments:

Unknown said...

SALAM,
SANGAT SETUJU DGN PESANAN YG TERDAPAT DALAM PERENGGAN AKHIR N3. MARI KITA PERHEBATKAN IBADAH KITA DI BULAN RAMADHAN DAN BULAN2 SETERUSNYA

Unknown said...

Betul Tuan. Ramadhan kini semakin pendek, hari ni hari ke 20 .... semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya dan semoga kita diberi oleh Allah kesempatan untuk bertemu Ramadhan yang datang. Ameen