Wednesday, April 25, 2012

Lama Bertapa


Dah lama aku tak buka blog ni. Risau pulak kut penuh sawang.  Sebetulnya banyak benda nak ditulis tetapi Encik "Mood" tidak datang menjelma, ditambah pula dengan penyakit malas.  hrmmmm .... 

Ada sebabnya mood aku terganggu beberapa menjaknya. Sebulan ni kakak ipar ku, Kak U tinggal bersama keluargaku. Kak U dah berusia 62 tahun dan tidak pernah berkahwin.  Dia kakak sulung Abah yang mempunyai 7 beradik. Dia pula mengidap sejenis penyakit "gangguan" ... selalu aje merungut mendengar gangguan bunyi bising di telinga.  Aku tanya bunyi apa? Katanya bunyi macam banyak anak ayam bercicip-cicip di tepi telinganya.  Dia takut hidup sendirian di rumah pusaka.

Jadi Abah dan beberapa saudara-mara yang lain mengambil tanggung-jawab untuk membawa Kak U tinggal di rumah masing-masing secara bergilir.  Daripada 7 adik-beradik Abah, bukan semua setuju dengan cadangan  tersebut. Ada yang suami tidak restu, ada yang isteri tidak restu.  Jadi Kak U tidak mempunyai banyak pilihan kecuali duduk secara bergiliran di hanya 3 rumah adiknya.  Suka tau tak selesa, hanya 3 keluarga ini sahaja yang menerima kehadiran Kak U.

Sedih kan???  Itulah nasib yang menimpa Kak U.  Kala memandang wajahnya aku terasa kesedihan yang dihadapinya.  Aku pasti dia pun bukannya suka menumpang di rumah oranglain. 

Aku mengaku akupun bukannya baik sangat. Kadang-kadang timbul rasa tak selesa yang amat sangat.  Nak pergi ke mana-mana pun payah.  Abah tidak sampai hati nak tinggalkan dia kesaorangan di rumah. Nak diajak pula dia tidak mau, terutama kalau balik ke kampung aku atau majlis ilmu. ada saja alasannya.  nak ditinggalkan di rumah saudara-mara yang lain pun  dia tidak mau. Aduhhhh .... tension!!!

Bila keadaan begini berlaku, aku selalu naik angin.  Aku tidak boleh bersuara lebih-lebih, nanti dimarahi Abah.  Abah bersikap "over-protective",  dia tidak mau melakukan apa-apa  sahaja yang boleh mengecilkan hati kakaknya, hatta kalau rungutan aku benar sekalipun. Dia tidak akan menegur kerenah Kak U yang kadang-kadang menjengkilkan aku.  Mulalah aku dan Abah bermasam muka.  

Tetapi aku cepat-cepat beristifar, aku solat taubat dan bersujud memohon keampunan Allah.  Ya Allah, hapuskanlah sifat-sifat mazmumah dalam diriku.  Kurniakan aku kesabaran yang tinggi menghadapi situasi ini.  Berkati kehidupan keluarga kami dan jadikanlah kami manusia yang ikhlas dalam berbakti kepada hambaMu yang memerlukan.

Aku mohon kemaafan Abah. Tak sepatutnya aku memberi tekanan kepadanya.  Tentu Abah pun pening terpaksa membuat pilihan memenuhi tanggungjawab kepada kakak atau mengikuti kemahuan isteri. Ohhhh ... tidak, aku tak mahu menjadi penyumbang masalah Abah.

Aku muhasabah diri. Aku bayangkan kedudukan aku jadi seperti Kak U.  Tentu aku pun akan sedih mengenangkan diri yang sendirian mengharap belas dari oranglain.  Kalau dapat menumpang saudara yang perihatin seperti Abah, itu sudah dikira beruntung.  Kalau tidak ada yang mahu menghulurkan bantuan, bagaimana yer!!!  Sedih, sedih, sedih.  Kak U ... maafkan aku.

No comments: