Saturday, March 23, 2013

Kecewakah Aku???

(thanks Aizuddin.com - akak berkenan slide ni, akak copy yer)
Aku baca berkali-kali ayat di atas. Bagi lekat pada kepala aku, supaya aku tak kecewa terlampau.  Aku kena terima hakikatnya itu sajalah keputusan yang mampu dicapai oleh Puteri Bongsu.  Ketika orang lain bergembira dengan kejayaan 8A+ atau 9A+,  aku kena terima hakikat Puteri Bongsu tak mampu pergi sebaik itu.

Di mana silapnya? kenapa dia tidak berjaya macam Kak Long? ahhhh ..... no, no, no ... jangan banding-bandingkan anak-anak. Mereka individu yang unik, kata pakar motivasi. Ok, fine. Aku takkan bandingkan dia dengan sesiapa.  Dia adalah Puteri Bongsu ku, yang manja, yang sensitif orangnya.

Ok, takkan aku nak tunjukkan kecewa berpanjangan pada dia.  Nanti semangatnya kian patah. Nanti dia tertekan kerana merasa bersalah menyebabkan aku kecewa. Tak ada ibu yang suka melihat anaknya tertekan perasaan, jauh sekali melihatnya patah hati.

Adik, bangunlah adik.  Perjuangan belum berakhir.  Gagal cemerlang dalam SPM memang besar impaknya kepada masa depan, tetapi tak bermakna kita dah gagal keseluruhan hidup.  Kita cuba lagi ... masih panjang perjalanan adik.  Jom kita isi borong-borang UPU secara online, jom kita belek kolej swasta mana yang sesuai untuk adik.  Adik minat multimedia dan fotografi kan? Ok ... kita mulakan sekarang.

2 comments:

Al-Manar said...

It is good that you are able to accept the not-too-brilliant results with grace. My grandchildren did no better, whereas a few of the children from my tuition centre had straight A's and some achieved slightly less. Then I have to ask myself did my children ever get that and , for that matter, did I get straight A's myself? Despite all these we have not done badly in life.

mazjahada said...

Tkasih tuan. Memang saat sukar masa slip tu sampai ke tangan, terkejut. Tambah bila tengok ibubapa lain tersenyum girang. Tapi bila tengok airmata anak, saya berpendapat saya kena turunkan ego untuk bantu dia dalam perjalanan yang masih jauh. Insyaallah dengan bantuan Allah dan usaha kita, masa depannya akan cerah. ameen