Bangun pagi kami terus breakfast di restoran hotel tu. Tak begitu banyak pilihan. Ada nasi lemak dengan 4 jenis lauk, mee goreng, bubur nasi, pelbagai roti dan kek, buah-buahan, kuih-muih traditional dan cereals. Selepas tu kami bergegas ke Zoo Melaka. Kami melalui jalan yang agak jauh kerana Kak Long ingin menjenguk MMU Cawangan Melaka di Bukit Beruang yang menjadi tempat belajarnya selama 2.5 tahun.
Lepas breakfast, sempat lagi posing. Lanskap di Hotel Mahkota memang sangat cantik, tersusun dan terjaga rapi |
Di Zoo Melaka kami mengambil masa yang santai untuk singgah di setiap sangkar melihat haiwan, membaca penerangan ringkas setiap spesis dan bergambar. Memang penat berjalan tetapi kami bernasib baik kerana cuaca agak redup hari ni. Setelah penat berjalan, kami berhenti untuk minum dan makan mee goreng yang dijual di kafeteria. 2 pinggan dikongsi 5 orang, kiranya hanya nak melepaskan rasa teringin terhidu aroma mee ditumis. Heee ... nafsu, nafsu.
Sempat lagi nak oder mee goreng ... sementara dok usyar seladang besar kat belakang tu. Badannya yang hitam berkilat tu mengingatkan kami pada dodol ... hehehehe |
Tak payah masuk zoo tengok burung ... dah ada terpampang dekat baju tu |
Muffin coklat, pandan, vanilla ... ada ice lemon tea lagi, compliment from Holiday Inn |
Setelah puas berehat dalam bilik, kami keluar semula ke Bandar Hilir. Kali ni aku nekad untuk menaiki bot pada waktu malam pulak sebab Shakimah dan Azni bertegas mengatakan bahawa pemandangan waktu malam jauh lebih menarik. Kami menaiki bot pada pukul 8 malam. Memang menarik dengan lampu spotlight dan neon menghiasi tebing kiri dan kanan sungai. Angin pula bertiup deras memberikan rasa selesa sepanjang perjalanan. Lebih menariknya, pemandu bot kali ini sangat peramah dan memberi maklumat yang sangat informatif dengan penuh jenaka. Tidak kering gusi kami sepanjang 45 minit pelayaran menaiki bot.
Turun dari bot kami menjamu selera di salah sebuah kedai makan di Bandar Hilir sebelum berjalan memilih buahtangan seperti dodol, gula melaka, wajik sirat dan kuih bakar melaka untuk dibawa pulang ke Penang.
No comments:
Post a Comment