Dah pertengahan Syaaban. Dua minggu lagi dah nak masuk Ramadhan. Semua orang pakat jadi kalut. Terasa meriah sangat nak menyambut Ramadhan yang cara yang tersendiri.
Ada yang mengambil kesempatan memperbanyakkan ibadah puasa sunat, solat sunat dan bersedekah di bulan Rejab dan Syaaban. Banyak masjid dan surau mengadakan solat sunat Tasbih dan qiamullail. Ada yang kalut nak ganti puasa. Ada yang kalut nak menempah baju, puaslah memujuk tailor yang dah lama tutup tempahan. Ada yang kalut menghantar sample kuih ke pejabat-pejabat untuk tempahan, maklumlah sekarang masih boleh merasa sample kuih. Aku dan Spectrum Creations pulak sibuk menawarkan telekung untuk yang nak bersedekah telekung atau pakai telekung baru untuk ibadah tarawih dan solat sunat Aidilfitri.
Telekung sulam tebuk Vietnam |
Tetapi waktu ini juga aku kalut memenuhi jemputan kenduri. Setiap hujung minggu pasti jadual dipenuhi dengan menghadiri majlis kenduri kahwin. Berduyun-duyunlah bersama sahabat-handai dan saudara-mara, sekejap ke utara, sekejap ke selatan menghadiri walimatul-urus. Tak hadir berdosa pula. Memenuhi jemputan itu satu tuntutan.
Seronok berjumpa ipar, biras, sepupu, emak penakan, pak penakan ... |
Paling aku seronok menghadiri kenduri saudara-mara atau bekas teman sepejabat. Waktu inilah dapat berjumpa semula saudara atau sahabat yang telah lama terpisah. Ada yang semakin berisi tubuh badan, ada yang makin slim, ada yang yang dah penuh warna putih di rambut dan misai, ada yang dah bercucu ... ahhh, macam-macam perkembangan terkini.
Selesai kenduri, konvoi round island dan singgah makan mee udang kat Teluk Kumbar |
Seronoknya bila dah pergi tempat jauh-jauh tu, bermulalah aktiviti sambil menyelam minum air. Setelah selesai kenduri, berehat sekejap, mulalah nak cari makan petang pulak. Yang lecehnya di sebelah Pulau Pinang, petang Ahad banyak kedai atau gerai makan yang tutup. Kata Abah, "tokey dan pekerja restoran pun nak pi kenduri jugak". Hrmmm sendiri rugilah, waktu ni ramai orang jalan-jalan cari makan bersama keluarga, kedai pulak tutup.
Jemputan terakhir aku terima adalah seminggu sebelum puasa, 15 Julai 2012. Menurut ibu pengantin, hanya waktu itu sahaja dewan kosong untuk majlis kenduri. Katerer pun waktu ni dah relaks sikit, mau menerima tempahan kenduri. Tak kisahlah, janji majlis berjalan lancar. Kepada semua pengantin baru, selamat menempuh alam perkahwinan yang penuh dugaan. Kata ustaz, dugaan di bulan Ramadhan lagilah hebat!!!
No comments:
Post a Comment