Malu itu separuh dari iman. Jadi kita harus ada sifat malu. Malu kepada Allah kerana selalu melakukan kemungkaran dan ingkar perintahNya. Malu kepada Rasulullah kerana tidak menjadi umat yang mencontohi akhlaknya. Malu kepada orang sekeliling kerana bersikap menyombong diri, ego, selfish, kedekut, malas dsbnya. Pendek kata kita mesti malu apabila melakukan perkara-perkara tidak baik.
Tetapi kita jangan malu untuk melakukan kebaikan. Bulan Syaaban kian sampai ke hujungnya. Lakukan sebanyak mungkin ibadah untuk menyambut Ramadhan Al Mubarak. Sebenarnya tidak ada bulan-bulan atau hari-hari tertentu untuk kita meningkatkan beribadat, sebab kita tidak tahu bila Izrail akan menjemput kita. Tetapi kita boleh menjadikan ketibaan bulan-bulan istimewa ini sebagai pemangkin untuk kita menjadi lebih baik pada hari-hari seterusnya. Insyaallah.
Begitu juga dengan bab keduniaan. Jangan malu untuk berusaha menjadi lebih baik dalam kehidupan seharian. Jangan takut orang mengata dan mengeji, kalau kita yakin apa yang kita buat tidak melanggar hukum syarak.
Begitulah juga aku. Dalam berniaga aku tidak boleh bergantung semata-mata kepada perniagaan online. Kekadang impaknya agak perlahan. Maklumlah bukan semua orang menggunakan internet. Tak semua orang juga suka berurusan secara online. Terutama perniagaan aku Spectrum Creations yang melibatkan fabrik. Pembeli nak pegang-pegang kain tu. Kalau baju, tudung atau telekung mereka nak pakai depan cermin dulu, kalau selesa baru mereka akan beli.
Tudung bawal MOO (lembu) yang dapat sambutan hangat |
Telekung vietnam sulam benang perak sangat digemari |
Sudah lama aku bercadang hendak menjual terus kepada teman-teman di pejabat lama ku dulu. Tetapi sifat malu yang tebal menguasai aku. Pelbagai prasangka bermain di fikiran. "Malulah bekas manager sekarang dah jual kain!!!" "Duit tak cukup kut, tu yang kena jual kain!!!" Ahh, ego juga menguasai aku.
Tetapi aku terpaksa tepis semua itu. aku patut megah menjadi my own boss. Aku free nak bekerja bila aku suka. Kalau aku rajin, rezeki masuk banyak. Kalau aku malas, rezeki pun slow. So dengan Bismillah aku mulakan langkah. Hari ni aku pergi ke lokasi A untuk menjual hasil daganganku (aku pastikan aku pergi sewaktu lunch break supaya tidak mengganggu waktu kerja mereka). Alhamdulillah, tanpa disangka-sangka sambutan memang mengejutkan. Aku tak pasti mereka membeli kerana memang memerlukan tudung dan telekung sempena Ramadhan yang hampir tiba, atau kerana mereka kasihankan aku. Tak kisahlah, yang penting terima kasih kengkawan kerana menyokong aku.
Selepas ni aku akan pergi ke lokasi B dan C pulak. Harapanku agar sambutan yang serupa aku terima di pejabat-pejabat tersebut. Kalaulah aku dah mulakan langkah ini lebih awal dulu, tentu sekarang aku dah jadi orangkaya. Heheheheheh. Betullah tu, kadang-kadang malu tak bertempat menyebabkan kita rugi.
4 comments:
wah..usahawan kecil ye... semoga berjaya sokmo ye.. insyaallah =)
done follow ur blog.please follow my blog too!:)
kecik-kecik jer Hazrina ...cari duit poket sambil penuhkan masa lapang. Selain online, kami juga pergi cari customer kat office, kat surau, kat umah members. seronok dapat ramai kawan baru.
Nurul Haidah..add dah
Post a Comment