Lama sungguh aku tak menjenguk blog aku nih. Orang kata dah penuh sawang labah. Memang aku betul-betul tak sempat. Sibuk yang bukan dibuat-buat. Alhamdulillah, sepanjang Ramadhan aku sihat walaupun badan lemah sangat. Entah kenapa aku tak lalu makan. Hilang selera waktu sahur dan berbuka. Mujurnya aku mampu menunaikan ibadah tarawih sepenuhnya. Alhamdulillah. Yang bestnya baju-baju banyak pulak yang longgar semasa menyambut Aidilfitri, hehehehe. Tapi seminggu lepas raya ketat semula!!!!
Ok, aku ringkaskan aktiviti seminggu sebelum dan selepas raya macam kat bawah ni.
12 Ogos - kami mengadakan majlis khatam tadarus di masjid. Alhamdulillah, seramai 15 orang muslimah dapat menyelesaikan tadarus tahun ni. Tahun lepas 12 orang jer.
14 Ogos - bersama Abah buat projek memasang langsir, buang sawang di syiling, cuci kipas angin, ubah sikit-sikit kedudukan perabot, janji berbeza sikit pemandangan dalam rumah.
15 Ogos - hari pertama Kaklong bekerja di Audit firm. Waduh, lagi 5 hari nak raya, dah kena report duty. Kuranglah seorang pembantu aku di rumah, yang selama ni rajin tolong sidai kain, lipat kain dan goreng-menggoreng di dapur.
16 Ogos - hari ni goreng kacang tanah, lepas tu blend dan simpan untuk buat kuah kacang. Siang bawang, halia, lengkuas, cili kering dan simpan untuk digunakan hari sabtu nanti.
17 Ogos - aku dan Abah ke pasar beli ayam, daging, santan, daun palas, sayur, mee, kueteow dll. Balik dari market terus terduduk membersihkan ayam. Petangnya aku cuba buat ketupat. Ini percubaan pertama buat sendiri-sendiri tau!! Alamak, ketupat tu rasanya sedap berlemak, tapi keras. Kenapa yerk?? Kena tanya semula pada sifu apa yang tak kena. Kerana letih sangat, hari ni minta anak-anak cari juadah pasar Ramadhan aje. Malam ni malam terakhir ibadah tarawih. Subhanallah. Ya Allah, semoga aku diberi peluang untuk menunaikan lagi ibadah ini di tahun yang akan datang, ameen.
18 Ogos - alhamdulillah. Semua anak ada di rumah. Boleh buat kerahan tenaga. Ada yang kena gosok baju, ada yang kena potong daging buat rendang, ada yang kena cuci bilik air dan macam-macam kerja lagi. Mujur tak ada yang mogok dan tarik muka. Hari ni aku masak rendang daging, kuah kacang, rebus nasi himpit segera, buat gulai tulang dan ayam masak merah.
Kelabu ... kelabu, tema tahun ini |
Perhimpunan tahunan di rumah Pak Din (bapa saudara Abah yang paling tua ) |
19 Ogos - solat sunat Aidilfitri. Entah kenapa airmata berjurai-jurai semasa solat. Sayu hati memikirkan kiranya ini Ramadhan terakhir untuk aku ... Ya Allah, Engkau kurniakan aku nikmat keindahan Ramadhan ini di tahun yang akan datang. Aku akan merindui nikmat ini. Selepas solat, kami menikmati nasi beriani dengan gulai tulang dan ayam masak merah sebelum bergambar. Selepas zohor kami menziarahi pusara Arwah ibu dan bapa mertuaku sebelum menziarahi pula rumah ibu dan bapa saudara Abah (hanya tinggal 3 beradik yang masih hidup).
20 Ogos - bertolak ke rumah Emak di Perak sebelum bertolak pula ke Kuala Lumpur selepas solat Asar. Hujan lebat sepanjang jalan tapi mujurnya jalan ke arah Kuala Lumpur jumlah kereta tidak begitu banyak. Bermalam di rumah adik ku Nita di Selayang.
Semoga jodoh berkekalan hingga ke akhir hayat. Ameen |
21 Ogos - berkonvoi ke Kajang untuk majlis akad nikah anak saudaraku Along. Alhamdulillah dengan sekali akad, Along sah menjadi suami kepada Nadira. Lepas tu check-in di homestay Presint 9 Putrajaya. Malamnya jalan-jalan keliling Putrajaya melihat keindahan malam sambil cari makan. Seronoknya Putrajaya kami yang punya, semua penghuni balik kampung kut? Nak makan kat mana, semua kedai makan masih tutup. At last pekena mee mamak di kedai nasi kandar mamak ler.
Ronda-ronda Putrajaya |
22 Ogos - breakfast makan roti canai, kedai mamak aje yang buka hari ni. Lepas tu ronda-ronda lagi kat Putrajaya. Tapi anak-anak dara ni mengada-ngada sikit. Tak mau lama-lama, cuaca panas, takut mekap cair. Grrrr!!! Lepas solat, pukul 2 petang barulah kami check-out (dengan izin tuanpunya homestay lah). Cadang nak pergi rumah adik ku Mimi di Shah Alam, malangnya dia dah pergi beraya di rumah ipar-duainya pula. Terus cari kedai makan. Ohhh no!!! Mamak again?? Tak ada pilihan, makan ajerlah. Selepas tu terus shoot balik ke Penang. Alhamdulillah, walaupun kereta banyak tapi perjalanan lancar. Cuma hujan sepanjang jalan menyebabkan kenderaan tak boleh nak speed takut jalan licin. Tiba di Penang pukul 8 malam. Malam ni tak mau dah makanan mamak. So telefon Domino pizza aje.
23 dan 24 Ogos - menerima kunjungan adik-beradik yang datang beraya ke rumah.
25 Ogos - awal pagi dah masuk dapur dengan anak-anak. Masak lontong dan mee kari. Tengahari ada kenduri kahwin anak kawan Abah. Pukul 2 kawan-kawan Kakngah dan Puteri Bongsu datang berkunjung ke rumah. Hrmm nampaknya mee kari yang laku, lontong boleh simpan untuk sarapan pagi esuk.
26 Ogos - berhari-raya di rumah saudara-mara di Gurun dan Sungai Petani.
27 Ogos - kembali kepada rutin asal. Anak-anak mula belajar seperti biasa. Kaklong pula mula bekerja semula. Tinggallah hanya aku dan Abah di rumah.
No comments:
Post a Comment