Sebagaimana tahun-tahun sebelum ini, acara berbuka puasa bersama-sama memang menjadi agenda penting keluarga Abah.
Pada malam 24 Ramadhan kami berkumpul lagi. Seperti biasa di rumah abang sulung Abah, Encik Abdul Ghani atau sinonim dengan panggilan Pak Tua. Kami cuba mengumpul seramai yang mungkin kecuali anak buah yang berada jauh di perantauan.
Apabila dah berkumpul, suasana jadi riuh rendah. Semua nak buka cerita, semua nak menyampuk. Suasa di dalam dan di luar rumah penuh dengan hilai ketawa. Kaum ibu masing-masing menunjuk bakat dengan juadah buatan sendiri dan juadah dari pasar Ramadhan... hehehhehhe. Yang pasti semua senang hati dapat menyumbang.
Dengan bacaan doa Cikgu Danial kami mejamu selera mensyukuri rezeki yang Allah kurniakan. Nikmat makan berjemaah begini memang tiada tandingannya. Tentu roh arwah ibu-bapa Abah bahagia melihat ikatan ukhuwah yang erat kalangan anak cucu mereka.
Dalam keriangan itu rasa sayu dalam hati memikir dan mengharap bahwa ikatan silaturahim yang indah ini akan dipanjangkan oleh anak-anak dan cucu-cucu kami kelak .... ameen.
Hidangan berbuka - macam-macam ada |
Mulakan dengan bismillah, akhiri dengan alhamdulillah ... nikmati rezeki Allah |
Sesi membalut ketupat pulak |
Sambung makan kuih dengan kopi kampung pulak |
Adam ... cucu yang jadi tumpuan |
No comments:
Post a Comment