8 - 9 Ogos 2013
Aidil Fitri ini disambut 2 hari di Pulau Pinang. Kami sekeluarga menziarah keluarga Abah di Jelutong dan Sungai Ara serta menerima pula kunjungan tetamu yang terdiri dari ipar-duai, sepupu dan teman pejabat bersama keluarga masing-masing. Memang seronok bertemu sesekali begitu. Banyak cerita nak dikongsi, banyak pula makanan nak disuap. Mujurnya sepanjang 2 hari tersebut trafik di Pulau Pinang agak terkawal, jambatan pun tak jammed. Agaknya ramai perantau balik ke kampung masing-masing.
 |
Tema tahun ini - warna keemasan. Diharap tahun-tahun yang mendatang
hidup kita semua dilimpahi dengan rahmat Allah |
 |
Berkunjung ke rumah satu-satunya bapa saudara Abah yang masih hidup -
Tok Din. Ini merupakan agenda wajib setiap tahun kami membawa
anak-anak melawat saudara tua yang dikasihi dan dihormati |
 |
Puteri Bongsu sibuk menyediakan minuman untuk tetamu |
 |
Kunjungan sepupu dari Melaka yang kembali berhariraya ke Pulau Pinang |
 |
Kunjungan teman sepejabat |
 |
Kunjungan pak penakan sulong dari Sungai Petani |
No comments:
Post a Comment