Pagi-pagi lagi dah mai semangat. Bangun terus masuk dapur. Capai kuali, capai pisau, capai senduk .... siap mee goreng mamak dengan kopi O. Anak-anak ku sayang, mai kita makan sama-sama. Kak Ngah dengan Puteri Bongsu apa lagi, tersengih-sengih merapat ke meja macam tuan puteri, bangun aje dari tidor, semua dah ready!!!
Pukul 11 masuk dapur semula. Kali ni dua-dua anak dara tu turun menyinsing lengan. Depa pun bersemangat juga. Ada yang menyincang, ada yang memotong, ada yang menumis, ada yang menumbuk .... tumbuk dalam lesung ler. Tadaaaa .... siap nasi daging (tapi aku gantikan dengan ayam), kari telur dengan kentang, air asam untuk makan dengan ayam rebus dan acar timun. Kak Ngah terlebih rajin masak puding milo lagi.
Semua dah siap tapi pakat-pakat tak mau makan lagi, tunggu bagi lengkap. Kak long nak tiba sekejap lagi. Boleh makan sama-sama. Tentu meriah sambil makan sambil dengar cerita Kak Long yang mulut becuk tu. Macam biasa Abah jadi pembaca doa.
Hati ibu mana yang tak berbunga-bunga bahagia apabila semua anak manja ada di depan mata. Kali terakhir berkumpul begini masa Aidil Fitri bulan Ogos yang lalu. Hari ni semua akan berkumpul semula ... tapi tak lama mana pun. Hari rabu depan, mereka akan pulang ke tempat masing-masing semula. Akan sunyi sepi lah kembali teratak kasih ni. Jadi sementara semua ada di rumah, enjoy betul-betul. Curahkan kemesraan, limpahkan kemanjaan.
No comments:
Post a Comment