Hujung minggu yang baru berlalu memang memenatkan. Letih badan, kering kocek. hehehehe .... bukan senang nak meninggalkan rumah hampir seminggu. Terutama sekali Abah, cukup bimbang nak meninggalkan ikan dalam kolam dan pokok-pokok kesayangannya.
27 September 2013
Perjalanan bermula pukul 9 pagi. Sepanjang jalan sungguh selesa, maklumlah kereta tak banyak. Cuma semasa berada di sekitar Perak, hujan turun sepanjang highway, sesekali lebat dan sesekali pula renyai-renyai. Cuaca yang redup menyebabkan perjalanan terasa nyaman.
Kami cuma singgah di RnR Tapah untuk menghirup minuman panas dan kuih-muih. Nak makan tengahari, masih terasa awal. Kak Ngah memandu dengan penuh berhemah sekali, sentiasa di bawah 110 km/jam. Haaa .... mata Abah asyik memantau speedometer. Ada 2 saman belum dibayar Kak Ngah oii!!!
Tepat jam 2 petang kami tiba ke homestay yang terletak di Taman Samudera Batu Caves. Seramai 21 orang adik-beradik dari Penang dan Kedah melepak-lepak di sini sebelum menghadiri kenduri keesukan hari. Meriah. Rumah 3 tingkat ini mempunyai 5 bilik yang luas dan 2 ruang rehat yang luas. Setiap ruang dibekalkan dengan tilam dan bantal tambahan. Kiranya amat selesa untuk 30-40 tetamu bermalam.
Cuma yang teruknya bilik air cuma 3 buah. Salah satu bilik air ni tandasnya rosak dan tidak boleh digunakan. Semasa kami masuk rumah ini tidak dicuci. Jenuh Pakcik Mat Nazari selaku tuanrumah rombongan bertengkar dengan pemilik homestay. Selepas 2 jam barulah 2 pekerja datang mencuci lantai, mencuci bilik air dan memasang sarung bantal dan tilam. Hrmm ... nak berbisnes tapi tak mau beri perkhidmatan terbaik!! Lagi satu yang amat menyulitkan ialah tempat meletak kereta. Bayangkan di mana 6 buah kereta hendak dipark kerana porchnya kecil sangat. Terpaksalah kami mengambil risiko park di tempat lapang yang agak jauh dari homestay tersebut.
28 September 2013
Kami check-out dari homestay pukul 12 menuju ke Mess Pegawai Bukit Aman. Walimatulurus di pihak lelaki diadakan di sini memandangkan bapa Zodi bertugas sebagai seorang pegawai di Bukit Aman. Majlis berjalan agak meriah dengan majlis persandingan, sesi memotong kek, sesi memberi gula-gula kepada kanak-kanak dan sesi bergambar berama-ramai.
Selesai majlis, rombongan kami berpecah membawa haluan masing-masing. Ada yang bermalam di Kuala Lumpur, ada yang berangkat ke Melaka dan ada yang balik ke utara.
Aku dan keluarga (Abah, Kak Long dan Kak Ngah ... Puteri Bongsu tak dapat bersama kerana tidak boleh ponteng kuliah) bertolak ke USJ Sentral untuk bermalam di Hotel Smile. Hotel bajet yang baru dibuka bulan Jun ini menawarkan harga yang amat berpatutan iaitu RM149 untuk bilik family 4 orang. Memandangkan hotel masih baru, memang tak geli menginap di hotel bajet ni sebab tilamnya masih keras, tuala masih puteh dan lantai pun sangat bersih .... hehehhehehe.
Selepas maghrib kami bertemu Mak Yong dan keluarga di kedai tomyam Jasmine Restoran di Bukit Jelutong. Angah Firdaus bermurah hati belanja kami makan malam dengan siakap 3 rasa, sotong celup tepung, tomyam campur, kerabu mempelam, kailan ikan masin, daging goreng kicap dan telur dadar.
29 September 2013
Pagi ni kami breakfast di restoran Nasi Kandar Padang Kota yang terletak di hadapan Mydin USJ Sentral. Sedap juga makan roti canai banjir dengan teh tarik kurang manis. Rasanya sama macam masakan mamak Penang juga.
Setelah itu kami menuju ke pejabat Hanan Cotton yang terletak di Putra Height. Aku dan Kak Ngah akan menghadiri sesi taklimat perniagaan kain cotton yang diedarkan oleh Syarikat Hanan. Maklumlah dah hampir setahun berniaga, masih tak pandai-pandai lagi, jadi kenalah menuntut ilmu. Seramai hampir 30 rakan niaga Hanan hadir dalam sesi ini. Rasanya akulah yang paling senior ... huhuhu. Sementara menunggu sesi tamat pada jam 1 tengah hari, Abah dan Kak Long pergi ke Presint 2, Putrajaya untuk meninjau karnival usahawan desa. Macam-macam ada!!!
Setelah sesi taklimat tamat, kami kembali ke hotel untuk membersihkan diri dan solat sebelum meneruskan perjalanan ke Jasin, Melaka. Kami singgah di RnR Seremban untuk makan tengah hari. Orang begitu ramai, nak duduk pun takder tempat kosong. Makanan pun kurang menarik ... adehhh cerewet ler pulak.
Di Jasin kami menziarahi keluarga Mak Mah (sepupu Abah) yang ditimpa kemalangan pada pertengahan bulan Ogos yang lalu. Kesian melihatkan mereka yang masih belum pulih sepenuhnya. Semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini.
Kami seterusnya bersiar-siar di Bandar Melaka yang kelihatan sungguh meriah pada waktu malam dengan banyaknya beca yang memasang lampu berwarna-warni. Seterusnya kami bergerak kembali ke Kuala Lumpur untuk menghantar Kak Long ke rumah sewanya. Esuk Kak Long kena masuk kerja. Dalam kereta dah start monday blues nya!!!.
30 September 2013
Kami check-out dari hotel pukul 12 tengah hari dan terus bergerak ke utara. Sepanjang perjalanan aku tertidur. Kak Ngah yang memandu kereta asyik berbual dengan Abah. Sedar-sedar dah sampai ke RTC Gopeng. Inilah tempat kegemaran kami. Tandasnya yang banyak dan bersih. Surau yang luas dan selesa. Tempat makan pun luas dengan pilihan makanan yang "not bad".
Setelah puas beristirehat di sini, kami pun menuju ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk menziarahi Aiman (anak kepada Mak Mah). Semua anggota keluarga yang cedera telah kembali ke Melaka kecuali Aiman yang kecederaannya sangat serius. Alhamdulillah keadaannya semakin pulih. Kini dia telah mula mampu bernafas sendiri. Bapanya Pakcik Zul terpaksa berkorban cuti separuh gaji menemani anaknya di hospital ini. Kami mendoakan semoga Aiman segera sembuh seperti sediakala dan Pakcik Zul pula diberikan keteguhan fizikal dan mental setelah lebih sebulan berumahtangga di hospital ini.
Kami kemudian pergi bertemu Puteri Bongsu di asrama yang terletak di Rapat Setia. Alahai, demam dan mendapat ketumbit ler pulak anak manja ni. Terus kami ke farmasi membelikan ubat-ubatan yang sesuai. Memandangkan hari hampir malam, kami segera bergerak ke kampung Tanjung Belanja untuk bermalam di rumah Opah. Bye bye adik ... I luv u !!!
2 Oktober 2013
Setelah berada 2 malam di kampung, kami meminta diri dari Opah untuk berangkat pulang ke Pulau Pinang. Walaupun ini dah rutin, setiap bulan bertemu dan berpisah dengan Opah, tetapi aku masih seperti itu. Amat sayu dan pilu bila berpisah. Tak sanggup rasanya memandang kesedihan dalam mata Opah. "Emak, Ja doakan kesejahteraan untuk Emak. Ja mengharapkan keredhoaan Emak. Ja takut berpisah dengan Emak. Ja ......" macam-macam doa ku, yang tak termampu aku luahkan dengan kata-kata.
Kami singgah di Taiping untuk menzirahi Pakcik Amiruddin (sepupu Abah) yang ditimpa strok. Keadaannya semakin pulih. Percakapan telah lebih teratut. Cuma kaki dan tangan sebelah kiri masih kaku dan memerlukan bantuan isterinya.
Setelah 1 jam di sana, kami meneruskan perjalanan ke destinasi terakhir kami kembara panjang ini .. RUMAHKU SYURGAKU.

No comments:
Post a Comment