Monday, May 23, 2016

Cerita April

Aduhh ...sepanjang April baru2 ni macam2 peristiwa berlaku. Tapi entah kemalasan tahap apa yang melanda, langsung tak jenguk blog ni.  

Ni kuatkan semangat tulis juga. Kalau tak tulis sah2 nanti Kak Ngah merajuk. Sebab April tu majlis special untuk dia ... Kak Ngah bertunang!!!

Sebenarnya Kak Ngah sudah berkawan dengan Syafiq hampir 7 tahun bermula dari zaman mereka belajar peringkat diploma lagi.  Kak Ngah tak pernah menyembunyikan kisah hubungannya.  Sekejap panas, sekejap sejuk, sekejap menggelegak.  Aduhhh ... mama ni la yang dok tolong nasihat supaya dia kurangkan sifat baran dan sensitif tu jika mahukan hubungan mereka berkekalan.

Alhamdulillah setelah 7 tahun, mereka tetap setia dan akhirnya yakin untuk membawa hubungan tersebut ke jinjang perkahwinan.  Aku antara nak marah dengan gembira, bercampuraduk.  Gembira sebab anak gadisku akan berumahtangga. Marah sebab dia buka mulut untuk berkahwin hanya 3 minggu sebelum majlis perkahwinan Kak Long tempoh hari. Kalau cepat sedikit diberitahu, mungkin kami boleh langsungkan serentak perkahwinan 2 pasang mempelai. Jimat masa, tenaga dan duit.

Tapi Kak Ngah punya alasan tersendiri.  Dia mahukan hari pertunangan, pernikahan dan perkahwinan tu untuk dia sorang. Jadi tumpuan hanya untuk dia sorang. Barulah dapat aura raja sehari. Hrmmmm ... aura lah sangat!!! Apa pun demi kebahgiaan, ikutkan sajalah permintaan dia.

Majlis merisik berjalan pada penghujung bulan Februari dan majlis pertunangan pula pada 16 April 2016. Kami adakan di rumah kedua kami di Sungai Petani kerana rumah tersebut serta lamannya lebih luas dan selesa untuk mengadakan majlis. Rumah pun kosong tak banyak perabut.  Majlis dimulakan pada jam 10 pagi dengan tahlil dan bacaan doa ringkas sebelum majlis pertunangan berlangsung pada jam 12 tengah hari.

peace no war ... jangan gaduh2 masa bertunang

Kek pertunangan .. nama depa hampir sama,
semoga serasi hingga ke akhir hayat. Aamiin

Aduhhh mulanya besan bagitau tetamunya hanya 25 orang ... tuptup muncul dekat 50 orang. Cepat2 aku telefon katerer minta tambahan makanan untuk 30 orang. Mujur dia boleh sediakan. Fuhhh tentu malu sangat kalau tetamu datang tapi  tak dapat makan.

Memandangkan ahli keluarga Syafiq ni keturunan mami Penang maka istiadatnya berlangsung pun ikut adat mereka. Setelah selesai menyarung cincin pertunangan, semua kaum ibu bergilir2 menyuap gula ke mulut Kak Ngah. Jenuh la manis melecaih hihihihi nasib la Kak Ngah oiii.

Opah menyuapkan gula

Bersama besan

Mama doakan Kak Ngah dan Syafiq terus menjaga ikatan pertunangan ini dengan baik dan bersedia untuk diijabkabulkan pada bulan Disember nanti. InsyaAllah.

No comments: