Kami dah merancang beberapa kali untuk pertemuan ini, tapi gagal. Tak semua dapat bagi komitmen. Ada anak ambil periksa, ada suami sakit, ada kenduri keluarga ... macam2lah. Begitu payahnya nak berkumpul ramai2 macam ni.
Akhirnya hari ni, niat kami dimakbulkan Allah. Pada mulanya 13 orang mengesahkan kehadiran, tapi di saat2 akhir hanya 10 aje yang hadir. Alhamdulillah. Tak apalah, mungkin belum jodoh kami nak bertemu muka.
Pertemuan ini diatur untuk menghimpunkan kami pelajar2 perempuan Sekolah Kebangsaan Tanjong Blanja sessi 1969-1974. Sebenarnya kami ada 20 pelajar perempuan, tetapi 4 tidak dapat dikesan, manakala 3 pula telah meninggal dunia (Al Fatihah buat Allahyarhamah Saadiah, Maimunah dan Rohani Sain).
Pelbagai dugaan nak menghimpunkan 13 orang ni. Mulanya kami bercadang nak mengadakannya di Restoran Sal kepunyaan sahabat kami Sal@Salasiah. Waktu tu kami dah bayangkan betapa selesanya kami berhimpun di restoran baru dengan menu2 sedap hasil air-tangan Sal. Sehinggalah seminggu sebelum majlis, kerja ubahsuai restoran tersebut masih belum siap. Malah banyak lagi yang tak selesai. Kesiannya Sal kecewa sungguh dia, hajatnya tak tercapai.
Kemudian lokasi ditukar ke rumah Imah@Sharimah di Pengkalan Lahat. Semua makanan dan kelengkapan makan akan disediakan oleh Sal. Malangya dua hari sebelum majlis Imah pulak sakit teruk dan berulang-alik ke klinik. Tidak mau menyusahkan tuanrumah, kami terpaksa mecari lokasi baru. Akhirnya, kami memilih Restoran Sabar Menanti di Ipoh. Makanan kami kater terus dari pihak restoran. Kempunan kami nak makan hasil air-tangan Sal. Lebih menyedihkan Imah menarik diri dari menyertai kami kerana keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.
Eichah@Rabaeishah juga terpaksa menarik dirinya kerana bapaknya Pak Bako terjatuh bilik air dan kini koma di hospital. Didoakan semoga Pak Bako kembali sembuh seperti sediakala. Aamiin. Akhir sekali sahabat kami Raudhah menarik diri kerana tidak berani nak meninggalka majlis kenduri jiran sebelah rumahnya ... Hihihih
Sebahagian kawan2 ini pernah aku temui beberapa kali semasa solat hari raya di masjid kampug kami, atau semasa menghadiri majlis kenduri kahwin saudaramara di kampung. Tetapi ramai juga yag tidak pernah aku temui semenjak tahun 1974 seperti Dillah@Nor Asiah, Yati@Norhayati, Bedah@Zubaidah, Raudhah, Leha@Zaleha, Saba@Sabariah, Shamsiah, Zamruddah, Fatimah da Fauziah. 42 tahun tak pernah berjumpa!!!!
Majlis berlangsung dengan suasana santai selama hampir 3 jam. Syukur Abah dan anak2 serta ahli keluarga Bedah, Lida@Norlida dan Nor@Norazimah sangat sporting. 3 jam mereka lepak bersama kami sambil menikmati makan tengah hari serta kuihmuih yang disediakan.
Abah yag sporting. Tq darling |
sembang makan minum ... air berjug2, sekejap oren, sekejap air kelapa, sekejap tembikai, sekejap sirap hihihi ... lepas ni pakat check bacaan gula masing2. Cuaca panas bebb |
42 tahun tak jumpa Bedah. Dah bercucu pun makcik manis ni |
Pertukaran hadiah. Ni hadiah paling besar dari Nor kepada Bedah |
Pelbagai topik disembangkan, semua orang nak bersembang serentak...hahahah, havoc hingga tak sedar 3 jam berlalu begitu cepatnya. Agaknya pelanggan lain di restoran pun meluat tengok gelagat kami. Hrmmm nasiblah labu!!!
Kami mengharapkan ini bukan perhimpunan pertama dan terakhir buat kami semua yang menggelarkan kumpulan ini Jelitawan SKTB 1969-1974. Memang jelita pun you. semua masih steady dan rancak bertenaga walau umur dah lebih setengah abad. Semoga Allah berikan kami semua kesihatan yang baik dan berkesempatan utuk bertemu lagi di lain waktu. Aamiin
No comments:
Post a Comment