Haaa puas hati hari ni asyik mengadap laptop ni je. Aku dah janji pada diri sendiri, semua kisah kenduri Kak Long ni kena habis dalam bulan Februari juga. Hari ni le last bulan Februari. Semoga nanti Kak Long boleh baca balik kisah2 kenduri Kak Long ni bila Mama dah tak dak di dunia. Inilah kenangan yang mungkin Mama tak sempat ceritakan pada cucu2 Mama nanti. Dah dah jangan sedih!!!
Cuma satu pesan Mama, jangan lupa pada semua orang yang berbudi dan berbakti untuk menjayakan majlis kita macam Abah, Kak Ngah, Puteri Bongsu, Opah, Makyong, Makyang, Pak Tua, Pak Teh dll. Tiba masanya kelak, balas semula semua kebaikan mereka itu. Semoga Allah menurunkan rahmatNya buat kita semua kerana saling menjaga silaturohim. Aamiin.
Majlis menyambut menantu diadakan di rumah keluarga Hafiz di Kulim pada keesukan harinya. Kami tiba di rumah pengantin lelaki tepat pukul 1 tengah hari. Aduhhh memang lapar gila. Ada rasa nak marah pulak pada grup bikers yang mengiringi mempelai. Sesi bergambar di tepi stesen Petronas aje ambil masa hampir setengah jam. Kita ni sudah panas, lapar dan dahaga. sabar je la.
Duduk meja utama, dapat makanan special, layanan pun special hihihi |
Amboi posing mesti ada PEACE |
Menantu ku ahli kelab Bilers. Jangan merempit nak!!! |
No comments:
Post a Comment