Monday, February 29, 2016

Semoga Berbahagia Hingga Ke Jannah

Cerita ni patut dah tulis awal dah. Tapi faham2 le kan, nak kendali walimatul urus ni bukanlah kerja mudah. Dari sebelum majlis bermula, sehinggalah  selepas selesai majlis, banyak masa, tenaga, wang dan bantuan oranglain diperlukan.

Abah sampai demam 4 hari selepas majlis selesai. Pengantin baru, Kak Long pulak demam selsema sekembalinya dari honeymoon.  Aku pulak badan jadi letih, lemau.  Rasa nak minum 100Plus jer.

Nak cerita panjang pun payah, kita tulis berdasarkan gambar2 lah yer.



Ini kad jemputan perkahwinanan Kak Long.  Aku minta dia buat kad yang simple. Tulisan mudah dibaca, tak mau fancy guna font pelik2. Background kena plain dan cerah, tak sakit mata orang nak baca. Warna tak mau serabut dan terlampau banyak. Serba sedikit ilmu menyediakan Annual Report dan Port Bulletin semasa bekerja dulu aku gunapakai balik.  Terimakasih ex-boss Miss Jenny Khoo yang tak lokek berkongsi ilmu.

Menjemput bukanlah kerja yang mudah. Aku terpaksa pergi ke Kedah, Perak dan Pulau Pinang untuk menyampaikan sendiri kad2 kepada keluarga terdekat, terutama warga2 emas.  Berhari2 lah aku dan Abah ke timur dan barat, selatan dan utara bertemu mereka. Selain menjemput, inilah peluang menziarahi mereka sambil bertanya khabar berita.

Mana yang jauh2 seperti di Perlis, Kelantan, Melaka, Selangor, Kuala Lumpur dan Perak,  aku hantar dengan pos sahaja. Sahabat group wassap aku pulak, aku poskan jemputan tu dalam grup sahaja (sebenarnya sahabat Fighters, Asputra, IJuzuk1Minggu, 1Week1Juzuk, SuraHujung Ladies berada di seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak).  Walau apapun cara jemputannya, yang penting nawaitu kita jelas. menjemput dengan seikhlas hati. Insya Allah.

Seminggu sebelum majlis kenduri, kami mengadakan majlis pernikahan. Kali pertama menikahkan anak perempuan, kami banyak bertanya pengalaman sahabat handai perkara2 yang perlu dilakukan, supaya majlis berjalan lancar.  Kak Long dan Hafiz menguruskan sendiri urusan menyediakan Sijil Kursus Kahwin., menjalani ujian HIV, mendapatkan pengesahan Pejabat Agama Kulim, Kedah (Hafiz menantu ku orang Kulim, Kedah), Kak Long menyerahkan semua dokumen dan menjalani sesi temubual di Pejabat Agama Seberang Perai dan menunggu 2 minggu sebelum mendapatkan Surat Kebenaran Bernikah. Aku dan Abah pula berurusan dengan kadhi mengenai tarikh, masa dan lokasi pernikahan, menghubungi Imam dan kakitangan Masjid Jamek Perai untuk melangsungkan majlis, mengaturkan urusan jamuan dengan katerer serta menjemput saudara mara terdekat sahaja untuk majlis ini.

Dengan sekali lafaz sahaja, Kak Long sah menjadi isteri Hafiz.
Semoga berbahagia hingga ke jannah. Aamiin

Selesai majlis pernikahan, kami fokus pula dengan majlis kenduri.  Sehari sebelum majlis adalah hari yang paling havoc.  Dari pagi aku merebus 120 biji telor untuk digunakan pada 100 batang bunga pahar. Saja aku rebus lebih, bimbang ada telor2 yang retak. Lebihan boleh makan dengan bihun, atau masak sambal telor untuk breakfast. Kemudian aku memasak makanan tengah hari  pulak untuk tetamu yang akan datang. Kak Ngah dan Kak Long bergegas ke kedai kereta sewa untuk mengambil kereta yang disewa oleh adik2 ku, kemudian menjemput mereka di stesen keretapi, bawa pula ke rumah ku untiuk makan tengah hari. Petangnya kami bergotong-royong mengisi telor untuk bunga pahar dan barangan goodies. Mujur  jiran2 juga datang membantu.  Untuk makan petang, aku menempah bihun dan menggoreng karipap segera jer untuk tetamu.

Malamnya kami menghantar adik2 ku ke homestay yang telah ditempah sebelum ke dewan untuk melihat persiapan dewan.  Waktu ni aku dah kehilangan selera hendak makan apa pun. Yang aku mahu cuma minum, minum dan minum serba-serbi yang berais saja. Tapi yang hairannya badan tak letih langsung.  Hihihihi semangat!!!

Pintu masuk ke dewan
Semua sudah siap sedia untuk terima tetamu
Tempat parking yang luas .. Alhamdulillah

Seawal 6 pagi kami sudah bersiap2, sarapan pun simple jer. Abang dan kakak ipar, adik2 ku datang membantu membawa barang2 hantaran, goodies bags ke Dewan Besar Sungai Dua. Di dewan check meja tetamu .. ok, tempat hidangan makanan .. ok, meja pengantin dan meja tetamu pihak lelaki .. ok, pelamin .. ok, sound system .. ok, bilik VIP/surau .. ok, bilik air .. ok, goodies dah disusun depan pintu masuk .. ok, hantaran dah disusun atas pelamin .. ok. Alhamdulillah. Majlis kami dimulakan pukul 10.30 pagi dengan tahalil ringkas dan marhaban yang diketuai oleh birasku, Tuan Haji Mohamed.

Kumpulan Marhaban dari Kampong Pertama

Tepat jam 11 pagi tetamu mula datang memenuhi dewan.  Terharu sungguh aku melihat mereka datang dari jauh dan dekat meraikan majlis kami. Ada yang dah berpuluh tahun tak jumpa .. Subhanallah. Semoga Allah memberikan keberkatan majlis buat kami serta tetamuku semua. Aamiin. Ada masanya aku gagal mengawal airmata sebab terlampau terharu.

Ini sebahagian rakan-rakan sekolah ku dari tahun 1975-1979, ukhuwah yang masih kukuh sehingga kini.  Alhamdulillah.  Ada beberapa orang lagi tidak sempat bergambar dengan kami saperti Suraini dengan Haji Hashim.  Hangpa hilang ke mana?? Tak sempat juga bergambar dengan Mozlina dan Arina. Mai jauh2 dari Kangar dan Jitra.

Depan kiri - Hasnan dan isteri dari Manjong, Baharuddin dan isteri dari Balik Pulau.
Belakang kiri - Manaf dan Hadi dari Taiping, Bidin dan isteri dari Perlis
Terimakasih Yati datang dari Shah Alam
Dari kiri - isteri Bai, Wan Fadzini dari Perlis, suami Wan (terlindung di belakang)
Manaf dari Taiping, Hasnan dari Manjong,  Hadi dari Taiping, Bidin dari Perlis,
Bai dari Balik Pulau,  suami Salmah, Salmah dari Cheruk Tokkun, isteri Bidin hujung sekali
Dari kiri  - Zulkipli dari Balik Pulau dengan Hishamudin dari Perlis

Ini pula sebahagian dari saudara mara jauh dan dekat yang sudi hadir di majlis kami. Banyak gambar2 yang tak ada dalam simpanan kami.

Ipar duaiku dan anak2 saudara yang datang dari Aloq Setaq, Sungai Petani,
Butterworth dan Rawang

Sepupu2 ku dan anak2 dari Ipoh dan Kelang
Abang dan kakak ipar serta anak2 saudara dari Butterworth dan Kuala Lumpur
Tetamu istimewaku - Faiz Badaruddin
Adik iparku Yusri selaku promoter barang2 yang dijahit oleh Faiz - paling laris patung tu la.
 Hasil jualan untuk rumah anak2 istimewa di Ipoh. Terima kasih buat yang memberi sokongan
Biras dan anak2 saudara dari Aloq Setaq dan Sungai Petani
Birasku Abang Badri bersama emak dan keluarganya dari Aloq Setaq dan Kulim

Ini pula gambar2 rakan sepejabat ku dulu.  Kalau ikutkan hati aku nak jemput semua yang aku kenal. apakan daya kekangan bajet, bimbang layanan tak sempurna, kemampuan tenaga dan sebagainya perlu diambil kira. Jadi jemputan ku adalah terhad kepada rakan2 yang senior yang masuk kerja bersama aku atau Abah, atau yang pernah bekerja sepejabat denganku sahaja.

Kawan2 ku yg masih cun dari kiri - Fauziah, Hasmah, Ruslizan, Murjiana,
 Fatilah dan Siti Khadijah. Terimakasih Hasmah, sudi mai dari Perlis nu
Lama tak bertemu wajah dari kiri - Jamnah, Rogayah, Rahmah, Fauziah, kak Latifah, Fatilah
Kawan baik Abah, Ahmad Yob sudi datang walaupun dalam keadaan uzur. Terima kasih
Dari kiri - Paridah, Ruslizan, kak Latifah, kak Zahari, Tajuddin, abang Yusuf dan Ramesh.
 Terimakasih semua terutama kak Ari, abang Usop dan anak mereka Ramesh yang datang dari Perlis

Juga mereka yang istimewa sudi hadir termasuk Ustazah Azizah dan suami, ex-bosses Dato' Niana dan isteri, Tuan Haji Rahim, Tuan Haji Ghazali, Tuan Haji Ramli, Tuan Haji Kadrisman, rakan haji tahun 2003, jiran2, jemaah masjid, dan semua tetamu yang hadir. Semua mereka istimewa bagi kami.

Kawan Abah masa sekolah menengah
Zura rakan dari grup Fighters
Siti Zauyah dan Suguna dari Peers Group Hospital Seberang Jaya
 Jiran kami dari Bandar Puterijaya SungPetani
Raja Fuad, rakan sekampong Tanjong Belanja, tapi sekarang dia pun
 dok Penang jugak. Hihihi

Berikut ialah wajah2 insan istimewa yang banyak menyumbang tenaga, masa dan kewangan untuk menjayakan majlis ini.  Semoga Allah memberikan kebaikan dunia akhirat buat kalian. Aamiin

Kak Ngah yang bertungkuslumus beberapa bulan sebelum majlis bantu cari dewan,
 jadi driver, jadi chaperon, meneman Kak Long shopping, mengemas rumah.
Kalau Kak Ngah takder Mama boleh fengsan wooo
Puteri Bongsu ni rajin sangat tapi dia masih belajar, dapat cuti 4 hari jer. Tu pun dah
 separuh pengsan dia menggosok baju berlambak2, mengemas rumah, mengemas barang2
 di dewan selepas selesai kenduri. Terimakasih darling tolong Mama

My darling mum - Hajjah Aishah. memang emak nak sangat tengok cucu perempuan pertamanya
 berkahwin.  Opah ni tak lokek, sentiasa huluq duit (kaya woo).  Semua kuih muih dalam balang
 atas meja tu Opah la yang sponsor

Adik kesayanganku Anita. Dia yang sponsor goodies utk kanak2. Dia juga bertungkus-lumus
bersama suaminya Yusri dan anaknya Dalilah bantu isi, bawa dan
distribute goodies hari kenduri. Tq sis. really appreciate ur assistance.
Sorang lagi sister yang banyak membantu dari majlis pertunangan, pernikahan dan perkahwinan
 ialah kakak ku  Jamaliah@ Makyong. Tapi kenapa gambo nya tak ada?

Okay tentu nak tau apa menu kami hari kenduri tu kan? Just typical kenduri food la ... nasi beriyani, nasi putih, ayam masak merah, daging masak hitam, dalca, timun nenas, masak lemak ikan masin (untuk yang tak makan daging dan ayam), buah oren, air sirap + oren, bubur kacang, teh tarik, kopi O, kuih tepong talam dan bengkang, cendol, pisang goreng, jambu + epal hijau + serbuk limau dan akhir sekali kuih cakoi. The winner is CENDOL. Tak sampai 1 jam dah habis. Alhamdulillah. Semua kata sedap, dan boleh pulak tapau lagi baki2 makanan tu kepada adik-beradik dan tetamu yang datang lewat. Syukran

Nak balik dah baru depa suruh tuanrumah posing, dah serabai dah.
Apa pun wajah tu nampak macam lega dan puashati kan?? Alhamdulillah

No comments: