Sunday, February 14, 2016

Muka Buku

Akak ni memang pengguna tegar FB. Tiap2 hari mesti jenguk FB. Seminggu paling koman mesti letak satu status. Tapi kadang2 kalau terlebih rajin, sehari akan ada dua atau tiga status sekali letak.

Akak tak pernah terfikir pun nak tutup akaun FB sebab rasa seronok. Kita bebas letak apa saja buah fikiran kita, cerita peribadi atau tak peribadi, resipi, gambar2, doa2 dan macam2 lagilah. InsyaAlllah, semua tu akan kekal di situ, tak hilang walau selepas bertahun2.  Tapi kena pandailah jaga maruah diri, janganlah pi cerita hal2 yang memalukan atau yang menjatuhkan imej sendiri, hal rumahtangga, hal suami isteri pun nak letak dalam FB. Satu doniya boleh baca tau!!!



Lagipun kita ada macam2 alternatif ... samada nak pamir status tu, atau nak sembunyi, atau nak bagi orang2 tertentu jer tengok, nak block orang yang kita tak sebulu, nak hide iklan2 jualan yang kita rimas ... boleh belaka. Kalau whatsapp, semua tu tak boleh kita lakukan. Gambar banyak kalau simpan lama2, nanti telefon jammed. Jenuh pulak nak scroll cari cerita minggu lepas, bulan lepas, apalagi tahun lepas fuhhhhh penat!!!

Takkan  setiap pergerakan nak share dalam FB ... bangun pukui berapa, breakfast apa,
 mandi pukui berapa, sikat rambut berapa kali, tukar baju berapa kali .... melampau

Takat sekarang kawan2 FB akak ada lebih dari 700 orang, ada yang akak kenal, ramai juga yang tak kenal. Tapi FB buat kami jadi seolah2 dah kenal rapat macam Aisha Rozaina dari KL, Maslehani dari Muar, Ummu Ammar dari Sekinchan, Myiezalara dari Selangor dan ramai lagi.  Dari "Likes" terus komen terus bertegur sapa dari semasa ke semasa.

Syarat nak berkawan ni mudah jer. Jaga bahasa penulisan kita, elakkan perdebatan tidak berfaedah dan sentiasa menghormati idea oranglain. Jangan suka kondem orang walaupun kita tidak bersetuju dengan idea dia. Itu wall FB dia, dia bebas nak tulis apapun. Kalau kita rasa terganggu atau tak suka tulisan yang provokasi, terus jer report pada FB, atau block terus dia dari senarai kawan2 kita. Selesai masalah.

Selama ni rasa relaks jer ,merapu2 dalam FB ni tapi minggu lepas akak terkejut bila ex-boss hantar friend request.  Alahai, nak jadi kawan akak le tu. Nak terima ke dak, nak terima ker dak.Tiga hari akak peram request tu. Sebab bila ex-boss ni baca status akak mesti dia terkejut, tak sangka assistant dia ni kaki merapu rupanya, dulu masa kerja nampak serius jer.  Hahahahaah layan ajer le Dato'.

psst :  selepas akak approved Dato' ni jadi FB friend akak, banyak juga status akak yang dia "Likes", makna dia membacalah rapu-merapu ku. Alahaiiii

No comments: