Kali terakhir kami melawat Trengganu ialah pada tahun 2011. Itu sebabnya aku begitu teruja dengan rancangan percutian ke Trengganu pada kali ini. Persiapan tempahan hotel aku dah buat sejak dari bulan Februari lagi. Maklumlah pada tarikh tu nanti cuti hujung minggu yang panjang... pastinya akan ramailah pelancong berkunjung ke negeri penyu bertelur ni.
29.4.2017
Kami memulakan perjalanan pada jam 5.15 pagi dan berhenti solat Subuh di Baling. Kami pergi bertiga aje.. aku, Abah dan Kakngah. Sepanjang perjalanan ini Kakngahlah jadi pemandu utama. Orang muda tenaganya banyak. Abah yang dah masuk kategori warga emas ni sudah hilang kudrat dan minat untuk pemanduan jarak jauh. Mama depa ni lagi la hebat jadi mem je di tempat duduk belakang. Ehhh tapi banyak kerja juga tau. Akulah tukang hulur asam, kacang, air, tissue paper. Sebut je ... aku dengan pantas akan hulurkan. Aku juga yang tengok arahan waze. Kira ada fungsi utama juga tu 👸👸
Kami berhenti makan pagi di sebuah kedai nasi kandar yang terletak di deretan kedai2 sebelum tiba ke Hentian Perah. Kalau dari Baling kedudukannya di sebelah kanan jalan. Nak habaq nasi lemak bungkusnya cukup sedap. Sambalnya ada umphh. Bukan mamak tu yang buat tapi seorang kakak tu dok hantar berbakul2.
Perjalanan kami ni jadi lambat sebab banyak sangat berhenti. Aku saja berhenti di tandas hampir 5 kali sebelum sampai ke destinasi... hihihihi. Biasalah tu, bila berjalan aku mudah dahaga, mulalah minum air mineral berbotol2.
Kenderaan agak banyak di sepanjang jalan samada menuju ke Jeli atau menuju ke Grik. Kakngah terpaksalah memandu berhemah sebab asyik kena leter dengan Abah dan mama jer. Pity you Kakngah... stress katanya.
Apabila masuk saja ke sempadan Trengganu, kami mengambil keputusan untuk menggunakan laluan pesisir pantai bermula dari Besut. Persinggahan kami yang pertama ialah Kampung Pangkalan Gelap, Setiu. Di sini terdapat laluan pejalan kaki atau Boardwalk yang membawa pengunjung melawat kawasan Wetland. Katanya boleh mengutip siput dan kepah. Memandang cuaca begitu panas dan kami keletihan ... kami hanya beristirehat di tepi pangkalan menyedut angin laut sambil menjamah baki sandwich yang dibawa dari Penang. Lapar you.
Memandang laut yang damai di Pangkalan Gelap ... |
Kami meneruskan perjalanan menuju ke Pantai Penarik yang juga terletak dalam daerah Setiu. Subhanallah... indahnya pantai di sini. Kebetulan cuacapun cantik menjadikan pemandangan sungguh menawan. Langit biru cerah tanpa awan dan laut pula berwarna hijau kebiruan (turquoise).
Di sini ramai mengambil peluang bergambar menaiki buaian yang cantik dibina di tepi2 pantai. Panas2 pun tetap gigih bergambar termasuk makcik ni... hihihi. Setelah itu kami menikmati ikan celup tepong, sotong celup tepung dan ais kacang. Hrmmm boleh tahan juga mahalnya... maklumlah kami ni pelancong !!!
Subhanallah ... cantiknya |
Panasnya .. nak buka mata pun tak boleh |
Kami meneruskan perjalanan menuju ke Kuala Trengganu. Banyak gerai2 menjual jagung, air tuak dan keropok di sepanjang jalan. Tapi kami tak singgah dah. Cuasa yang begitu panas menyebabkan kami dah tak sabar nak check-in ke hotel. Tiba saja di Kuala Trengganu, kami dapati jalan agak sesak. Ramainya pelancong di sini
Kami check-in di Hotel Sentral pukoi 3 petang dan terus memesan makanan dan minuman ke bilik. Dah tak larat sangat rasanya untuk mencari makan di luar. Setelah makan kami berehat semaunya (tidor mati) hingga hampir Maghrib. Tu dia aihhh ... letih bebeno le tu.
Selepas Maghrib kami keluar untuk makan malam dan seterusnya melepak di Pulau Warisan atau i-City Kuala Trengganu. Tapi lampu2 warna-warninya tak banyak pun. Pulau ini merupakan pulau buatan manusia dan di sini ada perkhidmatan cruise untuk penumpang belayar di pesisiran sungai.
Pulau Warisan pada waktu malam .. gambar ehsan aswanazmy.blogspot.com |
Tamatlah perjalanann kami hari ini. Mata dah berat.. badan dah letih. Jom balik tidor!!!
No comments:
Post a Comment