Happy birthday to you!!! Bertalu2 ucapan dan doa yang indah2 masuk ke dalam handset aku... samada melalui FB, SMS atau whatsapp. Allah hu Akbar syukur atas nikmat Mu Ya Robb, memberikan aku kesempatan mencecah umur yang banyak ini.. dengan pelbagai nikmat yang tak ternilai. Segala puji-pujian buat Yang Maha Esa.
Kami mulakan pagi yang indah ini dengan makan pagi ... di Pantai Batu Buruk lagi. Tapi kali ni bukan di Foodcourt semalam tapi di sebuah kedai berdepan dengan foodcourt tu. Nasi dagangnya sedap sangat... pakai beras panjang2. Macam2 kuih traditional Trengganu ada di sini, tak ingat la namanya. Yang aku kenal akok jer ๐๐๐
Nasi dagang kali ni memang best ,,, puashati |
Pada masa yang sama adik ku Mak Yang dan keluarga pun bercuti di Trengganu. Kami bertemu untuk makan pagi sama2 kat sini. Kuasa Allah ... satu keluarga dari Perai, satu lagi dari Selayang .. bertemu di Pantai Batu Buruk hihihi. Macam2 cerita.. maklum lama tak jumpa face to face walau di whatsapp setiap hari ada jer sembangnya. Sejam bersembang sambil makan2... kami berpisah pun untuk program masing2. Mungkin jumpa pulak semasa Aidil Fitri nanti.
Seronok jumpa adik yang disayang |
Pukul 10 pagi kami checkout dari hotel menuju ke Bukit Tok Beng yang terletak di Seberang Takir. Apa yang femesnya di sini?? Tentunya keropok lekornya yang sedap dan lembut.. penuh isi ikan. Memang ramai sungguh orang singgah di sini. Plet kereta semua dari luar Trengganu berderet2 di kiri dan kanan jalan. Aku memborong keropok lekor, keropok keping, makanan frozen seperti sata dan lekor ball lava. Sebab takde icebox dalam kereta, aku pun bungkus makanan frozen dalam suratkhabar, berlapis2 untuk elakkan dia cair dan rosak. Lepas tu letak kat sebelah aku... ada aircond.
Keropok lekor dan cheese lava balls ... sedappp wehhh. Sempat makan sebagai pelapik perut untuk perjalanan seterusnya |
Seterusnya kami singgah di Pantai Tok Jembal yang terletak di belakang kampus Universiti Malaysia Trengganu. Cantik sungguh pantai ni, Walau bagaimanapun pantainya dipenuhi deretan batu2 besar sebagai penambak hakisan laut. Nak tau sejarah pantai ni, sila baca SINI
Lagoon di Pantai Tok Jembal .. airnya jernih |
Kami seterusnya singgah sekali lagi di Pantai Penarik. Sesuai dengan namanya "Penarik", keindahan kawasan pantai yang dipenuhi pokok2 rhu membuat hati aku tertarik nak singgah berkali2. Walaupun cuaca panas terik, tiupan bayu laut yang kuat membantu mendinginkan tubuh. Seterusnya kami singgah sekali lagi makan sotong dan ikan celup tepung kemegahan Trengganu sebelum meninggalkan negeri indah ini
Makan celup2 tepung di sini |
Perjalanan ke Kota Baru masih mengikut jalan pantai yang indah. Kami melalui beberapa tempat menarik di Besut dan Tok Bali. Memandangkan cuaca sangat panas dan badan pun dah teramat letih, kami tidak mau singgah di mana2 lagi melainkan terus ke Kota Bharu.
Peta perjalanan menyusuri pantai dari Kuala Trengganu ke Kota Bharu |
Kami tiba di Apartment Studio untuk 3 orang tepat jam 2 petang. Alhamdulillah, leganya dapat mandi, tukar pakaian dan melelapkan mata sekejap. Tapi pukul 5 petang Abah dah ajak kami meronda lagi. Apa ni jalan jauh2... untuk tidor je, leternya. Dengan lemah longlai, kami bergerak ke Pantai Cahaya Bulan. Kali ni tak begitu ramai pengunjung di sini. Angin pun tak kuat tiupannya menyebabkan udara terasa berbahang. Mungkin sebab matahari masih bersinar terik, tak ada orang bermain wau ketika ini. Bosan pulak rasanya.
Pantai Cahaya Bulan .. panas litlit |
Kami bergerak kembali ke Kota Bharu. Pusing sana pusing sini sangkut dalam jam. Ohhh bosannya. Kami bercadang nak beli makanan siap2 dan berehat terus di apartment. Kak Ngah nak simpan tenaga untuk memandu 6 jam ke Penang besuk hihihi.
Untuk makan malam kami pergi ke Yati Ayam Percik yang terletak di Jalan Long Yunus. Hrmm pilih2 nak ayam percik, nak daging bakar, nak gulai kawah, nak nasi kerabu. Hrmmm ni le masa nak memanjakan perut hihihihi
No comments:
Post a Comment