Seawal jam 4 pagi aku dah bangun. Sepanjang malam pun memang aku tak nyenyak tidor. Memang macam tu lah setiap kali aku nak bermusafir. Setelah selesai urusanku mengabdi diri kepada Yang Esa, aku kejutkan Abah. Zupzazupzap ... Abah bersiap. Tepat pukul 5 pagi, aku tiba di lobi Hospital Seberang Jaya (HSJ). Ramai sahabat dah pun menunggu. Aku lepaskan Abah pulang ke rumah, pohon doakan aku selamat pergi dan balik.
Sebenarnya aku bersama 10 sukarelawan dari Pakar 2 HSJ (Klinik Pembedahan dan Klinik Kanser Payudara) beserta 10 kakitangan hospital akan mengadakan lawatan ke Pulau Langkawi selama 3 hari. Kami merupakan kumpulan yang telah bekerjasama selama hampir 3 tahun dan terlibat aktif di dalam melaksanakan pelbagai aktiviti sukarelawan HSJ. Lawatan ini umpama ganjaran dari pihak pengurusan di atas usaha kami itu di samping mengeratkan lagi silaturohim yang dah sedia terjalin.
Tepat pukul 5.20 pagi kami bertolak ke Penang Airport dengan menaiki 5 buah kereta GRAB. Memandangkan masih awal pagi, jalan sunyi sepi, maka dalam setengah jam kami dah tiba ke Departure Hall. Urusan check-in dilakukan dengan pantas dan kami berada di ruang menunggu seawal jam 6.15. Sementara menunggu kapalterbang kami menunaikan solat subuh di surau.
Kapalterbang berlepas pukul 7.55 pagi dan tiba di Langkawi setengah jam kemudian. Sekejap je dah tiba. Airport Langkawi ni kecik jer.. tapi macam2 kerja naiktaraf sedang dijalankan. Mungkin tahun depan siaplah agaknya.
Langkawi International Airport |
Seronok dah tiba Langkawi... |
Kami menaiki sebuah van 14 seater dan sebuah Ertiga 7 seater menuju sebuah kedai untuk sarapan pagi. Aduhh memang lapar giler!!!! Seterusnya kami bergerak menuju ke kaki Gunung Mat Cincang untuk menaiki cable car dan sky bridge. Fuhhhh ... tak gayat ke??
Bila dah ramai2 gitu, yang mulanya berasa gayat dan tak mau menaiki cable car terus jadi berani dan berubah fikiran.. hahahaha, termasuklah aku 😄😄. Ini kali ke-2 aku naik cable car. Kali pertama di Bukit Nanas, KL pada tahun 70an dulu. Cable car kat situ pun dah tak wujud lagi.
Setiap cable car memuatkan 6 penumpang. Kami mendaki gunung yang sangat curam. Sayang sekali cuaca berjerebu, tidak banyak gambar cantik yang dapat diambil pada ketinggian begini. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kemudahan yang disediakan di sini, boleh semak di LINK ini. Bago orang muda yang banyak stamina, memang aktiviti di sini sangat menyeronokkan.
Mula2 tu takut.. tiba kat sini terus mai semangat berani hahaha |
Bahagia menikmati keindahan alam |
Sayang cuaca berjerebu |
Setelah puas dengan cable car, kami pergi ke muzium 3D yang terletak bersebelahannya. Wahh di sini kami berposing sakan macam anak2 remaja. hahahaha
Sekarang ni semua sudah terasa letih sangat. Selepas makan tengahari, kami terus check in di Langkawi Baron Hotel yang terletak di Kuah. Kami berkongsi 4 orang dalam setiap family room (2 katil ueen). Dari bilik hotel jelas kelihatan laut dan pulau2 yang indah.
Dari bilik hotel |
Setelah puas berehat, bermandi manda.. kami bertolak ke Aquarium Underwater World. Aduhh nyaman berada di sini melihat pelbagai hidupan laut berenang dalam air yang dingin. Paling menarik perhatian ialah aksi penguin yang sangat comel berjalan terkedek2, terjun ke air dan berenang dengan lajunya.
Kami kemudiannya singgah ke kilang batik dan kedai gamat untuk membeli ole2. Kalau mai Langkawi tak beli gamat... macam tak lengkaplah kedatangan anda, betul ke??
Malamnya adalah aktiviti bebas untuk keluar makan ke tempat2 makan di sekitar hotel dan membeli-belah di Ram Shop Langkawi yang terletak berhadapan dengan Hotel Baron ini.
No comments:
Post a Comment