Setelah sarapan kami bergerak ke jeti. Bot yang disewa dah siap menanti. Kami dibekalkan dengan jaket keselamatan dan diberi taklimat ringkas the do and don'ts semasa di atas bot dan semasa berada di pulau2 yang akan dikunjungi. Bismillahirrohmanirrohim.
Laut agak choppy .. aku mula bimbang dengan masalah tulang belakang ku yang sering sakit, apalagi asyik terhentak2 sepanjang perjalanan. Namun pemandangan indah pulau2 batu kapur yang bertaburan di sepanjang laluan bot sangatlah mengujakan aku. Maha Suci Allah yang menjadikan langit dan bumi yang sungguh indah. Aku dan kamera handphone berpisah tiada 😁😁😁😁😁
Pulau pertama kami kunjungi ialah Pulau Beras Basah.. Pulau ini merupakan sebahagian daripada 104 buah pulau kecil dan besar dalam gugusan Pulau Langkawi, Kedah. Jarak dari jeti Kuah, Langkawi ke pulau ini lebihkurang setengah jam dengan bot laju. Jetinya terletak agak jauh dari daratan. Sepanjang perjalanan meniti jambatan ke pulau, kami seronok melihat ikan pelbagai saiz, warna dan bentuk berenang2 berkumpulan. Kalau dilontarkan makanan, berebut2 mereka. memang air di sini begitu jernih.
Di pulau kami bersantai, berbual2 malah ada yang bermandian di laut. pantainya sungguh indah. pasirnya memutih dan halus gebu. Menurut pemandu bot, pulau ini merupakan tempat nelayan selalu berteduh bila ada ribut di lautan.
Destinasi seterusnya ialah melihat helang merah di Pulau Singa Besar. Pulau ini dipenuhi hutan yang tebal serta bukit batu kapur. Ia merupakan habitat bagi helang merah dan hidupan liar yang lain. Kami tidak mendarat di sini sebaliknya hanya melihat aktiviti memberi makan helang dari atas bot sahaja. Apabila daging ayam dilemparkan ke permukaan laut, dengan pantasnya sang helang menjunam dan menyambar sebelum terbang semula ke sarangnya. Memandangkan ada 4 bot berada di situ, memang mewahlah sarapan helang2 pada pahi ini hihihi. Inilah kali pertama aku melihat helang dengan banyak dan dekatnya. Burung2 ini berwarna merah dan terbang turun naik dengan pantasnya. Yang pastinya setiap terjunan tidak pernah gagal mencengkam rezeki.
Kredit Sinar Harian online untuk gambar yang cantik ini |
Seterusnya kami menuju ke Pulau Dayang Bunting. Pulau ini merupakan pulau kedua terbesar setelah Pulau Langkawi. Ada apa cerita di sebalik nama Pulau Dayang Bunting ini? Jom kita semak dari Wikipedia
Pulau ini mendapat nama daripada kisah dongeng yang kononnya pulau ini seimbas lalu menyerupai dayang bernama Mambang Sari yang ditipu oleh Mat Teja sehingga membuatkan dia mengandungkan anaknya kerana terlampau mencintainya. Namun setelah 7 hari anaknya lahir, bayi tersebut menderita dengan penyakit misteri. Mambang Sari kemudiannya meletakkan anaknya di tasik yang terletak di atas pulau itu lalu menyebabkan terjadinya lagenda tasik dayang bunting. Dalam perjalanan ke Tasik Dayang Bunting, kita akan lihat bentuk gunung yang menyerupai seorang perempuan sedang terbaring dengan bentuk kepala, dada dan perut yang sedang bunting.
Sebahagian dari kami menggagahkan diri mendaki bukit untuk sampai ke tasik tersebut dan seterusnya bermandi-manda. Manakala yang dah tepeleot macam aku ni, kami hanya bersantai menikmati hembusan bayu laut sambil minum air kelapa muda yang dijual. Hari panas2 ni memang lah terasa amat enaknya. Alhamdulillah.
Setelah hampir 40 minit di sini, kami bergerak pulang ke Kuah. Setibanya di jeti, kami terus dibawa pemandu ke kedai nasi ayam untuk makan tengah hari. Aduhh mak... laparnya perutttt!!
Petangnya setelah beristirehat dan membersihkan diri, kami bergerak ke Giant Kuah dan Kompleks Haji Ismail Group. Apa lagi shopping shopping shopping lah di kedua2 tempat ini yang penuh dengan bermacam jenis coklat. Sedar tak sedar ada yang membelanjakan hampir rm300 hanya untuk coklat sahaja. Iisy isy isy
Shopping tak ingat dunia |
Puas shopping.. dinner makanan laut |
No comments:
Post a Comment