Wednesday, February 2, 2011

Kongsi Kongsi Kongsi Ni

Year of the Rabbit 2011 Greeting Cards (Pk of 20)

Kongsi Fa Cai atau Gong Xi Fa Cai ... mana-mana ajelah ejaannya ... tujuannya tetap sama. Untuk ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina.

Esuk sambutan Tahun Baru. Kemeriahan telah terasa di mana-mana. Pergi aje ke pasaraya, terasa suasana macam di Negeri China. Penuh tanglong dan tulisan Cina, lagu-lagu usah cerita ... lepas satu lagu tukar lagu lain pulak. Bangsa lain pun tumpang meriah, berebut-rebut membeli sebab banyak jualan harga runtuh waktu ini. Pakaian berjenama semua ada potongan harga 20%, 50% atau 70% ... cuma tak jumpa lagi 100%. Sama-sama ikut berebut membeli limau mandarin yang berlambak setahun sekali. Waktu lain pun ada dijual, tapi tak banyak pilihan dan harga pun agak mahal.

Di pejabat pun, berebut memohon cuti untuk bawa anak-bawa berjalan makan angin. Bos sampai sakit kepala nak luluskan cuti kakitangan. Maklumlah kebetulan ketika ini semua sekolah dan IPTA/IPTS ditutup seminggu sempena Tahun Baru ini. Ramai juga kaum kerabat mengadakan kenduri walimatulurus ketika ini.

Ringkasnya semua kaum mengambil kesempatan memeriahkan Tahun Baru kali ini. Cuma mestilah banyak bersabar menahan telinga bila mercun berdentum tengah malam, terutama pada malam ke-15 nanti.

Bagi keluarga yang ada anak kecil atau ahli keluarga yang sedang sakit, dentuman bunyi mercun adalah satu gangguan yang amat dasyat. Sabar ajelah ... hormati adat-resam kaum lain. Kalau kita mahu Malaysia terus aman, sikap toleransi yang tinggi amatlah perlu. Kalau tak ada sikap begitu, orang Melayu akan sentiasa rasa sakit hati kepada orang Cina, orang Cina akan sakit hati kepada orang India, orang India pulak sakit hati kepada kaum Sikh dan begitulah seterusnya. Jangan ... jangan, cukuplah kita lihat kesengsaraan di negara lain. Tapi ... tidak untuk Malaysia.

No comments: